untuk raya tahun ini, biskut raya favourite saya ialah biskut raya oreo. sebab dia sedap. kurang manis dengan rasa pahit-pahit coklat.
untuk raya tahun ini, biskut raya favourite saya ialah biskut raya oreo. sebab ketekunan saya menjaga suhu dan tepat-tepat 8 minit untuk membakar biskut ini menghasilkan biskut yang rangup, tak hangit dan wangi. tapi sebenarnya kalau dia hangit sikit pun tak ada orang perasan. sebab warna azali dah hitam.
untuk raya tahun ini, biskut raya favourite saya ialah biskut raya oreo. sebab saya dah kurang suka semua biskut raya yang ada unsur-unsur kekacang. biskut badam, biskut gajus, biskut kacang tanah, sila duduk tepi oven.
untuk raya tahun ini, biskut raya favourite saya ialah biskut raya oreo. sebab warna dia hitam. lalu bila disusun dalam botol dan dilapis dengan kertas dollie warna putih, nampak sangat-sangatlah cantik.
tiga botol biskut raya oreo itu saya kira cukup untuk stok sepanjang syawal nanti
bonda kata biskut tak lawa pun tak mengapa. asalkan sedap.
biskut oreo saya bukan saja lawa. malah juga sedap.
RIAK
tapi mesti ke bila dia jadi favourite saya maka saya terpaksa berpisah dengan salah satu botol biskut oreo saya?
awak, kenapa curik biskut raya oreo saya????
and awak, kenapa bagi dia curik biskut raya oreo saya???
frust

0 comments:
Post a Comment