sudah. lupakan saja tentang kasut orang lain. mari berkisah tentang kasut sendiri pula. tapi kita mulakan dengan kisah hati dulu. kisah sakit hati.
sakit hati itu lama. tapi bukan selama-lamanya. betul. ini pengalaman sebenar. iaitu bila sudah tertakdir untuk tidak dapat memiliki that damn gorgeous Bill Keith black boot hanya sebab noni terbeli dua saiz lebih besar. hingga tercipta entri pendek ini. pendek sebab tak mampu nak tulis panjang-panjang kerana hati terasa seperti dikelar-kelar dengan pedang samurai dan direnjis-renjis dengan jus lemon asli.
walaupun hati pernah hampa berpuluh kali untuk sebab kasut tiada size, kasut sold out, kasut tiada warna kegemaran tapi Bill Keith ini mencedera hati dengan penuh no mercy. umpama cinta pertama yang kecundang gara-gara orang ketiga.
dan walaupun masih ada kasut-kasut lain yang setia mengalas kaki dan menjadikan diri sedikit tinggi, tapi hati tetap sedih memikirkan Bill Keith itu. kan saya dah cakap. sakit hati itu lama.
tapi bukan selama-lamanya.
hinggalah Lewre mula beratur di rak kasut KLCC. umpama ada orang bagi telur 30 biji Gred A lepas dia pecahkan 5 biji telur kita yang berGred C.
umpama jatuh cinta kali kedua. dan kemudiannya jatuh cinta berturut-turut untuk setiap 2 minit yang seterusnya. dan berterusan jatuh cinta bila berjaya memiliki dengan saiz yang sebenar.
serta merta hati tersembuh dari luka tikaman Bill Keith
serta merta berasa suka
serta merta rasa gembira tak terkira
serta merta senyum
serta merta rasa muda 5 tahun.
ok, ayat serta merta terakhir tu tiada kaitan. sebab yang saya nak kongsi sebenarnya ialah pasal sakit hati.
sakit hati itu lama. tapi bukan selama-lamanya. betul. ini pengalaman sebenar.

4 comments:
haha..
sorry la babe. bila u ckp kasut size 38 terus me ingt u pkai size 8
sakit kau..
sakit aku jugak..
cubit peha kiri kau..
pedih perut aku jugak
marah kau..
macam marah diri sendiri
toblerone kau..
toblerone aku jugak
toblerone aku..
aku punyalah
ko jangan nak curik2!!
bill keith..
lewre..
wohooo.. mahalnya harga kasut
noni..
kaki giant la sgt pakai size 8
cik anon..
bwekk!!
nik..
aku mampu beli time sale jer
Post a Comment