Tuesday, November 20, 2012

tentang menolak


sebenarnya dan sejujurnya, menolak sesuatu yang di hadapan itu adalah amat-amat sukar.
lebih-lebih lagi bila yang dihadapan itu ialah yang amat-amat diutamakan.


Wednesday, August 15, 2012

Tolak Tepi-tepi

apa saja pasal ubat gegat sengal

atau pasal puaka kebaya oren

atau pasal cinta tiga segi planet-planet di langit

atau pasal semua yang hampir pupus

kita tolak tepi

saya punya hal yang lebih serius waktu ini
lebih penting
lebih utama

JOM KITA RAYA!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Friday, August 10, 2012

S E N G A L

bro, nanti u nak pegi smayang jumaat ajak i sekali.

i nak doa u jadi ubat gegat dengan haruman lemon.



Friday, August 03, 2012

rusuhan jiwa

jiwa merusuh
hati huru hara
ramadhan yang seharusnya tenang kini bagai ada gempa

ini semua sebab kebaya oren yang berpuaka
apa sebab tiba-tiba saja dia mengecut selepas kena basuh
hingga saya harus dan wajib dan perlu lebih kurus untuk nampak cantik bila pakai dia

hilang rasa tenang ramadhan
rusuhan jiwa dah bermula

dah 14 ramadhan, tapi penimbang tu macam tak sukakan saya


Wednesday, May 30, 2012

cinta tiga segi

"bulan; bintang itu bukan pasangannya. obsesnya hanya pada bumi. bumi pula obses pada matahari. itu cinta tiga segi yang paling sejati bagi aku."

saya hanya diam. mendengar semua luahan metafora putus cinta dia. dengan black coffee dan asap pekat  pahit yang sungguh menggoda.


putus cinta boleh buat kau jadi siapa saja.

Wednesday, April 04, 2012

ubat gegat

kenapa dia bukan ubat gegat?

yang lama-lama boleh hilang di angin lalu


tapi aku suka begini

sebenarnya

Tuesday, March 13, 2012

pupus

mana pergi awan putih gebu-gebu yang selalu baring malas atas langit biru polos

mana hilang matahari pagi yang selalu buka hari dengan senyum panas paling brilliant

mana menyorok langit senja warna jingga yang bungkus semua positif negatif waktu siang dalam sejadah langit malam

semuanya disita



saya rasa saya makin workalcholic

Thursday, March 01, 2012

audit

seperti zarah mikro dalam apungan oksigen
sehingga mana kau mampu menahan nafas

ini baru internal audit

Wednesday, February 22, 2012

TATTOO

saya perlu tattoo cerita karaoke ini

bila tuan haji sporting setuju untuk menyanyi sebuah lagu

KOPI DANGDUT

bukan versi biasa-biasa

tapi versi rock XPDC


MAMPU??

Sunday, February 19, 2012

masa

bila masa makin menghimpit, kenapa seperti banyak pula ruang di dalamnya?

Thursday, February 02, 2012

bising

sakit pipi kena lempang
buat kau lagi riuh berkicau
tentang masa yang terikat
juga waktu yang terhad

diamlah
sakit telinga aku dengar

bising!!

Wednesday, January 04, 2012

Pinjam Langit

Hey,

Terima kasih kerana pinjamkan saya langit yang cerah dengan matahari yang bersinar, awan yang putih gebu dan burung gagak yang tak henti-henti berbunyi hari ini.

Esok saya pulangkan langit awak.

Selamat tahun baru.