Wednesday, March 30, 2011

resah tikus hijau

tikus hijau resah. saya yang jadi mangsa. setiap malam sebelum tidur dia pasti akan bercerita tentang resah dia. dia kata ekor dia dah makin panjang. makin panjang hingga membelit leher dia ketika tidur.

saya kata itu mustahil sebab gigi bongsu dia dah lama tumbuh. dia dah demam panas sebab gigi bongsu dia. bila gigi bongsu dah tumbuh, kita takkan tinggi lagi. ekor pun sama, takkan memanjang.

tapi dia tak dengar. dia tetap kata ekor dia memanjang. dan lagi dia kata sudah banyak kali dia tiba-tiba sesak nafas ketika tidur. saya kata itu mungkin wayar charger telefon yang belit leher dia. dia tetap kata bukan. dia sungguh-sungguh kata itu ekor dia.

dia kata dia ada bukti. dulu dia pernah ukur panjang ekor dia. dan bila dibandingkan dengan panjang sekarang, memang nampak ada peningkatan. saya mula percaya. mungkin teori gigi bongsu tu hanya untuk tulang kaki dan bukan untuk ekor tikus.

saya tanya dia berapa panjang ekor dia dulu. dia kata 4 inci. tak sempat saya tanya panjang sekarang dia terus bagi info yang panjang ekor dia sekarang ialah 10 cm.

sekarang saya pula yang resah tentang dia....

2 comments:

crunchyahcock said...

ekor tikus hijau telah memanjang dari 4cm ke 10cm.......itu untuk tikus hijau, tahniah
manakala untuk tuan tikus hijau ketinggian dahulu dengan ketinggian sekarang masih tidak menampakkan hasil......sekian berita

saya karam singh walia melaporkan daripada crunchyahkok

roman said...

aku nak bagi tikus ijau pinjam calculator aku supaya dia bijak convert inci to cm. and kalau dia tak pandai jugak aku nak buat kelas tusyen metric conversion untuk dia.

rena, u r highly invited to join!!