Tuesday, November 22, 2011

pilihan baik

saya kira jumpa diana petang sabtu lepas dengan kemeja putih dan light choc high waisted wide leg pant dan shawl india itu adalah satu pilihan yang baik. tapi sebenarnya belum cukup baik. ia hanya baik untuk sejam pertama sahaja. masuk minit ke 61 kemeja putih ternoda dengan sos cili roti john berinti daging blackpepper yang sangat lazat. saya tak salah. daging black pepper dalam roti john itu bersungguh-sungguh mencuri fokus saya hingga saya terabaikan sos yang mengalir keluar dari roti sebab merajuk kerana tak dipedulikan. siapa suruh jadi sos. saya memang tak suka sos. hampir setengah jam ditawan oleh daging black pepper roti john dan teh o limau tanpa gula yang panas berasap, saya baru menyesal sebab pakai kemeja putih dan usaha menutup kesan kecelakaan pada kemeja putih dengan shawl india itu kadang-kadang berjaya dan kadang-kadang tidak.

saya kira jumpa diana petang sabtu lepas dengan kemeja putih dan light choc high waisted wide leg pant dan shawl india itu adalah satu pilihan yang baik. tapi sebenarnya belum cukup baik. selepas tragedi kemeja putih dapat parut terluka dari cili sos, saya punya satu lagi agenda iaitu hantar bunga telur untuk cik kopi. cik kopi ialah kawan baik saya untuk 10 tahun. bunga telur ini untuk majlis nikah cik kopi esok hari. sebab itu saya rela meredah hujan lebat mencari rumah makcik cik kopi. rela juga berhenti dan tanya security guard berbangsa india yang rupa-rupanya pondan yang tak henti-henti bertanya itu ini tentang bunga telur dan kenduri kahwin walaupun saya hanya nampak separuh muka dia. tak tahulah dia nampak atau tidak muka saya. saya berjaya jumpa rumah makcik cik kopi waktu hujan masih sangat lebat. walaupun jarak parking kereta dengan pintu rumah makcik cik kopi sebenarnya tidaklah jauh sangat. tapi disebabkan hujan lebat dan saya terlebih payungkan paper bag yang berisi bunga dip berbanding memayungkan diri sndiri, saya dah tak peduli pada kaki seluar yang basah. lagipun seluar ini wide leg. bak kata noni "kembang pelik". tak makan saman kalau lipat. jadi saya biarkan saja dia basah. bila masuk rumah orang baru berasa segan. baju comot, seluar basah.

saya kira jumpa diana petang sabtu lepas dengan kemeja putih dan light choc high waisted wide leg pant dan shawl india itu adalah satu pilihan yang baik. tapi sebenarnya belum cukup baik. selesai agenda bunga telur cik kopi saya cuma ada satu lagi kerja luar. singgah kedai dobi dan ambil baju dry cleaning. itu kerja senang, tunjuk resit, ambil baju, bayar dan selesai. tapi tahu apa yang jadi? waktu saya melangkah masuk ke kedai dobi, kakak dobi itu sedang menyembur air freshener ke udara. entah apa jenama tapi bau di sangat pelik dan tak wangi. selesai tunjuk resit, ambil baju dan bayar saya terus masuk kereta. start enjin, buka aircond, dan jalan. dua minit sahaja saya berasa tenang. untuk minit-minit seterusnya saya asyik bersin sebab bau air freshener kakak dobi yang pelik dan tak wangi itu dah melekat dekat shawl india saya.

5 comments:

aenmatderis said...

saya kira jumpa diana adalah pilihan terbaik...
rupanya tak..haha...

best gak ah.

mat jan said...

haha..
ini mmg dah x blh kluar rumah ni
kena kuarantin barang seminggu dua

len kali nk jmpa diana, biar aku yang pegi jumpa

hehehe

nik said...

tapi lepas jumpa diana wallet kembung kan?

itu kira terbaek la tu

rena said...

aen..
itula pasal.. sabar je lah

jan..
ko klau pasal diana, semua laju eh?

nik..
hehe, itu rezeki.

Cik Kopi said...

terima kasih banyak-banyak kerana bersusah payah meredah hujan dengan kemeja putih dan light choc high waisted wide leg pant dan shawl india untuk menghantar bunga telur itu. Saya sungguh terharu~

Anda dengan kemeja putih dan light choc high waisted wide leg pant dan shawl india nampak sungguh elegan ;)

Comot-comot sikit tu yg menambah kecomelan~