Thursday, February 10, 2011

Konflik Pagi Merah Untuk Cinta 1

lima orang tanya saya mana entri "Pagi Merah Untuk Cinta"

saya cakap saya dah delete

tiga orang membebel

dua orang tak cakap apa-apa

hati sebenarnya dah jadi separuh-separuh. separuh rasa nak post "Pagi Merah Untuk Cinta" (yang saya dah buat semalam) tapi separuh lagi rasa tak perlu or tak patut. Maka aksi seterusnya ialah mendelete "Pagi Merah Untuk Cinta"(pun saya dah buat semalam. 10 minit selepas saya post entri tu)

"dan aku paling suka bila kau berkemeja putih dengan jeans biru. tudung hitam. mata gothic. pipi sedikit merah. bibir nude. beg besar. kasut tinggi. kau nampak seperti budak sekolah yang ponteng sekolah. tapi aku suka "

Tuesday, February 01, 2011

ko penah rasa??

Dia mulakan cerita dengan soalan jakun

“Ko penah tak… rasa confident sepanjang hari?”

Dia nyalakan rokok. Sedut dalam-dalam. Hembus.

“Katakan suatu hari tu, ko bangun pagi dengan satu set impian. Satu set impian indah tentang apa yang akan jadi pada hari tu. Dan entah dari mana pulak datang sepuluh ribu keyakinan dalam diri ko yang meloncat-loncat dan berteriak bahawa set impian tu akan jadi kenyataan.”

Black Coffee kegemaran datang. Aroma kopi pahit itu berlumba-lumba keluar dengan asap nipis. Menggoda!!

“And disebabkan sepuluh ribu keyakinan tu, ko bersemangat pilih baju keje yang paling smart, ambik breakfast yang penuh nutrisi, jadi pemandu berhemah dan murah senyuman even pada lelaki bangla yang jaga stesen minyak. Pendek kata, ko mulakan hari tu dengan penuh energetic sebab ko yakin and tak sabar menunggu set impian itu muncul dan beraksi di depan ko “

Hirupan pertama Black Coffee. Hampa. Kurang rasa untuk kopi pahit dan kelat.

“But then bila tengahari.. kosong. Takde pape. Set impian ko tak muncul-muncul. Tapi ko pujuk hati, takpe mungkin petang nanti. Tapi sebenarnya salah. Sebab walaupun petang dah tiba tapi set impian ko tetap jugak takde. And sudahnya, lansung takde sampailah ko off pc and kunci drawer untuk balik.”

Hirupan kedua. Heartless!!

“Ko penah tak rasa yang ko tak sedih or frust or kecewa sebab set impian ko tak muncul-muncul sampai hujung hari? In fact, ko masih yakin yang ia akan jadi. Yakin amat-amat. Positif giler-giler. Dan yang sepuluh ribu dalam diri ko tu masih tak kurang satu pun. Masih melompat-lompat dan berteriak. Masih bersemangat. And semangat tu macam dah kepung ko dalam satu kepompong yang penuh energetic sampai ko tak de ruang lansung untuk frust. Ko penah tak rasa macam tu?”

Dia pandang. Jari mengepit rokok. Muka mengharap jawapan.

“Apa bnda set impian ko tu?” soalan malas sebab malas menjawab.

Cepat-cepat dia matikan rokok.

“Big Mac Large.” sengih lebar

Ok, aku tau semalam aku janji nak belanja makan McD. Tak payahla buat skrip panjang lebar ni semata-mata nak tuntut janji.