Friday, December 02, 2011

INDULGE

Oh I know that the music's fine
Like sparklin' wine, go and have your fun
Laugh and sing, but while we're apart
Don't give your heart to anyone
But don't forget who's takin' you home
And in whose arms you're gonna be
So darlin' save the last dance for me


-SaveTheLastDanceForMe, The Drifters

Tuesday, November 29, 2011

dan telah ku nyanyikan kau lagu cinta

supaya lepas ini kau boleh menyanyi sendiri tanpa bantuan aku

tapi aku masih boleh tolong petik gitar oren kau, sekali sekala

tapi hanya petik gitar

atau mungkin juga boleh tepuk tangan

che amid dah nak mendarat lagi tujuh hari

tujuh : 1

tujuh : 2

tujuh : 3

tujuh : 4

tujuh : 5

tujuh : 6

tujuh : 7

tengok, 7 kali aku ulang perkataan tujuh tu

tujuh hari untuk aku vacuum semua carpet dalam rumah, mop lantai, basuh bilik air, kutip daun pokok nangka sebelah rumah, kemas balkoni atas, trim pokok-pokok bunga dalam pasu bunga, lap tingkap, sapu minyak merah pada sofa kayu, taruk bateri pada jam dinding dekat dapur, tebas semak samun belakang rumah,  basuh porch depan, basuh kete che amid, kemas semua baju dalam bilik che amid, cuci peti ais, kemas kitchen cabinet, cuci longkang belakang rumah, mop tangga and last but not least..

carik char koay teow sedap. sebab aku teringin sangat-sangat nak makan char koay teow yang sedap dengan cili jeruk dan juga kerang gemuk-gemuk.

jangan ajak aku nyanyi lagi. aku bizi!!

Thursday, November 24, 2011

the other side

"kadang-kadang, benda yang kita rasa ok... sebenarnya tak ok pada orang lain. kadang-kadang kita rasa kita tak salah sebab kita cakap benda yang betul. memang kita tak salah pun. tapi pernah fikir the other side yang mendengar?"

saya rasa macam oksigen disekeliling saya makin kurang. semua pokok dah mogok untuk berfotosintesis. semua pokok berkumpul dan berpiket marahkan saya. semua pokok melaung-laung satu ayat yang sama.

"pilihan... tak menarik. "
"pilihan... tak menarik. "
"pilihan... tak menarik"

lain kali saya nak bawa tong oksigen kalau jumpa dia

Tuesday, November 22, 2011

pilihan baik

saya kira jumpa diana petang sabtu lepas dengan kemeja putih dan light choc high waisted wide leg pant dan shawl india itu adalah satu pilihan yang baik. tapi sebenarnya belum cukup baik. ia hanya baik untuk sejam pertama sahaja. masuk minit ke 61 kemeja putih ternoda dengan sos cili roti john berinti daging blackpepper yang sangat lazat. saya tak salah. daging black pepper dalam roti john itu bersungguh-sungguh mencuri fokus saya hingga saya terabaikan sos yang mengalir keluar dari roti sebab merajuk kerana tak dipedulikan. siapa suruh jadi sos. saya memang tak suka sos. hampir setengah jam ditawan oleh daging black pepper roti john dan teh o limau tanpa gula yang panas berasap, saya baru menyesal sebab pakai kemeja putih dan usaha menutup kesan kecelakaan pada kemeja putih dengan shawl india itu kadang-kadang berjaya dan kadang-kadang tidak.

saya kira jumpa diana petang sabtu lepas dengan kemeja putih dan light choc high waisted wide leg pant dan shawl india itu adalah satu pilihan yang baik. tapi sebenarnya belum cukup baik. selepas tragedi kemeja putih dapat parut terluka dari cili sos, saya punya satu lagi agenda iaitu hantar bunga telur untuk cik kopi. cik kopi ialah kawan baik saya untuk 10 tahun. bunga telur ini untuk majlis nikah cik kopi esok hari. sebab itu saya rela meredah hujan lebat mencari rumah makcik cik kopi. rela juga berhenti dan tanya security guard berbangsa india yang rupa-rupanya pondan yang tak henti-henti bertanya itu ini tentang bunga telur dan kenduri kahwin walaupun saya hanya nampak separuh muka dia. tak tahulah dia nampak atau tidak muka saya. saya berjaya jumpa rumah makcik cik kopi waktu hujan masih sangat lebat. walaupun jarak parking kereta dengan pintu rumah makcik cik kopi sebenarnya tidaklah jauh sangat. tapi disebabkan hujan lebat dan saya terlebih payungkan paper bag yang berisi bunga dip berbanding memayungkan diri sndiri, saya dah tak peduli pada kaki seluar yang basah. lagipun seluar ini wide leg. bak kata noni "kembang pelik". tak makan saman kalau lipat. jadi saya biarkan saja dia basah. bila masuk rumah orang baru berasa segan. baju comot, seluar basah.

saya kira jumpa diana petang sabtu lepas dengan kemeja putih dan light choc high waisted wide leg pant dan shawl india itu adalah satu pilihan yang baik. tapi sebenarnya belum cukup baik. selesai agenda bunga telur cik kopi saya cuma ada satu lagi kerja luar. singgah kedai dobi dan ambil baju dry cleaning. itu kerja senang, tunjuk resit, ambil baju, bayar dan selesai. tapi tahu apa yang jadi? waktu saya melangkah masuk ke kedai dobi, kakak dobi itu sedang menyembur air freshener ke udara. entah apa jenama tapi bau di sangat pelik dan tak wangi. selesai tunjuk resit, ambil baju dan bayar saya terus masuk kereta. start enjin, buka aircond, dan jalan. dua minit sahaja saya berasa tenang. untuk minit-minit seterusnya saya asyik bersin sebab bau air freshener kakak dobi yang pelik dan tak wangi itu dah melekat dekat shawl india saya.

Monday, November 21, 2011

bekal

kalau lah che amid dan bonda baca entri ini :

atas meja pagi tadi ada dua tupperware. satu tupperware besar dan satu tupperware kecil.

dalam tupperware besar ada nasi goreng ikan bilis dan scramble egg dan ikan sardin goreng garing dengan bawang hangit-hangit.

dalam tupperware kecil ada keropok ikan.

itu bekal untuk saya pergi kerja.

fully prepared by adik lelaki saya.


Wednesday, November 09, 2011

suka

suka sangat datang tanpa matahari
dan bawa lampu suluh sendiri

*grin* comel untuk esok pagi

Friday, November 04, 2011

maghrib nanti

received a text from che amid directly from mecca

“Papa mama pukul 3 ptg bertolak ke arafah”


its about 8pm here. plus minus. hujung maghrib.

Selamat Hari Raya Aidiladha che amid
Selamat Hari Raya Aidiladha bonda
Selamat Hari Raya Aidiladha adik beradik saya

Selamat Hari Raya Aidiladha semua

Wednesday, October 19, 2011

tawaran

Saya tawarkan kamu satu musim diam. Yang berlansung selama 40 hari.

Sila terima. Ini compulsory.

Monday, October 17, 2011

dedicate lagu

Waktu duka dulu kita lalui bersama
Bahagia bagaikan malam ditemani bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri
Meninggalkan aku
Meninggalkan aku sendiri

-ditujukan khas untuk che amid dan bini dia

counting day(s) :  7

Thursday, October 13, 2011

angin petang

berterima kasih besar-besar serta banyak-banyak pada angin petang

yang meniupkan bau wangi pop corn tapi sedikit hangit

manis dan kelat

Monday, October 10, 2011

hari dengan berita gembira

hari ini hari gembira saya. hari gembira keluarga sebenarnya. hari gembira saya dan semua ahli keluarga.

S E M U A

alhamdulillah
hari ini kalau ada orang datang jual filter air pun saya akan terus sign up dan bayar untuk 2  tahun terus.

hari ini kalau ada orang bawak borang investment untuk hari tua pun saya akan terus sign.

hari ini kalau ada orang cakap lapar pun saya akan terus ajak dia makan nasi lauk kambing

NGEE!!!

*anak-anak kucing di balkoni, hari ini korang dapat makan friskies ok!!

Monday, October 03, 2011

langit 2

tak guna bersuara bingit-bingit..

tak perlu bercakap besar-besar..

langit itu tetap tinggi, tetap utuh dan tak akan jatuh dengan suara kamu.




tapi kalau langit itu jatuh, saya pasti bukan sebab suara kamu

tapi pasti dia akan hempap kamu



ini entri ulangan, sebenarnya.

Friday, September 30, 2011

puas!!

saya half day morning

breakfast dengan coklat cadburry

pagi-pagi tercegat depan pintu pagar dengan baju kurung moden warna pink

hanya untuk ini

a

Wednesday, September 28, 2011

twenty8 september twenty11

"seperti berjelaga bila ku sendiri"

Sunday, September 25, 2011

janji

sebab kita pernah berjanji
sama-sama menguyah gula-gula gembira
sama-sama mencicip rasa masam duka

sebab kita pernah berjanji
roket itu tempat duduknya dua
maka harus diisi bersama

sebab kita pernah berjanji
antara kita harus ada kehidupan
tapi jangan kita dibiarkan

dan bila
gula-gula kau kunyah seorangan
kau cicip rasa masam sendirian
tak perlu aku kisahkan lagi tentang roket dan yang lain

ayuh, kita lupakan semua janji
juga lupakan

kita

Friday, September 23, 2011

baju kurung

dialog rahsia bonda dengan che amid pada pagi saya berbaju kurung nak pergi kerja.

"tak padan dengan kecik-kecik dulu. mana nak dia pakai baju kurung. baju kurung sepasang jer setahun. itupun pakai pagi raya jer.lepas tu tukar pakai baju lain"

bini che amid ni tak ingat ke uniform sekolah tu pun baju kurung.

btw, che amid sila tukar pintu kalis bunyi pls!!

Wednesday, September 21, 2011

hello sabrina!!

atau apa saja nama kamu

tak kisah. tapi auntie rasa nama sabrina tu sangat sesuai untuk kamu hari ini
be healthy. jangan susah-susahkan mummy.
n selamat jadi ahli bumi.

ini anak mielia!!

Tuesday, September 20, 2011

diam diam

saya nak satu jer. saya nak duduk diam-diam.

saya nak duduk tengok tivi diam-diam
atas sofa biru buruk tapi maha best
tapi tiap kali duduk depan tivi, mesti saya capai majalah dalam almari, belek-belek sambil tengok tivi

saya nak buat kerja diam-diam
fokus betul-betul dengan kerja
pandang monitor kalau boleh sampai tembus
tapi bila saya mula buat kerja, telinga saya mesti akan curi-curi dengar radio kakak sebelah

saya nak drive pagi-pagi diam-diam
tak payah buka air cond, angin pagi dah cukup sejuk
tak payah buka radio, saya nak dengar bunyi senyap
tapi tangan selalu gatal pasang CD Michael Buble
tak cukup dengan tu, saya join Michael menyanyi sama

saya nak hidup diam-diam
tak kacau orang

tapi kenapa lah susah sangat dengan benda yang satu ni

Monday, September 19, 2011

salah dia

awan putih gebu
comel macam gula-gula kapas
geram
sampai rasa macam nak makan
tapi saya kenyang

salah dia
mendarat tak kena tempat
atau saya yang salah pangkah tempat untuk dia mendarat

Monday, September 12, 2011

credit untuk n*ni

bunyi sms masuk waktu saya tengok movie Bukit Kepong
babe, kenapa nama hero bukit kepong ni lain?

reply
betul la. hero dia sarjan jamil. jins shamsudin tu.

sms masuk lagi
abis tu leftenan adnan tu sape?

reply
mat sabu kenal?

Monday, August 29, 2011

puasa 28 - vanilla

baru pulang dari kedai kakak mulut tanpa filter yang suka menegur customer dengan ramah

kakak : eh, lama tak nampak ko dik. tak keje ke ni?
saya    : ada. dah start cuti nk raya dah ni
kakak : nak buat kuih ke beli vanilla ni?
saya   : a'ah. habis plak vanilla kat rumah tu
kakak : dah kurus ko eh. dulu gemuk sikit.

aduh kakak, nasib baik kakak tegur masa saya kurus.

kalau kakak tegur saya masa saya gemuk, harus saya jadi padi.

makin tunduk makin berisi

Thursday, August 25, 2011

puasa 25 - dodol pink

hari terakhir kerja tanpa boleh makan dan minum. saya mula cuti esok. lalala

selamat hari raya semua. maaf zahir batin. nah, kad raya pink hebat beserta dodol pink dari company saya.




oh yer, terlupa.
ingatan bersimpati ditujukan pada mat jan yang accident motor semalam. patah kaki kiri dan patah hati sebab tak boleh beraya.

kih kih kih

Wednesday, August 24, 2011

puasa 24 - biskut raya favourite

untuk raya tahun ini, biskut raya favourite saya ialah biskut raya oreo. sebab dia sedap. kurang manis dengan rasa pahit-pahit coklat.

untuk raya tahun ini, biskut raya favourite saya ialah biskut raya oreo. sebab ketekunan saya menjaga suhu dan tepat-tepat 8 minit untuk membakar biskut ini menghasilkan biskut yang rangup, tak hangit dan wangi. tapi sebenarnya kalau dia hangit sikit pun tak ada orang perasan. sebab warna azali dah hitam.

untuk raya tahun ini, biskut raya favourite saya ialah biskut raya oreo. sebab saya dah kurang suka semua biskut raya yang ada unsur-unsur kekacang. biskut badam, biskut gajus, biskut kacang tanah, sila duduk tepi oven.

untuk raya tahun ini, biskut raya favourite saya ialah biskut raya oreo. sebab warna dia hitam. lalu bila disusun dalam botol dan dilapis dengan kertas dollie warna putih, nampak sangat-sangatlah cantik.

tiga botol biskut raya oreo itu saya kira cukup untuk stok sepanjang syawal nanti

bonda kata biskut tak lawa pun tak mengapa. asalkan sedap.

biskut oreo saya bukan saja lawa. malah juga sedap.


RIAK

tapi mesti ke bila dia jadi favourite saya maka saya terpaksa berpisah dengan salah satu botol biskut oreo saya?

awak, kenapa curik biskut raya oreo saya???? 

and awak, kenapa bagi dia curik biskut raya oreo saya???

frust

Monday, August 15, 2011

puasa 15 - roti

penyakit lama bulan puasa dah datang balik

tak lalu makan nasi

maka bergembiralah bai jual roti naik motor sekarang

tiap-tiap malam saya tunggu dia

berteman bunga api anak-anak jiran sebelah

dan sayup-sayup lagu hari raya nyanyian sendiri

"ini buat bekal makan siang hari ke?" bai tanya dengan senyum simpul

mulia sungguh mulut kau bai!!

Friday, August 12, 2011

puasa 11- kerabu mangga

sebelas hari puasa baru bertenaga nak update blog. salah, sebenarnya baru terasa nak update blog.

buah mangga muda yang selalu di beli dengan tujuan untuk buat kerabu mangga pula selalu gagal untuk dijadikan kerabu mangga. konflik dalaman tak terkawal. tengok mangga muda di kedai terus tebayang kerabu mangga dengan carrot parut halus, tomato cherry, bawang besar potong dadu, cili api potong halus, kacang tanah dengan ikan bilis goreng garing tumbuk kasar. makan dengan nasi panas dan telur dadar kosong. indahnya suasana berbuka nanti. tapi produk yang selalu terhasil ialah mangga muda dipotong-potong, gaul dengan garam, gula, cuka dan cili api. simpan dalam peti sejuk. lepas terawikh baru makan sambil tengok tivi.



Thursday, August 04, 2011

puasa 4

hari keempat puasa.

rezeki bermurah-murah dimulai dengan tiket tren percuma di pagi hari. kemudian ialah shawl hitam dengan benang pelangi dari india. selepas itu ialah gelang halus sebanyak 12 urat warna hitam, gold dan chrome. ada pula key chain budak perempuan gemuk.

takde orang nak belikan saya somtam ke?

Tuesday, July 19, 2011

ego

mungkin dia ada alter ego
atau mungkin ianya hanya ego

saya rasa kedua-duanya betul

Thursday, July 14, 2011

musim demam keluarga

sekarang ini musim demam ahli keluarga che amid.

bermula dengan angah.demam panas sampai kena masuk ward. tiga hari saya tak balik rumah sebab jaga dia. makan hospital. tidur hospital. misi tak comel. doktor buncit. lansung tak de hiburan live.

lepas tu che amid yang demam. demam biasa. misi bonda yang jaga. maka less worries. bravo bonda!!

kemudian kakak. walaupun dia jauh tapi dia ada seorang Hospital Attendant yang besar dan dua orang Hospital Attendants yang kecik-kecik. bertambah tak risau sebab dia dah siap sedia dengan segala ubat farmasi dan ubat tradisional. hanya tunggu dia update ubat mana yang berkesan sahaja.

lepas tu bonda. bila bonda yang demam saya risau extra. sebab bonda jarang demam tapi bila dia demam mesti dia demam panas. kalau tak demam panas pun demam dia mesti lama.

lepas tu adik saya. mula-mula berharap dia boleh jaga che amid dan bonda bila saya pergi kerja. tapi bila dia pun demam harapan hancur. lagi teruk budak ni demam. lansung tak keluar bilik. che amid pulak yang kena jenguk dia. tapi petang-petang boleh pulak keluar cari pisang goreng sebab lapar.

sudah lima orang. tinggal lagi seorang anak perempuan. seorang menantu lelaki. seorang menantu perempuan dan tiga orang cucu.

hmm..

Monday, July 04, 2011

gombak - shah alam

gombak - shah alam tu takdelah jauh sangat.

saya dah buktikan. hampir 4 tahun ulang alik tiap-tiap hari pergi kerja saya masih tak kurus-kurus.

Friday, June 24, 2011

mumble

pernah dapat surat saman parking kereta dan merasa gembira?

jangan merungut pening kepala. dunia kan berputar

owh, awak memang jambu bila pagi-pagi belikan saya air tin pepsi

kenapa report bulanan ni kena buat tiap-tiap hujung bulan?

jangan suruh saya beli pinggang mangkuk sebab saya hanya makan dalam polistrine

/rena tengah bosan tunggu 5.30pm

Wednesday, June 22, 2011

sakit hati

sudah. lupakan saja tentang kasut orang lain. mari berkisah tentang kasut sendiri pula. tapi kita mulakan dengan kisah hati dulu. kisah sakit hati.

sakit hati itu lama. tapi bukan selama-lamanya. betul. ini pengalaman sebenar. iaitu bila sudah tertakdir untuk tidak dapat memiliki that damn gorgeous Bill Keith black boot hanya sebab noni terbeli dua saiz lebih besar. hingga tercipta entri pendek ini. pendek sebab tak mampu nak tulis panjang-panjang kerana hati terasa seperti dikelar-kelar dengan pedang samurai dan direnjis-renjis dengan jus lemon asli.

walaupun hati pernah hampa berpuluh kali untuk sebab kasut tiada size, kasut sold out, kasut tiada warna kegemaran tapi Bill Keith ini mencedera hati dengan penuh no mercy. umpama cinta pertama yang kecundang gara-gara orang ketiga.

dan walaupun masih ada kasut-kasut lain yang setia mengalas kaki dan menjadikan diri sedikit tinggi, tapi hati tetap sedih memikirkan Bill Keith itu. kan saya dah cakap. sakit hati itu lama.

tapi bukan selama-lamanya.

hinggalah Lewre mula beratur di rak kasut KLCC. umpama ada orang bagi telur 30 biji Gred A lepas dia pecahkan 5 biji telur kita yang berGred C.

umpama jatuh cinta kali kedua. dan kemudiannya jatuh cinta berturut-turut untuk setiap 2 minit yang seterusnya. dan berterusan jatuh cinta bila berjaya memiliki dengan saiz yang sebenar.

serta merta hati tersembuh dari luka tikaman Bill Keith
serta merta berasa suka
serta merta rasa gembira tak terkira
serta merta senyum
serta merta rasa muda 5 tahun.

ok, ayat serta merta terakhir tu tiada kaitan. sebab yang saya nak kongsi sebenarnya ialah pasal sakit hati.

sakit hati itu lama. tapi bukan selama-lamanya. betul. ini pengalaman sebenar.

Wednesday, June 15, 2011

muat

sudah berhari-hari tak berselera nak makan. hampir lupa pada bau wangi padprik ayam, ikan gelama goreng garing dengan sambal belacan makcik cafe. dan juga telur dadar kosong yang gebu. 

breakfast pagi yang paling setia ialah black coffee.

waktu lunch kini hanya ada milo. ataupun nescafe. ataupun biskut tiger. ataupun biskut jagung.

makan malam ialah apa saja yang ada dalam peti ais. apple. atau oren. atau ais krim. atau yoghurt. atau air kosong.

entahlah

ini masalah dia. tapi saya pula yang begini.

saya rasa, mungkin sebab saya betul-betul muat kasut dia sekarang

mungkin lah

Monday, June 13, 2011

Tuesday, June 07, 2011

dia selesa tapi saya tidak

hidung panas

mata berair

suara sengau

sungguh tak selesa dengan kuman-kuman selesema yang menumpang dalam badan

tapi kuman-kuman ni nampak macam selesa sangat. enam biji Uphamol Flu hanya di jeling. lansung tak nak lari.

hmmphh!!!

Monday, May 30, 2011

sakit

entah macam mana bermula. tapi sedar-sedar saya dah mula berkongsi rasa sakit dia.

sakit kan rena...

-sangat-sangat
sabar yer. saya tahu hati sekarang tengah hancur. jiwa sekarang tengah kacau. tapi cepat-cepat lah jadi kuat. kami tak seronok jadi power rangers bila ahli kuning dia sedih-sedih macam ni

Thursday, May 26, 2011

parah 1

"kadang-kadang bila dia tiba-tiba ada di sebelah aku, aku rasa mcam nak jer pautkan tangan aku dengan tangan dia. biar rasa dalam hati ni mengalir ke dalam hati dia"


saya tak tahu nak cakap apa
juga tak tahu nak buat apa

Wednesday, May 25, 2011

awak kena janji

dah berbulan bulan saya kerja part time

jadi buruh kontrak

sekarang saya dah confident

saya nak bina tembok batu bata merah

antara awak dengan saya

sebab batu bata merah tu lagi tahan lasak berbanding batu bata simen

supaya saya tak nampak awak. tak dengar awak. tak tahu awak

tapi awak kena janji

awak jangan panjat tembok tu tau

Tuesday, May 24, 2011

berisi

majlis doa selamat untuk orang tua roman dah selesai

muffin coklat saya laku

bekas muffin coklat saya, yang saya ingat kosong

rupa-rupanya berisi

tq!!

Friday, May 20, 2011

esok ialah hari bakery

buat muffin chocolate
buat muffin chocolate
buat muffin chocolate
buat muffin chocolate
buat muffin chocolate
buat muffin chocolate
buat muffin chocolate
buat muffin chocolate
buat muffin chocolate
buat muffin chocolate
buat muffin chocolate
buat muffin chocolate

Wednesday, May 18, 2011

quote dia

life isn't about how to survive the storm


but how to dance in the rain

Saturday, May 14, 2011

Hari Ibu 8 May : ini version angan-angan dan juga version kenyataan

VERSION 1:

Saya bangun awal-awal pagi dan wish bonda Selamat hari Ibu.
Saya vacuum carpet. Lap sofa. Mop lantai. Mop tangga. Cuci tingkap. Sapu siling. Dan sapu minyak merah pada sofa kayu faveret bonda. Selepas itu saya masak air dan buatkan Nescafe kurang pahit untuk bonda. Dan saya mula buat Moist Chocolate Cake untuk bonda. Agak senang bila pakai tepung kek yang instant. Cuma tambah air, minyak dan telur. Gaul hingga sebati. Terus masuk oven. Sementara nak tunggu kek masak, saya buat nasi lemak dan sambal paru. Ada kangkung celur, telur rebus dan crushed walnut. Sebenarnya kacang tanah habis dan kebetulan ada walnut balance buat kek, maka saya hidangkan dengan nasi lemak. Jam 9 pagi, semua dah siap terhidang atas meja. Kek saja yang belum sejuk. Nanti bila sejuk saya nak simbah dia dengan sos coklat biar dia mewah dengan coklat. Selepas menikmati makan pagi, saya bawa bonda bersiar-siar di tasik dan kemudian belanja dia makan tengahari di restoren berdekatan.

VERSION 2 :

Saya bangun pukul 8 pagi dan wish bonda Selamat Hari Ibu.
Masak air dan bancuh Nescafe untuk bonda. Saya bakar roti dan susun botol jem strawberry, botol madu, botol mayonis dan botol sos coklat hersheys atas meja. Nanti bonda boleh pilih apa perisa roti dia pagi itu. Saya keluarkan tepung instant moist chocolate cake untuk buat kek. Saya baca instruction. Lepas tu saya simpan balik. Jam 9 pagi, bonda bersarapan dengan che amid makan roti bakar dengan jem strawberry. Saya pula layan drama korea dengan oren panas. Lepas makan pagi saya bawa bonda keluar. Tapi bukan pergi tasik. Kami pergi pasaraya Ong Tai Kim. Beli bawang, beli gula, beli sabun basuh kain, beli kicap, beli daging cincang, beli ubi kentang, beli ubat gigi, beli bunga lawang, beli kopi dan minyak masak. Kemudian untuk makan tengahari, bonda belanja kami makan satay Hj Samuri.


mana satu version angan-angan?
mana satu version kenyataan?
mana-mana pun boleh. pilih ikut suka.

Friday, May 13, 2011

takpe, aku tak kisah


kadang-kadang aku rasa macam nak pertikaikan result Pengajian Am STPM kau. 

sebab selalunya kalau aku tanya kau soalan serius, kau akan jawab dengan serius. cuma jawapan kau ialah tahap kari ikan bilis tanpa garam dan serbuk kari. 

semalam aku tanya kau kenapa bumper kereta tercalar
kau jawab sebab driver citra hitam tu suka kat kau. tapi sebab tak boleh cium kau maka dia cium bumper kereta kau.

rugi sebab tak tahu siapa sebenarnya tuan punya citra hitam tu. tapi takpe. aku tak kisah. aku lagi suka jawapan ini berbanding komen dia yang soalan aku tak bernas bila aku tanya dia flight dia pukul berapa hari tu.


Wednesday, May 11, 2011

ini entri auto update

ini entri auto update
entah di mana budak rena sekarang ini

ini entri auto update
sebagai langkah berjaga-jaga takut rena terlupa nak buat entri sempena 11 may 2011

ini entri auto update
khusus untuk ahli keluarga perempuan bongsu che amid

ini entri auto update
sebab hari ini anisha genap 3 tahun

ini entri auto update
sebagai tattoo untuk tiga tahun yang kadang-kadang menyampah, kadang-kadang nak marah, kadang-kadang geram tapi semuanya indah

ini entri auto update
untuk ucap HAPPY 3rd BIRTHDAY untuk anisha besar-besar

HAPPY BIRTHDAY ANISHA!!!!

Saturday, April 30, 2011

hari ketiga

saya dapat surat. utusan burung hantu putih. kesian dia. sesat mencari rumah sampai pukul 10 pagi baru berjumpa.

saya rasa bersalah sebab waktu tidurnya terganggu. maka saya belanja dia makan roti bakar dan disapu dengan jeli aloe vera perisa coklat hitam. dia hanya jamah sedikit. dia kata roti itu lebih sedap kalau ada cacing rebus.

surat dari tikus hijau.

dia senaraikan 10 perkara yang saya perlu buat untuk dua hari.
semua benda yang menyeronokkan.
semua benda yang boleh buat saya gelak.

tapi itu kalau saya buat dengan dia.


hari ketiga tanpa tikus hijau.

incomplete.

Friday, April 29, 2011

hari kedua

ribut taufan lollipop melanda. sejak pagi. hingga sekarang.

hujan smarties mula turun.

air tasik dah mula berperisa mapple syrup.

saya hanya makan roti gardenia kosong dengan air sejuk.


hari kedua tanpa tikus hijau.

bosan. tanpa rasa.

Thursday, April 28, 2011

hari pertama

saya hanya biarkan arnab hitam berbulu pink menari tarian kuda kepang berseorangan.

tak tahu berapa lama dia menari. mungkin sejam. atau mungkin dua jam.

saya hanya sedar bila dia duduk sebelah saya dan dia cakap berat dia dah susut 3kg sebab menari tadi.

saya angguk saja.



hari pertama tanpa tikus hijau.

lesu.

Wednesday, April 27, 2011

Konflik Pagi Merah Untuk Cinta 2

cinta
lelahku kerana berlari-lari naik escalator tadi
hapus bila lihat kau pun ada di dalam tren ini
bukan salah aku
kad Touch N Go itu yang buat hal

cinta
aku nampak hari ini eye shadow kau kaler merah terang
mungkin kau sedar
atau mungkin juga kau tak sedar
setiap hari aku akan duduk di depan kau
supaya aku boleh tengok warna eyeshadow kau
juga boleh lihat warna gincu kau, warna baju kau,
warna tudung kau, warna beg kau
walaupun sebenarnya aku sudah hampir hafal pola warna kau

kalau hari itu kemeja kau biru
kau mesti padankan dengan slack hitam. tudung lite blue
eye shadow pink
lipstick merah lembut

kalau hari itu baju kurung kau ungu gelap
tudung pastinya ungu lembut
eye shadow mungkin ungu gelap ataupun hitam
lipstick tetap merah jambu

dan aku paling suka bila kau berkemeja putih dengan jeans biru
tudung hitam
mata gothic
pipi sedikit merah
bibir nude
beg besar
kasut tinggi
kau nampak seperti budak sekolah yang ponteng sekolah
tapi aku suka

tapi cinta
kenapa hari ini kau merah sangat?
baju kau, tudung kau, jeans kau, handbag kau, bahkan semua warna di muka kau
eye shadow, pemerah pipi, lipstick.. semuanya merah
kasut tinggi kau.. Ya Allah cinta!!
kasut tinggi kau pun warna merah??

cinta,
kenapa kau tak padankan dengan warna-warna lain?
kenapa dengan taste kau hari ini cinta?
atau kau dah kehabisan baju, tudung, jeans dan mekap warna lain selain dari merah?

cinta
kalau aku besarkan mata aku
kau lansung tak ubah seperti bantal besar berbentuk hati yang tertinggal di dalam tren

merah. merah dan merah

aduhai cinta..
cinta.. cinta.. cinta
kau jiwa kacau?
hati resah?
sampai begini pola warna kau hari ini
rasa macam mahu saja aku pinjamkan jaket aku ini untuk kau cinta
supaya kau tak terlalu merah
dan aku berdoa
jangan ada lembu-lembu jantan yang tersesat di KL hari ini
aku bimbang kalau-kalau kau dikejar mereka sebab merah kau tu

cinta
kenapa tren ini laju sangat
bila aku lihat kau bangun dan berdiri di muka pintu
aku tahu destinasi kau dah tiba


tapi cinta
kenapa kau tiba-tiba lain?
kenapa kemeja kau putih?
kenapa jeans kau biru?
kenapa tudung kau hitam?
kenapa beg besar dan kasut tinggi kau juga hitam?
mana pergi semua yang merah merah tadi?

cinta
kau dah tak merah!!
misterinya kau
atau sememangnya kau memang tak merah
cuma aku yang memandang kau merah

cinta
bye bye. semoga hari kau indah
seperti hari aku
yang sering memandang kau
dengan hati
hati merah kepunyaan aku

Tuesday, April 19, 2011

PERANG BESAR

ASYIK-ASYIK SAYA.

ASYIK-ASYIK SAYA.

asyik-asyik saya yang ditinggalkan keseorangan di office. dua orang berasyik-asyik pergi treasure hunt naik 4 wheel drive dan seorang lagi berasyik-asyik memilih kain baju raya. saya disini tidaklah terlalu asyik bekerja. sebab semua kerja mereka saya yang kena cover.

harus jaga 4 telefon yang suka berbunyi-bunyi sampai penat bercakap sambil tersenyum dan akhirnya rasa seperti mahu silent saja bunyi telefon tu. tapi hanya niat sahaja. tak sanggup nak buat. sebab kalau Faizal Tahir yang menelefon mestilah terasa rugi. atau kalau bukan Faizal Tahir, mungkin Ezad Exist. atau mungkin juga Bruno Mars.

dan sebagai menambah perisa, pc yang corrupt semalam bukan 100% berkeadaan baik hari ini. maka terpaksa pakai dua pc untuk menjadikan kerja 100% tercover. dan dua pc itu umpama berjarak sebanyak jarak kutub utara dengan kutub selatan. maka harus berulang alik dari point A ke point B. bila mulanya berada di point A dan kemudian pergi ke mesin fotostat dan terus ke point B dan baru perasan kaki tidak berkasut tinggi, maka harus ke point A semula menjemput high heels. bila nak minum baru perasan mug Finding Nemo berada di kutub satu lagi maka harus pergi pujuk Nemo sebab dia tak nak berenang sendiri dan balik ke tempat saya. bila tertinggal pen, kena patah balik. bila tertinggal apple kena patah balik. bila handphone berbunyi maka baru perasan telefon tertinggal di meja sana dan harus lari-lari sebab lagu Accidentally In Love itu kuat sangat. bila tertinggal maka perlu pujuk. bila tertinggal maka kena pergi ambik. bila tertinggal maka perlu lari. bila buat semua tu berulang kali maka sangat penat. sangat-sangat penat.

ini perang besar saya sejak pukul 8.30 pagi tadi. entah macam mana rasanya nak habiskan sampai pukul 5.30 petang. kenapa jadi macam dialog iklan niquatin plak ni? abaikan. saya mahu sambung perang.

Monday, April 18, 2011

isnin paling hitam

pc corrupt

dari pagi

hingga petang

bila pc itu ialah nyawa kerja. dan pc corrupt. itu bermakna tiada nyawa untuk kerja hari ini. maka lansung tak buat kerja hari ini

kalau ada pun kerja yang saya buat hanyalah tolong lipat surat kak roy. ambik fotostat kak zela. tolong fax surat kak zela. tolong potong apple. dan tolong susun kertas recycle.

selebihnya saya hanya duduk-duduk. tengok-tengok orang buat kerja.

hmm.. macam ni rupa-rupanya orang kata kerja.



//perlu siap sedia untuk esok. esok ada perang besar.

Thursday, April 14, 2011

and that's it

buang semua awan-awan dalam kepala tentang bohemian skirt dengan cardigan hitam

buang juga awan tentang palazzo pant dengan baby tee dan jaket season

buang juga awan tentang jeans dan purple checkered shirt



shit happens

Tuesday, April 12, 2011

bakat baru

waktu menonton tv saya kurang  satu jam semalam

satu jam saya itu hilang sebab saya baiki sinki bilik air yang tersumbat

dan satu jam itu menyedarkan saya yang saya ini punya bakat (ehem.. )

saya rasa saya dah boleh jadi  plumber

yieehaa!!

Wednesday, April 06, 2011

Kitchen Art Brasserie~Subang


It was a nice and happy and fun lunch treat. From some of us to some of us.

Yes, kita still boleh happy-happy even skala happy kita tak sama.

And yes, purple itu warna lega dan warna melawa.

Monday, April 04, 2011

hari audit 1

selamat datang hari audit pertama. walaupun tak seperti hari-hari audit pertama tahun-tahun lepas, tapi ia tetap juga hari audit. dan bila sudah nama hari audit maka semua pun berpakaian seragam pink dan hitam macam pakaian seragam untuk pertandingan pancaragam. esok ialah hari audit kedua. selalunya hari audit kedua sudah bboleh rilex-rilex tapi kali ini bertukar panji perang. kita rilex-rilex di hari audit pertama dan mula bergemuruh pada esok hari.

hari audit pertama dah hampir tamat.
selamat babai.
hari audit kedua, kita jumpa esok.

Friday, April 01, 2011

point taken

kadang-kadang result tu bukan penting sangat

yang lagi penting is effort

Wednesday, March 30, 2011

resah tikus hijau

tikus hijau resah. saya yang jadi mangsa. setiap malam sebelum tidur dia pasti akan bercerita tentang resah dia. dia kata ekor dia dah makin panjang. makin panjang hingga membelit leher dia ketika tidur.

saya kata itu mustahil sebab gigi bongsu dia dah lama tumbuh. dia dah demam panas sebab gigi bongsu dia. bila gigi bongsu dah tumbuh, kita takkan tinggi lagi. ekor pun sama, takkan memanjang.

tapi dia tak dengar. dia tetap kata ekor dia memanjang. dan lagi dia kata sudah banyak kali dia tiba-tiba sesak nafas ketika tidur. saya kata itu mungkin wayar charger telefon yang belit leher dia. dia tetap kata bukan. dia sungguh-sungguh kata itu ekor dia.

dia kata dia ada bukti. dulu dia pernah ukur panjang ekor dia. dan bila dibandingkan dengan panjang sekarang, memang nampak ada peningkatan. saya mula percaya. mungkin teori gigi bongsu tu hanya untuk tulang kaki dan bukan untuk ekor tikus.

saya tanya dia berapa panjang ekor dia dulu. dia kata 4 inci. tak sempat saya tanya panjang sekarang dia terus bagi info yang panjang ekor dia sekarang ialah 10 cm.

sekarang saya pula yang resah tentang dia....

Monday, March 28, 2011

teori high heels

untuk rasa lebih sayang pada high heels yang lama-lama

sila beli high heels baru yang tak berapa lawa, leceh untuk dipakai dan menyakitkan kaki

Thursday, March 24, 2011

merajuk


dulu, saya patahkan batang pokok bunga merah ni. tak sengaja. sampai sekarang dia tak tumbuh-tumbuh. dasar pokok bunga kuat merajuk!! 

Wednesday, March 23, 2011

sakit

kadang-kadang benda yang gembira itu menyakitkan

sangat sangat

Wednesday, March 16, 2011

Superhero

In case u r worry about me (which; i am 200% assured that u do)..


I am fine. This tsunami and earthquakes and the radiation mungkin boleh buat i jadi Wolverine. :)

Monday, March 14, 2011

PAINTBALL 020311


baru tahu rupa-rupanya ada seorang ultraman sebagai ahli kumpulan


gambar blur. sebab photographer kaget. bila dengar bunyi shoot, dia pun lari bersama-sama.



tapi tetap jugak kena tembak. kitorang hanya dilarang tembak marshall. tapi tak dilarang tembak photographer. *wink


Sarjan Hassan. Leftenan Adnan. Chin Peng


menyorok belakang kereta la konon. tapi akhirnya tertembak jua.
dan terkalah jua. hahaha!!

tapi lepas kena tembak semua kumpul ramai-ramai dan bergambar dengan gembira. yang paling gembira ialah lelaki dengan vest kuning tu. itu CEO saya. sungguh bergembira sebab tak kena tembak.

ahli-ahli menembak dan tertembak dan ahli-ahli marshall.

lebam kena tembak


Monday, March 07, 2011

bergaduh itu sebenarnya seronok (kalau dengan kawan yang menyeronokkan)

dia texted :
i am mad. blame my hormon.

saya replied :
i thought u dah menopause.


hahahahaha!!!!

Friday, March 04, 2011

Paintball Suka-suka Kompeni Kita

Jumaat Mellow. Ramai yang MC penangan Paintball semalam dan kelmarin. Kalau ada yang datang pun, masing-masing akan sibuk compare lebam siapa yang paling besar dan kaki siapa yang cramp paling banyak malam semalam.

Lengan saya lebam dan nampak macam teruk. Tapi sebenarnya taklah sakit sangat. Nuar kata nanti akan jadi kanser. Tapi saya tahu Nuar tak terror subjek Biologi masa tingkatan 5 dulu. Maka tak usah percaya dia. Jepp perli saya. Dia kata orang masuk hutan main paintball, bukan buat tatoo. Geram. Rasa macam nk conteng jaket baru dia tapi sebab team dia winner lalu saya buat titik kecil jer dekat jaket baru dia.
Tapi apalah sangat lebam tu kalau nak dibandingkan dengan peluang untuk tembak bos sendiri yang selalu buat kita balik lambat sebab prepare report yang 8-9 kali kena ammend. Atau tembak bos kawan-kawan kita yang selalu buli kawan-kawan kesayangan kita. Atau tembak siapa-siapa yang bukan kawan kita tapi selalu buat kerja yang menyusahkan kita. Atau tembak kawan kita sendiri dengan alasan suka-suka.

Dan apalah sangat lebam tu kalau nak dibandingkan dengan gelak besar kita bila dalam game Raise Your Flag yang mana rules of game dia is kita kena naikkan bendera team kita secepat yang mungkin tanpa kena tembak dengan peluru oren yang sakit tu tapi tiba-tiba ahli team lawan lari laju-laju pergi ke tiang bendera dan naikkan bendera kita. Terus kita menang dengan rasa malu-malu dan terharu.

Dan apalah sangat lebam tu kalau nak dibandingkan dengan rasa gatal bila puluh-puluh duri pokok hutan tu tercucuk kat tapak tangan kita gara-gara aksi soldier terlampau sangat. Dan lepas tu terpaksa pulak menadah rasa sakit bila tangan kena picit-picit dan tekan-tekan kuat-kuat untuk keluarkan duri-duri tu. Baru kita tahu maksud sebenar peribahasa duri dalam daging.

Dan apalah sangat lebam tu kalau nak dibandingkan dengan strategi paling brilliant kapten kita yang bermuka juara dan bersuara pahlawan untuk tiga orang cover dia supaya dia dapat sampai ke kem lawan dan pasang bom kat situ. Tiga orang lagi jaga kem. And yang lain jaga sempadan supaya musuh tak boleh masuk. Tapi bila game on jer, dia tiba-tiba lari ikut direction lain dan jadilah dia pahlawan kamikaze utama sebab dia orang pertama yang kena tembak.

Dan apalah sangat lebam tu kalau nak dibandingkan dengan rasa excited bila CEO kita sendiri turun padang dan masuk hutan untuk main sama-sama dengan kita. Walaupun dia dapat marker/gun yang extra hebat dari yang kita punya tapi dia lansung tak tembak siapa-siapa. Ini bukti dia sayang staff dia (or dia tak tahu nak tekan punat mana untuk release the trigger)

Dan apalah sangat lebam-lebam, muka merah, nafas semput, cramp kaki, sakit belakang, sakit leher dan segala macam sakit lagi tapi kita semua seronok sebab at least kompeni masih lagi bermurah hati sponsor kita untuk main-main macam ni. Plus makan sedap empat kali sehari dan bekalan air 100Plus yang tak putus-putus.

Thursday, March 03, 2011

meratap pilu

Baru jer saya tinggalkan semua-semua satu hari

Hari ni semua dah tinggalkan saya

Thursday, February 10, 2011

Konflik Pagi Merah Untuk Cinta 1

lima orang tanya saya mana entri "Pagi Merah Untuk Cinta"

saya cakap saya dah delete

tiga orang membebel

dua orang tak cakap apa-apa

hati sebenarnya dah jadi separuh-separuh. separuh rasa nak post "Pagi Merah Untuk Cinta" (yang saya dah buat semalam) tapi separuh lagi rasa tak perlu or tak patut. Maka aksi seterusnya ialah mendelete "Pagi Merah Untuk Cinta"(pun saya dah buat semalam. 10 minit selepas saya post entri tu)

"dan aku paling suka bila kau berkemeja putih dengan jeans biru. tudung hitam. mata gothic. pipi sedikit merah. bibir nude. beg besar. kasut tinggi. kau nampak seperti budak sekolah yang ponteng sekolah. tapi aku suka "

Tuesday, February 01, 2011

ko penah rasa??

Dia mulakan cerita dengan soalan jakun

“Ko penah tak… rasa confident sepanjang hari?”

Dia nyalakan rokok. Sedut dalam-dalam. Hembus.

“Katakan suatu hari tu, ko bangun pagi dengan satu set impian. Satu set impian indah tentang apa yang akan jadi pada hari tu. Dan entah dari mana pulak datang sepuluh ribu keyakinan dalam diri ko yang meloncat-loncat dan berteriak bahawa set impian tu akan jadi kenyataan.”

Black Coffee kegemaran datang. Aroma kopi pahit itu berlumba-lumba keluar dengan asap nipis. Menggoda!!

“And disebabkan sepuluh ribu keyakinan tu, ko bersemangat pilih baju keje yang paling smart, ambik breakfast yang penuh nutrisi, jadi pemandu berhemah dan murah senyuman even pada lelaki bangla yang jaga stesen minyak. Pendek kata, ko mulakan hari tu dengan penuh energetic sebab ko yakin and tak sabar menunggu set impian itu muncul dan beraksi di depan ko “

Hirupan pertama Black Coffee. Hampa. Kurang rasa untuk kopi pahit dan kelat.

“But then bila tengahari.. kosong. Takde pape. Set impian ko tak muncul-muncul. Tapi ko pujuk hati, takpe mungkin petang nanti. Tapi sebenarnya salah. Sebab walaupun petang dah tiba tapi set impian ko tetap jugak takde. And sudahnya, lansung takde sampailah ko off pc and kunci drawer untuk balik.”

Hirupan kedua. Heartless!!

“Ko penah tak rasa yang ko tak sedih or frust or kecewa sebab set impian ko tak muncul-muncul sampai hujung hari? In fact, ko masih yakin yang ia akan jadi. Yakin amat-amat. Positif giler-giler. Dan yang sepuluh ribu dalam diri ko tu masih tak kurang satu pun. Masih melompat-lompat dan berteriak. Masih bersemangat. And semangat tu macam dah kepung ko dalam satu kepompong yang penuh energetic sampai ko tak de ruang lansung untuk frust. Ko penah tak rasa macam tu?”

Dia pandang. Jari mengepit rokok. Muka mengharap jawapan.

“Apa bnda set impian ko tu?” soalan malas sebab malas menjawab.

Cepat-cepat dia matikan rokok.

“Big Mac Large.” sengih lebar

Ok, aku tau semalam aku janji nak belanja makan McD. Tak payahla buat skrip panjang lebar ni semata-mata nak tuntut janji.

Monday, January 31, 2011

kasih orang muda

mengapa engkau menyusahkan aku..

Saturday, January 29, 2011

kalau

kalau kamu “hai” saya dan saya “hai’ kamu balik

atau kalau kamu senyum dan saya senyum balik pada kamu

atau kalau kamu cakap “macam nak hujan jer hari ni” dan saya angguk sambil kata “hmm.. itulah”

cukuplah itu sebagai tanda yang saya ok. betul-betul ok.


serius

Tuesday, January 25, 2011

4 inci

kecoh-kecoh dengan high heels 4 inci orang padahal diri sendiri tak sedar yang songkok di atas kepala tu tingginya lebih 4 inci

Monday, January 24, 2011

hmm..

"But why should you be interested in me?"

"Good question. I can’t explain it myself right this moment. But maybe – just maybe – if we start getting together and talking, after a while something like Francis Lai’s soundtrack music will start playing in the background, and a whole slew of concrete reasons why I’m interested in you will line up out of nowhere. With luck, it might even snow for us."


-after dark by Haruki Murakami

Friday, January 21, 2011

susu pekat manis

saya tak suka susu pekat manis. sebab dia manis. sebab warna dia putih kuning. sebab dia melekit. tapi ada satu perkara yang saya suka tentang dia. saya suka kan tinnya. sebab saya boleh mengasah skill membuka tin dengan can opener sepertimana yang bonda ajar. dan bila siap dibuka simpan dia dalam peti ais. selepas tu jangan harap saya akan sentuh dia lagi.

saya tak suka susu pekat manis.

tapi saya suka makan pudding hari minggu kakak ipar yang lapisan keduanya ialah adunan keju dan susu pekat manis yang dipukul kembang

dan saya suka kek batik yang sejuk beku dan crunchy dengan biskut marie dan manis dengan susu pekat manis dan serbuk milo

dan saya suka carrot susu ais

tapi saya tak pernah sukakan susu pekat manis

Monday, January 17, 2011

PULANG


Dia sudah ditempatkan di wad pengasingan ICU GH sejak Jumaat. Dan semua pelawatnya kini dibenarkan masuk melawat tanpa mengira waktu.

“Keadaan dah makin kritikal. Doktor dah tak boleh buat apa-apa. Ketumbuhan tu makin besar. Sampai tutup saluran pernafasan dalam paru-paru dia”

Itu butir bicara kakak dia yang sempat saya tangkap waktu sama-sama melangkah ke wad dia hari Sabtu lepas. Di pintu masuk wad, saya lihat bonda mendahului. Bersalam dengan wanita seusianya yang lemah duduk di tepi pintu. Salam yang disusuli dengan dakapan erat dan kuat seakan menyalurkan seribu satu rasa. Simpati. Sedih. Sebak. Sabar. Kuat.

Dan dia.

Dia terbaring di atas katil. Cengkung. Pucat. Mata terpejam. Wayar berselirat di badan yang disambung pada satu mesin yang asyik berbunyi.

Dan bunyi mesin itu. Ah, saya terlalu tak suka pada bunyi mesin ini. Juga tak suka kepada angka yang terpapar.

“Mesin ini digunakan untuk kita memantau degupan jantung pesakit. Angka yang terpapar itu ialah bilangan degupan jantung pesakit dalam satu minit”

Saya ingat lagi penerangan Dr Lim dulu. Waktu saya masih bersekolah. Waktu seronok-seronok mengikut lawatan ke hospital.

Tapi melihat mesin yang sama kali ini lansung tidak seronok. Bunyinya menguatkan resah. Menambahkan getaran emosi pada semua yang ada di dalam bilik itu.

Empat kerusi plastik di sekeliling dia setia diisi oleh empat orang muslim yang bergilir membacakan Yaasin. Alunan Yaasin dalam sendu. Bacaan kalimah Syahadah yang lembut di telinga dia. Bunyi mesin yang membingit hati. Jangan pandang mata sesiapa. Nanti orang akan nampak mata kamu merah berair dan kamu pun akan tahu yang mata orang itu juga merah berair. Tapi siapa lagi yang mahu peduli dengan mata merah kamu. Tiada siapa. Menangis hingga luntur maskara sekalipun tiada siapa yang akan bertanya. Yaasin tetap kedengaran. Kalimah Syahadah itu tetap beralun. Dan mesin itu, mesin itu tetap berbunyi. Malah makin rancak.

Angka yang bermula dengan 130 mula menurun kepada 100. 97. 70. 65. 40. Ada ketikanya ia naik mendadak hingga mencecah 165 tapi kemudiannya menjunam turun ke 33. Saya paksa diri untuk tidak memandang pada angka mesin. Paksa diri untuk abaikan bunyi mesin itu. Yaasin sudah makin surut. Kalimah Allah pula mengganti. Dibisikkan di cuping telinganya dengan lembut. Tapi suara lembut dan sayu tu buat semua hati yang mendengar makin menangis.

Dan surah Al Fatihah kedengaran sayup-sayup. Dalam sendu. Diiring air mata yang makin berlinang. Mata yang merah membasah. Esakan yang makin kuat. Semua disitu bagaikan dalam dunia sendiri termasuk saya. Saya sudah tidak pandang apa yang adik saya buat di luar bilik. Saya sudah tidak pandang pada semua yang hadir dan mula memenuhi ruang billik. Saya leka dengan al Fatihah saya hingga saya tak sedar sejak bila angka pada mesin itu terpapar 0.

Kosong.

Doktor muda yang datang memeriksa hanya senyum pahit. Bersuara perlahan. Sangat perlahan. Tapi saya nampak gerak bibir dia dan saya faham gelengan kepalanya.

“Dia dah tak ada”

Akhir.

Dia pulang. Dijemput di hadapan keluarga dan rakan-rakan yang tak putus-putus mendoakan dia hingga hujung nyawa.

Dia pulang. Dijemput saat matahari seharusnya memancar tegak di atas kepala tapi dillitupi awan mendung dan dibalut dengan angin sejuk.

Dia pulang. Dijemput dalam umur yang masih muda seawal 22 tahun. Memenuhi janji Tuhan yang mati itu tak akan awal dan tak akan lewat mahupun sesaat.

Dan kami pulang. Dengan kehilangan dia. Dengan rasa sedih yang meruntun. Dengan rasa sebak yang mengharu. Dengan doa agar dia tenang di sana.

Alfatihah

untuk Sufri Ramli

Friday, January 14, 2011

ada ini

ok, semua dah tak payah risau-risau.

dah ada ini.

terima kasih untuk yang membeli.

Dr Khairul Rizal, saya dah tak perlu MC. *wink

Tuesday, January 11, 2011

ooo..

rupa-rupanya diam-diam dia stalk mug finding nemo saya.

rupa-rupanya dia tahu yang setiap pagi saya hanya akan isi separuh Nescafe susu dalam mug tu dan penuhkan dengan air kosong.

rupa-rupanya dia juga tahu air Nescafe tu selalunya tak habis walaupun dah pukul 5.30ptg.

sebab tu bila Dr Khairul Rizal bagi saya MC semalam atas sebab gula dalam darah saya rendah sangat-sangat

dia bongkar semua rahsia dalam mug finding nemo saya

and terus dapat title “mak tiri”

hahaha.. padan muka!!

baiklah lovely step mummy, mulai hari ini saya minum Nescafe dua gelas. and janji, tak tambah air kosong!! (angkat tangan ala-ala baca ikrar)

Tuesday, January 04, 2011

ujian

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

(Al-Ankabut:2)