Tuesday, November 29, 2011

dan telah ku nyanyikan kau lagu cinta

supaya lepas ini kau boleh menyanyi sendiri tanpa bantuan aku

tapi aku masih boleh tolong petik gitar oren kau, sekali sekala

tapi hanya petik gitar

atau mungkin juga boleh tepuk tangan

che amid dah nak mendarat lagi tujuh hari

tujuh : 1

tujuh : 2

tujuh : 3

tujuh : 4

tujuh : 5

tujuh : 6

tujuh : 7

tengok, 7 kali aku ulang perkataan tujuh tu

tujuh hari untuk aku vacuum semua carpet dalam rumah, mop lantai, basuh bilik air, kutip daun pokok nangka sebelah rumah, kemas balkoni atas, trim pokok-pokok bunga dalam pasu bunga, lap tingkap, sapu minyak merah pada sofa kayu, taruk bateri pada jam dinding dekat dapur, tebas semak samun belakang rumah,  basuh porch depan, basuh kete che amid, kemas semua baju dalam bilik che amid, cuci peti ais, kemas kitchen cabinet, cuci longkang belakang rumah, mop tangga and last but not least..

carik char koay teow sedap. sebab aku teringin sangat-sangat nak makan char koay teow yang sedap dengan cili jeruk dan juga kerang gemuk-gemuk.

jangan ajak aku nyanyi lagi. aku bizi!!

Thursday, November 24, 2011

the other side

"kadang-kadang, benda yang kita rasa ok... sebenarnya tak ok pada orang lain. kadang-kadang kita rasa kita tak salah sebab kita cakap benda yang betul. memang kita tak salah pun. tapi pernah fikir the other side yang mendengar?"

saya rasa macam oksigen disekeliling saya makin kurang. semua pokok dah mogok untuk berfotosintesis. semua pokok berkumpul dan berpiket marahkan saya. semua pokok melaung-laung satu ayat yang sama.

"pilihan... tak menarik. "
"pilihan... tak menarik. "
"pilihan... tak menarik"

lain kali saya nak bawa tong oksigen kalau jumpa dia

Tuesday, November 22, 2011

pilihan baik

saya kira jumpa diana petang sabtu lepas dengan kemeja putih dan light choc high waisted wide leg pant dan shawl india itu adalah satu pilihan yang baik. tapi sebenarnya belum cukup baik. ia hanya baik untuk sejam pertama sahaja. masuk minit ke 61 kemeja putih ternoda dengan sos cili roti john berinti daging blackpepper yang sangat lazat. saya tak salah. daging black pepper dalam roti john itu bersungguh-sungguh mencuri fokus saya hingga saya terabaikan sos yang mengalir keluar dari roti sebab merajuk kerana tak dipedulikan. siapa suruh jadi sos. saya memang tak suka sos. hampir setengah jam ditawan oleh daging black pepper roti john dan teh o limau tanpa gula yang panas berasap, saya baru menyesal sebab pakai kemeja putih dan usaha menutup kesan kecelakaan pada kemeja putih dengan shawl india itu kadang-kadang berjaya dan kadang-kadang tidak.

saya kira jumpa diana petang sabtu lepas dengan kemeja putih dan light choc high waisted wide leg pant dan shawl india itu adalah satu pilihan yang baik. tapi sebenarnya belum cukup baik. selepas tragedi kemeja putih dapat parut terluka dari cili sos, saya punya satu lagi agenda iaitu hantar bunga telur untuk cik kopi. cik kopi ialah kawan baik saya untuk 10 tahun. bunga telur ini untuk majlis nikah cik kopi esok hari. sebab itu saya rela meredah hujan lebat mencari rumah makcik cik kopi. rela juga berhenti dan tanya security guard berbangsa india yang rupa-rupanya pondan yang tak henti-henti bertanya itu ini tentang bunga telur dan kenduri kahwin walaupun saya hanya nampak separuh muka dia. tak tahulah dia nampak atau tidak muka saya. saya berjaya jumpa rumah makcik cik kopi waktu hujan masih sangat lebat. walaupun jarak parking kereta dengan pintu rumah makcik cik kopi sebenarnya tidaklah jauh sangat. tapi disebabkan hujan lebat dan saya terlebih payungkan paper bag yang berisi bunga dip berbanding memayungkan diri sndiri, saya dah tak peduli pada kaki seluar yang basah. lagipun seluar ini wide leg. bak kata noni "kembang pelik". tak makan saman kalau lipat. jadi saya biarkan saja dia basah. bila masuk rumah orang baru berasa segan. baju comot, seluar basah.

saya kira jumpa diana petang sabtu lepas dengan kemeja putih dan light choc high waisted wide leg pant dan shawl india itu adalah satu pilihan yang baik. tapi sebenarnya belum cukup baik. selesai agenda bunga telur cik kopi saya cuma ada satu lagi kerja luar. singgah kedai dobi dan ambil baju dry cleaning. itu kerja senang, tunjuk resit, ambil baju, bayar dan selesai. tapi tahu apa yang jadi? waktu saya melangkah masuk ke kedai dobi, kakak dobi itu sedang menyembur air freshener ke udara. entah apa jenama tapi bau di sangat pelik dan tak wangi. selesai tunjuk resit, ambil baju dan bayar saya terus masuk kereta. start enjin, buka aircond, dan jalan. dua minit sahaja saya berasa tenang. untuk minit-minit seterusnya saya asyik bersin sebab bau air freshener kakak dobi yang pelik dan tak wangi itu dah melekat dekat shawl india saya.

Monday, November 21, 2011

bekal

kalau lah che amid dan bonda baca entri ini :

atas meja pagi tadi ada dua tupperware. satu tupperware besar dan satu tupperware kecil.

dalam tupperware besar ada nasi goreng ikan bilis dan scramble egg dan ikan sardin goreng garing dengan bawang hangit-hangit.

dalam tupperware kecil ada keropok ikan.

itu bekal untuk saya pergi kerja.

fully prepared by adik lelaki saya.


Wednesday, November 09, 2011

suka

suka sangat datang tanpa matahari
dan bawa lampu suluh sendiri

*grin* comel untuk esok pagi

Friday, November 04, 2011

maghrib nanti

received a text from che amid directly from mecca

“Papa mama pukul 3 ptg bertolak ke arafah”


its about 8pm here. plus minus. hujung maghrib.

Selamat Hari Raya Aidiladha che amid
Selamat Hari Raya Aidiladha bonda
Selamat Hari Raya Aidiladha adik beradik saya

Selamat Hari Raya Aidiladha semua