Wednesday, April 27, 2011

Konflik Pagi Merah Untuk Cinta 2

cinta
lelahku kerana berlari-lari naik escalator tadi
hapus bila lihat kau pun ada di dalam tren ini
bukan salah aku
kad Touch N Go itu yang buat hal

cinta
aku nampak hari ini eye shadow kau kaler merah terang
mungkin kau sedar
atau mungkin juga kau tak sedar
setiap hari aku akan duduk di depan kau
supaya aku boleh tengok warna eyeshadow kau
juga boleh lihat warna gincu kau, warna baju kau,
warna tudung kau, warna beg kau
walaupun sebenarnya aku sudah hampir hafal pola warna kau

kalau hari itu kemeja kau biru
kau mesti padankan dengan slack hitam. tudung lite blue
eye shadow pink
lipstick merah lembut

kalau hari itu baju kurung kau ungu gelap
tudung pastinya ungu lembut
eye shadow mungkin ungu gelap ataupun hitam
lipstick tetap merah jambu

dan aku paling suka bila kau berkemeja putih dengan jeans biru
tudung hitam
mata gothic
pipi sedikit merah
bibir nude
beg besar
kasut tinggi
kau nampak seperti budak sekolah yang ponteng sekolah
tapi aku suka

tapi cinta
kenapa hari ini kau merah sangat?
baju kau, tudung kau, jeans kau, handbag kau, bahkan semua warna di muka kau
eye shadow, pemerah pipi, lipstick.. semuanya merah
kasut tinggi kau.. Ya Allah cinta!!
kasut tinggi kau pun warna merah??

cinta,
kenapa kau tak padankan dengan warna-warna lain?
kenapa dengan taste kau hari ini cinta?
atau kau dah kehabisan baju, tudung, jeans dan mekap warna lain selain dari merah?

cinta
kalau aku besarkan mata aku
kau lansung tak ubah seperti bantal besar berbentuk hati yang tertinggal di dalam tren

merah. merah dan merah

aduhai cinta..
cinta.. cinta.. cinta
kau jiwa kacau?
hati resah?
sampai begini pola warna kau hari ini
rasa macam mahu saja aku pinjamkan jaket aku ini untuk kau cinta
supaya kau tak terlalu merah
dan aku berdoa
jangan ada lembu-lembu jantan yang tersesat di KL hari ini
aku bimbang kalau-kalau kau dikejar mereka sebab merah kau tu

cinta
kenapa tren ini laju sangat
bila aku lihat kau bangun dan berdiri di muka pintu
aku tahu destinasi kau dah tiba


tapi cinta
kenapa kau tiba-tiba lain?
kenapa kemeja kau putih?
kenapa jeans kau biru?
kenapa tudung kau hitam?
kenapa beg besar dan kasut tinggi kau juga hitam?
mana pergi semua yang merah merah tadi?

cinta
kau dah tak merah!!
misterinya kau
atau sememangnya kau memang tak merah
cuma aku yang memandang kau merah

cinta
bye bye. semoga hari kau indah
seperti hari aku
yang sering memandang kau
dengan hati
hati merah kepunyaan aku

1 comment:

nur azielah said...

bestnya ayt... sayu.. n funny.. haha