Saturday, April 30, 2011

hari ketiga

saya dapat surat. utusan burung hantu putih. kesian dia. sesat mencari rumah sampai pukul 10 pagi baru berjumpa.

saya rasa bersalah sebab waktu tidurnya terganggu. maka saya belanja dia makan roti bakar dan disapu dengan jeli aloe vera perisa coklat hitam. dia hanya jamah sedikit. dia kata roti itu lebih sedap kalau ada cacing rebus.

surat dari tikus hijau.

dia senaraikan 10 perkara yang saya perlu buat untuk dua hari.
semua benda yang menyeronokkan.
semua benda yang boleh buat saya gelak.

tapi itu kalau saya buat dengan dia.


hari ketiga tanpa tikus hijau.

incomplete.

Friday, April 29, 2011

hari kedua

ribut taufan lollipop melanda. sejak pagi. hingga sekarang.

hujan smarties mula turun.

air tasik dah mula berperisa mapple syrup.

saya hanya makan roti gardenia kosong dengan air sejuk.


hari kedua tanpa tikus hijau.

bosan. tanpa rasa.

Thursday, April 28, 2011

hari pertama

saya hanya biarkan arnab hitam berbulu pink menari tarian kuda kepang berseorangan.

tak tahu berapa lama dia menari. mungkin sejam. atau mungkin dua jam.

saya hanya sedar bila dia duduk sebelah saya dan dia cakap berat dia dah susut 3kg sebab menari tadi.

saya angguk saja.



hari pertama tanpa tikus hijau.

lesu.

Wednesday, April 27, 2011

Konflik Pagi Merah Untuk Cinta 2

cinta
lelahku kerana berlari-lari naik escalator tadi
hapus bila lihat kau pun ada di dalam tren ini
bukan salah aku
kad Touch N Go itu yang buat hal

cinta
aku nampak hari ini eye shadow kau kaler merah terang
mungkin kau sedar
atau mungkin juga kau tak sedar
setiap hari aku akan duduk di depan kau
supaya aku boleh tengok warna eyeshadow kau
juga boleh lihat warna gincu kau, warna baju kau,
warna tudung kau, warna beg kau
walaupun sebenarnya aku sudah hampir hafal pola warna kau

kalau hari itu kemeja kau biru
kau mesti padankan dengan slack hitam. tudung lite blue
eye shadow pink
lipstick merah lembut

kalau hari itu baju kurung kau ungu gelap
tudung pastinya ungu lembut
eye shadow mungkin ungu gelap ataupun hitam
lipstick tetap merah jambu

dan aku paling suka bila kau berkemeja putih dengan jeans biru
tudung hitam
mata gothic
pipi sedikit merah
bibir nude
beg besar
kasut tinggi
kau nampak seperti budak sekolah yang ponteng sekolah
tapi aku suka

tapi cinta
kenapa hari ini kau merah sangat?
baju kau, tudung kau, jeans kau, handbag kau, bahkan semua warna di muka kau
eye shadow, pemerah pipi, lipstick.. semuanya merah
kasut tinggi kau.. Ya Allah cinta!!
kasut tinggi kau pun warna merah??

cinta,
kenapa kau tak padankan dengan warna-warna lain?
kenapa dengan taste kau hari ini cinta?
atau kau dah kehabisan baju, tudung, jeans dan mekap warna lain selain dari merah?

cinta
kalau aku besarkan mata aku
kau lansung tak ubah seperti bantal besar berbentuk hati yang tertinggal di dalam tren

merah. merah dan merah

aduhai cinta..
cinta.. cinta.. cinta
kau jiwa kacau?
hati resah?
sampai begini pola warna kau hari ini
rasa macam mahu saja aku pinjamkan jaket aku ini untuk kau cinta
supaya kau tak terlalu merah
dan aku berdoa
jangan ada lembu-lembu jantan yang tersesat di KL hari ini
aku bimbang kalau-kalau kau dikejar mereka sebab merah kau tu

cinta
kenapa tren ini laju sangat
bila aku lihat kau bangun dan berdiri di muka pintu
aku tahu destinasi kau dah tiba


tapi cinta
kenapa kau tiba-tiba lain?
kenapa kemeja kau putih?
kenapa jeans kau biru?
kenapa tudung kau hitam?
kenapa beg besar dan kasut tinggi kau juga hitam?
mana pergi semua yang merah merah tadi?

cinta
kau dah tak merah!!
misterinya kau
atau sememangnya kau memang tak merah
cuma aku yang memandang kau merah

cinta
bye bye. semoga hari kau indah
seperti hari aku
yang sering memandang kau
dengan hati
hati merah kepunyaan aku

Tuesday, April 19, 2011

PERANG BESAR

ASYIK-ASYIK SAYA.

ASYIK-ASYIK SAYA.

asyik-asyik saya yang ditinggalkan keseorangan di office. dua orang berasyik-asyik pergi treasure hunt naik 4 wheel drive dan seorang lagi berasyik-asyik memilih kain baju raya. saya disini tidaklah terlalu asyik bekerja. sebab semua kerja mereka saya yang kena cover.

harus jaga 4 telefon yang suka berbunyi-bunyi sampai penat bercakap sambil tersenyum dan akhirnya rasa seperti mahu silent saja bunyi telefon tu. tapi hanya niat sahaja. tak sanggup nak buat. sebab kalau Faizal Tahir yang menelefon mestilah terasa rugi. atau kalau bukan Faizal Tahir, mungkin Ezad Exist. atau mungkin juga Bruno Mars.

dan sebagai menambah perisa, pc yang corrupt semalam bukan 100% berkeadaan baik hari ini. maka terpaksa pakai dua pc untuk menjadikan kerja 100% tercover. dan dua pc itu umpama berjarak sebanyak jarak kutub utara dengan kutub selatan. maka harus berulang alik dari point A ke point B. bila mulanya berada di point A dan kemudian pergi ke mesin fotostat dan terus ke point B dan baru perasan kaki tidak berkasut tinggi, maka harus ke point A semula menjemput high heels. bila nak minum baru perasan mug Finding Nemo berada di kutub satu lagi maka harus pergi pujuk Nemo sebab dia tak nak berenang sendiri dan balik ke tempat saya. bila tertinggal pen, kena patah balik. bila tertinggal apple kena patah balik. bila handphone berbunyi maka baru perasan telefon tertinggal di meja sana dan harus lari-lari sebab lagu Accidentally In Love itu kuat sangat. bila tertinggal maka perlu pujuk. bila tertinggal maka kena pergi ambik. bila tertinggal maka perlu lari. bila buat semua tu berulang kali maka sangat penat. sangat-sangat penat.

ini perang besar saya sejak pukul 8.30 pagi tadi. entah macam mana rasanya nak habiskan sampai pukul 5.30 petang. kenapa jadi macam dialog iklan niquatin plak ni? abaikan. saya mahu sambung perang.

Monday, April 18, 2011

isnin paling hitam

pc corrupt

dari pagi

hingga petang

bila pc itu ialah nyawa kerja. dan pc corrupt. itu bermakna tiada nyawa untuk kerja hari ini. maka lansung tak buat kerja hari ini

kalau ada pun kerja yang saya buat hanyalah tolong lipat surat kak roy. ambik fotostat kak zela. tolong fax surat kak zela. tolong potong apple. dan tolong susun kertas recycle.

selebihnya saya hanya duduk-duduk. tengok-tengok orang buat kerja.

hmm.. macam ni rupa-rupanya orang kata kerja.



//perlu siap sedia untuk esok. esok ada perang besar.

Thursday, April 14, 2011

and that's it

buang semua awan-awan dalam kepala tentang bohemian skirt dengan cardigan hitam

buang juga awan tentang palazzo pant dengan baby tee dan jaket season

buang juga awan tentang jeans dan purple checkered shirt



shit happens

Tuesday, April 12, 2011

bakat baru

waktu menonton tv saya kurang  satu jam semalam

satu jam saya itu hilang sebab saya baiki sinki bilik air yang tersumbat

dan satu jam itu menyedarkan saya yang saya ini punya bakat (ehem.. )

saya rasa saya dah boleh jadi  plumber

yieehaa!!

Wednesday, April 06, 2011

Kitchen Art Brasserie~Subang


It was a nice and happy and fun lunch treat. From some of us to some of us.

Yes, kita still boleh happy-happy even skala happy kita tak sama.

And yes, purple itu warna lega dan warna melawa.

Monday, April 04, 2011

hari audit 1

selamat datang hari audit pertama. walaupun tak seperti hari-hari audit pertama tahun-tahun lepas, tapi ia tetap juga hari audit. dan bila sudah nama hari audit maka semua pun berpakaian seragam pink dan hitam macam pakaian seragam untuk pertandingan pancaragam. esok ialah hari audit kedua. selalunya hari audit kedua sudah bboleh rilex-rilex tapi kali ini bertukar panji perang. kita rilex-rilex di hari audit pertama dan mula bergemuruh pada esok hari.

hari audit pertama dah hampir tamat.
selamat babai.
hari audit kedua, kita jumpa esok.

Friday, April 01, 2011

point taken

kadang-kadang result tu bukan penting sangat

yang lagi penting is effort