Monday, January 31, 2011

kasih orang muda

mengapa engkau menyusahkan aku..

Saturday, January 29, 2011

kalau

kalau kamu “hai” saya dan saya “hai’ kamu balik

atau kalau kamu senyum dan saya senyum balik pada kamu

atau kalau kamu cakap “macam nak hujan jer hari ni” dan saya angguk sambil kata “hmm.. itulah”

cukuplah itu sebagai tanda yang saya ok. betul-betul ok.


serius

Tuesday, January 25, 2011

4 inci

kecoh-kecoh dengan high heels 4 inci orang padahal diri sendiri tak sedar yang songkok di atas kepala tu tingginya lebih 4 inci

Monday, January 24, 2011

hmm..

"But why should you be interested in me?"

"Good question. I can’t explain it myself right this moment. But maybe – just maybe – if we start getting together and talking, after a while something like Francis Lai’s soundtrack music will start playing in the background, and a whole slew of concrete reasons why I’m interested in you will line up out of nowhere. With luck, it might even snow for us."


-after dark by Haruki Murakami

Friday, January 21, 2011

susu pekat manis

saya tak suka susu pekat manis. sebab dia manis. sebab warna dia putih kuning. sebab dia melekit. tapi ada satu perkara yang saya suka tentang dia. saya suka kan tinnya. sebab saya boleh mengasah skill membuka tin dengan can opener sepertimana yang bonda ajar. dan bila siap dibuka simpan dia dalam peti ais. selepas tu jangan harap saya akan sentuh dia lagi.

saya tak suka susu pekat manis.

tapi saya suka makan pudding hari minggu kakak ipar yang lapisan keduanya ialah adunan keju dan susu pekat manis yang dipukul kembang

dan saya suka kek batik yang sejuk beku dan crunchy dengan biskut marie dan manis dengan susu pekat manis dan serbuk milo

dan saya suka carrot susu ais

tapi saya tak pernah sukakan susu pekat manis

Monday, January 17, 2011

PULANG


Dia sudah ditempatkan di wad pengasingan ICU GH sejak Jumaat. Dan semua pelawatnya kini dibenarkan masuk melawat tanpa mengira waktu.

“Keadaan dah makin kritikal. Doktor dah tak boleh buat apa-apa. Ketumbuhan tu makin besar. Sampai tutup saluran pernafasan dalam paru-paru dia”

Itu butir bicara kakak dia yang sempat saya tangkap waktu sama-sama melangkah ke wad dia hari Sabtu lepas. Di pintu masuk wad, saya lihat bonda mendahului. Bersalam dengan wanita seusianya yang lemah duduk di tepi pintu. Salam yang disusuli dengan dakapan erat dan kuat seakan menyalurkan seribu satu rasa. Simpati. Sedih. Sebak. Sabar. Kuat.

Dan dia.

Dia terbaring di atas katil. Cengkung. Pucat. Mata terpejam. Wayar berselirat di badan yang disambung pada satu mesin yang asyik berbunyi.

Dan bunyi mesin itu. Ah, saya terlalu tak suka pada bunyi mesin ini. Juga tak suka kepada angka yang terpapar.

“Mesin ini digunakan untuk kita memantau degupan jantung pesakit. Angka yang terpapar itu ialah bilangan degupan jantung pesakit dalam satu minit”

Saya ingat lagi penerangan Dr Lim dulu. Waktu saya masih bersekolah. Waktu seronok-seronok mengikut lawatan ke hospital.

Tapi melihat mesin yang sama kali ini lansung tidak seronok. Bunyinya menguatkan resah. Menambahkan getaran emosi pada semua yang ada di dalam bilik itu.

Empat kerusi plastik di sekeliling dia setia diisi oleh empat orang muslim yang bergilir membacakan Yaasin. Alunan Yaasin dalam sendu. Bacaan kalimah Syahadah yang lembut di telinga dia. Bunyi mesin yang membingit hati. Jangan pandang mata sesiapa. Nanti orang akan nampak mata kamu merah berair dan kamu pun akan tahu yang mata orang itu juga merah berair. Tapi siapa lagi yang mahu peduli dengan mata merah kamu. Tiada siapa. Menangis hingga luntur maskara sekalipun tiada siapa yang akan bertanya. Yaasin tetap kedengaran. Kalimah Syahadah itu tetap beralun. Dan mesin itu, mesin itu tetap berbunyi. Malah makin rancak.

Angka yang bermula dengan 130 mula menurun kepada 100. 97. 70. 65. 40. Ada ketikanya ia naik mendadak hingga mencecah 165 tapi kemudiannya menjunam turun ke 33. Saya paksa diri untuk tidak memandang pada angka mesin. Paksa diri untuk abaikan bunyi mesin itu. Yaasin sudah makin surut. Kalimah Allah pula mengganti. Dibisikkan di cuping telinganya dengan lembut. Tapi suara lembut dan sayu tu buat semua hati yang mendengar makin menangis.

Dan surah Al Fatihah kedengaran sayup-sayup. Dalam sendu. Diiring air mata yang makin berlinang. Mata yang merah membasah. Esakan yang makin kuat. Semua disitu bagaikan dalam dunia sendiri termasuk saya. Saya sudah tidak pandang apa yang adik saya buat di luar bilik. Saya sudah tidak pandang pada semua yang hadir dan mula memenuhi ruang billik. Saya leka dengan al Fatihah saya hingga saya tak sedar sejak bila angka pada mesin itu terpapar 0.

Kosong.

Doktor muda yang datang memeriksa hanya senyum pahit. Bersuara perlahan. Sangat perlahan. Tapi saya nampak gerak bibir dia dan saya faham gelengan kepalanya.

“Dia dah tak ada”

Akhir.

Dia pulang. Dijemput di hadapan keluarga dan rakan-rakan yang tak putus-putus mendoakan dia hingga hujung nyawa.

Dia pulang. Dijemput saat matahari seharusnya memancar tegak di atas kepala tapi dillitupi awan mendung dan dibalut dengan angin sejuk.

Dia pulang. Dijemput dalam umur yang masih muda seawal 22 tahun. Memenuhi janji Tuhan yang mati itu tak akan awal dan tak akan lewat mahupun sesaat.

Dan kami pulang. Dengan kehilangan dia. Dengan rasa sedih yang meruntun. Dengan rasa sebak yang mengharu. Dengan doa agar dia tenang di sana.

Alfatihah

untuk Sufri Ramli

Friday, January 14, 2011

ada ini

ok, semua dah tak payah risau-risau.

dah ada ini.

terima kasih untuk yang membeli.

Dr Khairul Rizal, saya dah tak perlu MC. *wink

Tuesday, January 11, 2011

ooo..

rupa-rupanya diam-diam dia stalk mug finding nemo saya.

rupa-rupanya dia tahu yang setiap pagi saya hanya akan isi separuh Nescafe susu dalam mug tu dan penuhkan dengan air kosong.

rupa-rupanya dia juga tahu air Nescafe tu selalunya tak habis walaupun dah pukul 5.30ptg.

sebab tu bila Dr Khairul Rizal bagi saya MC semalam atas sebab gula dalam darah saya rendah sangat-sangat

dia bongkar semua rahsia dalam mug finding nemo saya

and terus dapat title “mak tiri”

hahaha.. padan muka!!

baiklah lovely step mummy, mulai hari ini saya minum Nescafe dua gelas. and janji, tak tambah air kosong!! (angkat tangan ala-ala baca ikrar)

Tuesday, January 04, 2011

ujian

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

(Al-Ankabut:2)