Monday, August 29, 2011

puasa 28 - vanilla

baru pulang dari kedai kakak mulut tanpa filter yang suka menegur customer dengan ramah

kakak : eh, lama tak nampak ko dik. tak keje ke ni?
saya    : ada. dah start cuti nk raya dah ni
kakak : nak buat kuih ke beli vanilla ni?
saya   : a'ah. habis plak vanilla kat rumah tu
kakak : dah kurus ko eh. dulu gemuk sikit.

aduh kakak, nasib baik kakak tegur masa saya kurus.

kalau kakak tegur saya masa saya gemuk, harus saya jadi padi.

makin tunduk makin berisi

Thursday, August 25, 2011

puasa 25 - dodol pink

hari terakhir kerja tanpa boleh makan dan minum. saya mula cuti esok. lalala

selamat hari raya semua. maaf zahir batin. nah, kad raya pink hebat beserta dodol pink dari company saya.




oh yer, terlupa.
ingatan bersimpati ditujukan pada mat jan yang accident motor semalam. patah kaki kiri dan patah hati sebab tak boleh beraya.

kih kih kih

Wednesday, August 24, 2011

puasa 24 - biskut raya favourite

untuk raya tahun ini, biskut raya favourite saya ialah biskut raya oreo. sebab dia sedap. kurang manis dengan rasa pahit-pahit coklat.

untuk raya tahun ini, biskut raya favourite saya ialah biskut raya oreo. sebab ketekunan saya menjaga suhu dan tepat-tepat 8 minit untuk membakar biskut ini menghasilkan biskut yang rangup, tak hangit dan wangi. tapi sebenarnya kalau dia hangit sikit pun tak ada orang perasan. sebab warna azali dah hitam.

untuk raya tahun ini, biskut raya favourite saya ialah biskut raya oreo. sebab saya dah kurang suka semua biskut raya yang ada unsur-unsur kekacang. biskut badam, biskut gajus, biskut kacang tanah, sila duduk tepi oven.

untuk raya tahun ini, biskut raya favourite saya ialah biskut raya oreo. sebab warna dia hitam. lalu bila disusun dalam botol dan dilapis dengan kertas dollie warna putih, nampak sangat-sangatlah cantik.

tiga botol biskut raya oreo itu saya kira cukup untuk stok sepanjang syawal nanti

bonda kata biskut tak lawa pun tak mengapa. asalkan sedap.

biskut oreo saya bukan saja lawa. malah juga sedap.


RIAK

tapi mesti ke bila dia jadi favourite saya maka saya terpaksa berpisah dengan salah satu botol biskut oreo saya?

awak, kenapa curik biskut raya oreo saya???? 

and awak, kenapa bagi dia curik biskut raya oreo saya???

frust

Monday, August 15, 2011

puasa 15 - roti

penyakit lama bulan puasa dah datang balik

tak lalu makan nasi

maka bergembiralah bai jual roti naik motor sekarang

tiap-tiap malam saya tunggu dia

berteman bunga api anak-anak jiran sebelah

dan sayup-sayup lagu hari raya nyanyian sendiri

"ini buat bekal makan siang hari ke?" bai tanya dengan senyum simpul

mulia sungguh mulut kau bai!!

Friday, August 12, 2011

puasa 11- kerabu mangga

sebelas hari puasa baru bertenaga nak update blog. salah, sebenarnya baru terasa nak update blog.

buah mangga muda yang selalu di beli dengan tujuan untuk buat kerabu mangga pula selalu gagal untuk dijadikan kerabu mangga. konflik dalaman tak terkawal. tengok mangga muda di kedai terus tebayang kerabu mangga dengan carrot parut halus, tomato cherry, bawang besar potong dadu, cili api potong halus, kacang tanah dengan ikan bilis goreng garing tumbuk kasar. makan dengan nasi panas dan telur dadar kosong. indahnya suasana berbuka nanti. tapi produk yang selalu terhasil ialah mangga muda dipotong-potong, gaul dengan garam, gula, cuka dan cili api. simpan dalam peti sejuk. lepas terawikh baru makan sambil tengok tivi.



Thursday, August 04, 2011

puasa 4

hari keempat puasa.

rezeki bermurah-murah dimulai dengan tiket tren percuma di pagi hari. kemudian ialah shawl hitam dengan benang pelangi dari india. selepas itu ialah gelang halus sebanyak 12 urat warna hitam, gold dan chrome. ada pula key chain budak perempuan gemuk.

takde orang nak belikan saya somtam ke?