Friday, January 23, 2009

abg sivaji kami

pagi tadi, semua orang yang naik bas kompeni bertepuk tangan bila abg sivaji alias driver bas kami mencilok masuk dengan cara yang dimarahi oleh semua pemandu lain di satu simpang berhampiran ofis kami. semua ini sebab tak mahu kami lewat sampai ke ofis

Thursday, January 22, 2009

entri pertama saya sejak 'berumah' di glenmarie

1. aktiviti saya pada hari pertama ialah berjalan-jalan di Giant dan berbual-bual dengan ahli-ahli kumpulan bunga merah yang lain sambil makan kacang. memandangkan pc kami masih belum diangkut dari office lama, maka itu sahaja aktiviti yang kami fikir dapat menjana perkembangan diri masing-masing.

2. tempat kerja saya sekarang ialah seperti sebuah dewan dengan dinding kaca. semua orang boleh lihat saya dari luar. malu...

3. makcik tea lady floor saya ini tak peramah. saya senyum pada dia waktu bertembung di pantri pun dia hanya pandang mug finding nemo saya. isk..

4. angin di tempat saya kuat sangat. mengambil iktibar pada kesejukan hari pertama, saya bawa sweater pada hari kedua dan sepanjang hari saya berkelubung dengan sweater ala-ala orang eskimo. biar apa saja orang kata, yang penting pipi saya tak kesejukan.

5. 'bising'. ini istilah tambahan untuk tempat kerja baru saya. tapi bila tempat kerja kamu seakan sebuah dewan yang disusun dengan barisan meja dan kerusi untuk 50 orang, tanpa sebarang partition, mana mungkin dia boleh sunyi kan?

6. saya suka pemandangan luar office ini. saya boleh langit putih beserta awan gebu-gebu yang cantik. tapi bila empat orang cina muda bertungkus lumus 'tinted' semua cermin semalam, saya rasa setiap hari Glenmarie ini mendung dan bakal hujan.

7. meja saya bersebelahan dengan mesin fotostat. maka secara tak lansung meja saya jadi meja tumpangan untuk sesiapa saja yang ingin menyusun kertas, pinjam stapler, mintak paper clip, pinjam gam dan segala-galanya.

Wednesday, January 21, 2009

Tag Andes

1.Kalau kau tinggal seorang diri di dunia ini. Apa kau akan buat?

hmm.. kumpul barang makanan n semua benda-benda keperluan lain, kumpul sumber tenaga such as petrols, gas dan segala benda yang saya rasa berguna, kumpul senjata, buat tempat perlindungan yang paling selamat (saya dah terpengaruh dengan filem I Am Legend)


2. Apa kau akan lakukan jika kau hanya tinggal 24 jam sahaja untuk hidup dan kau boleh lakukan apa saja di seluruh dunia?

solat sunat taubat sebanyak mungkin, minta maaf dengan semua orang, habiskan masa saya dengan orang-orang yang saya sayang, pesan pada mereka tentang hutang-hutang saya yang belum langsai (jika ada) siapkan semua persiapan untuk majlis pengebumian saya such as tempah batu nesan, beli kain kapan so that saya tak perlu susahkan sesiapa

3. Berikan 5 nama untuk kau bawa ke mana sahaja. Dimana dan kenapa? (keluarga dikira satu)

1. same with cik puan andes, firstly saya nak bawa bonda dan che amid ke mekah untuk tunaikan haji

2. lepas tu saya nak bawa anak-anak sedara saya masuk petrosains sebab saya malu nak masuk situ sorang-sorang

3. saya nak bawa kawan-kawan rapat saya pergi piknik miknik sebab dah lama bangat saya tak sembang dan makan-makan dengan diorang

4. saya nak bawa dia pergi Honda showroom dan sama-sama menikmati keindahan Honda City baru. hmm.. tiada sebab spesifik, saja bagi dia jeles tengok Honda city tu

5. saya nak bawa mat jan, roman, rafiq, stella, anil, tikoos and amrin naik roller coaster. kenapa mereka? sebab 3 dari mereka takut naik roller coaster and the rest tu gila naik roller coaster.

4. 3 sebab anda berblog?

1. saya suka bercerita

2. sekurang-kurangnya, saya lepaskan rasa tak puas hati saya pada keyboard dan bukan pada mana-mana makhluk bernyawa

3. and of course saya perlu rekod secara bertulis semua perkara manis yang berlaku dalam ‘dunia’ saya

5. 2 cara untuk mengubah dunia?

1. being a good person - jika kamu mahukan sebuah dunia yang aman damai dan selamat untuk didiami

2. buat pembakaran terbuka sesuka hati- jika kamu mahukan suhu dunia kita naik secara mendadak

6. Siapakah sahabat pertama kamu

Fatin Hakimah bt Abd Rahim. known her since i was 6 years old. being in the same class untill standard six. lost contact for 6 years. but we met again at university. what a small world!!

7. Apakah mimpi kau yang paling teruk?

saya mimpi bonda meninggal. dalam mimpi tu saya dan semua adik beradik yang lain menangis di depan jenazah bonda, dan bila saya sedar saya masih lagi menangis teresak-esak. hmm, itu mimpi saya 18 tahun yang lepas.. see how ‘teruk’ it is, sampai sekarang pun still teringat kan mimpi tu

8. Kau bagaimana orangnya?

kadang-kadang saya banyak cakap. tapi kadang-kadang saya hanya suka dengar orang bercakap. dan bila saya rasa saya tak perlu cakap apa-apa, saya hanya senyum. saya tak suka menyusahkan orang tapi saya tak kisah untuk tolong orang

9. Terangkan kau punya cara?

i am miss right and wrong. saya buat apa yang ‘right’ dan saya cuba elakkan semua yang ‘wrong’

10. Kau seorang pembuli?

saya buli adik saya dengan berpura-pura baik terhadap dia, menyokong semua keputusan dia, membantu dia dalam hal kewangan dan selepas itu saya saiko dia untuk belikan saya hadiah yang mahal-mahal.

11. Sila tag 4 orang untuk membuat tag ini.

1. amrin

2. amrin

3. amrin

4. amrin
bro, sila buat tag ini EMPAT kali ok!!

Monday, January 19, 2009

h a j a t

bukankah sudah tertulis dalam kitab kehidupan bahawa tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan..

kenapa jarang sekali kita iringkan hakikat ini dalam hajat kita...

dan kenapa waktu bila kita ditinggalkan dengan hajat yang tak terzahir.. baru kita mula berfikir dan sedar tentang lekanya kita dalam mengisi semua waktu sebelumnya..



ada perkara yang boleh diundur, ada cerita boleh diulang, tapi bukan semuanya. ada ketikanya peluang itu datang berkali-kali, ada masanya kita hanya diberi sekali..

dan jika perkara itu sudah terlajak, ceritanya sudah tamat, peluangnya juga sudah sekali kenapa perlu menyesal sekalian alam? kenapa perlu menangisi seluruh kehidupan..


tak perlu.

"hajat yang tidak mendapat,adalah nikmat yang paling padat"
saya masih fikir dari mana datangnya quote ini..

Friday, January 16, 2009

entri pindah memindah

hari ini semua orang berlagu riang sebab tak perlu buat kerja. yer, bila semua barang sudah masuk kotak, apa lagi yang boleh dibuat? hanya duduk bersaja-saja sambil buat-buat ada kerja. tapi bila berita terbaru tersebar "movers tak boleh nak complete angkut barang on weekend. so, full relocation will be extended to monday" maksud dia?? hmm, isnin depan kami masih lagi beroperasi di wisma time, jalan tun razak. tapi hanya berbekalkan pc dan telefon. semua barang lain berkemungkinan besar sudah dihantar ke sana. reaksi kami? laaaaaaagi berlagu riang. kalau hanya ada pc dan telefon, kerja-kerja yang mampu kami lakukan ialah akses internet dan juga menyambungkan talian telefon kepada mana-mana talian yang kami mahu. yieeha!!!

pagi tadi saya melantik En Michael Buble sebagai co-pilot saya. semua lagu dalam album Its Time itu saya khatamkan. saya sebenarnya sudah lupa pada cd ini sehinggalah saya menemuinya semalam did alam almari adik bongsu saya. baru saya ingat, cd ini Nuar yang belikan untuk saya 5 tahun lepas waktu kami berjalan-jalan di Petaling Street. lama kan saya tak berjalan-jalan di Petaling Street. hampir saya lupa pada epal-epal besar berwarna merah berkilat serta anggur hitam tanpa biji yang besar dan manis, juga lupa pada tshirt-tshirt murah tapi cantik-cantik yang bergantungan di sepanjang jalan. owh, juga lupa pada salon tempat saya potong rambut ekspres.






okey, ini adalah cubaan memperkotak-katikkan saya oleh dua orang kakak otai department saya. kejam!!

Thursday, January 15, 2009

update ujian saya hari ini

saya lulus untuk ujian masa hari ini. keluar dari rumah jam 6.30am. biasanya, 6.30am itu waktu untuk saya mengada-ngada memilih baju ataupun sedang tergedik-gedik mencalit eyeliner pada mata. campur masa untuk saya habiskan segelas susu sejuk, kemas katil, sapu bilik dan panaskan enjin kereta, jam 7.00am baru saya turun dari rumah. tapi tadi, saya ‘zip’kan semuanya dalam satu masa supaya saya dapat turun dari rumah jam 6.30am

ofis saya kini penuh dengan kotak. dan salotape besar kini menjadi bahan permintaan ramai semua orang. saya awal-awal sudah siap kemaskan semua fail saya. lagipun kebanyakan fail-fail kerja saya semuanya dalam shared drive server, jadi tak banyak fail yang perlu saya angkut dengan kotak. hanya satu kotak. hehehe, macam malu jer bila melihat kotak-kotak yang beratur cantik sepanjang corridor walk. contoh kotak orang lain.
Name : Cik Cantik Jelita
Div/Dept: Finance / Treasury
Box No: 1 of 13

Bila sampai kotak saya,

Name : Rena
Div/Dept: Finance / Bad Debt
Box No: 1 of 1

hmm, itu baru cerita pasal kotak. belum lagi saya cerita tentang keadaan workstation disana, tentang staff location plan yang jadi isu untuk beberapa ketika bila sesetengah orang merasakan dia lebih layak berada dalam kumpulan yang lain dan bukan dalam kumpulan yang telah ditetapkan, tentang subang parade, giant dan tesco yang berdekatan dengan ofis kami, tentang warehouse sale yang bakal menjadi hidangan tengahari kami nanti dan macam-macam lagi lah.

saya tak kisah dengan semua tu. entah la, saya tak excited pun dengan relocation ini. saya pun tak tahu kenapa saya heartless sangat dengan glenmarie. but, being a positive thinker mungkin ini satu perubahan yang baik untuk tahun baru. siapa tahu kan? insyallah..

okey, kita tutup entri hari ini dengan sms dari dia lintas lansung dari kampung yang saya dah lupa namanya. (hari ni dia masuk kampung untuk projek gotong royong cuci kolam ikan arowana)

sms dia : sy br lpas mkn dgn org2 kg kat sini. taken urs?

sms saya : done. chicken chop. org kg msk apa utk awk?

sms dia : pelanduk masak lemak cili api dengan pisang muda, sup ayam hutan, sayur lemak putih umbut kelapa n ulam Ceylon.

erk... meriahnya orang kampung ni makan..

Wednesday, January 14, 2009

pagi ujian mamandu

soalan ujian :
saya perlu sampai ke office jam 7.00am pagi supaya tidak terlepas company bus jam 7.15am untuk ke glenmarie. yer, saya akan berpindah ke glenmarie isnin hadapan.

jawapan saya:
saya turun dari rumah jam 6.45am. memandu secara sopan dan mematuhi segala peraturan-peraturan jalan raya. sengaja tak buka air-cond, saya buka tingkap dan biarkan angin pagi yang sejuk menyejukkan saya. saya pasang cd evenescence dan biarkan si amy lee ini merungut-rungt kerana sejuk.

keputusan :
GAGAL. saya sampai di office jam 7.20am. pagi-pagi pun jalan dah jam ke? yup, memang jam. tak mengapa, esok kita cuba jam 6.30am pula.

Tuesday, January 13, 2009

3 saat peragut

hanya 3 saat. tapi saya tetap rasa... entahla, saya tak tahu apa yang saya rasa sekarang.

saya jarang buat 2 entri dalam satu hari. tapi...

siapa kata lelaki tak complicated???

saya> barang semua dah siap?

dia > dah. aku tunggu stoking sox ko jer

saya> aku beli yang kaler pelangi nak?

dia > kalau ko nak aku sarung kat kpala ko beli la. ada brani?

saya> hahaha

dia > macam berat je nak pegi..

saya> ala, biasa la tu.. tmpat jauh. nant sampai sana ok la tu. lgpun ko bkn x penah pegi oversea

dia > itu pegi skejap2.. ini nak stay lama-lama.. lain wei.. ko jg diri baik2 tau. jangan lembik2 sangat. bwk kete tu elok2.

saya> iyer.. ko pun, duk tmpat org tu elok2. study rajin2. jgn gatal2 sgt..

dia > err.. ko x nak psan kalo aku x der duit aku kena bgtau ko? :P

saya> ceh..

dia > kadang-kadang aku rasa mcm takut je nk jd studnt balik.

saya> takut apa?

dia > takut otak dah beku

saya> hmmm.. nak aku siram air panas?

dia > wei…!!

saya> alaa… insyallah semua ok. niat ko baik, nak tmbah ilmu. nanti doala banyak-banyak biar hati tu terang, senang nak faham n senang nak ingat.

dia > baik ustazah

saya> wei, aku cikgu renang ok!!

dia > hahaha.. ko jaga diri baik-baik tau duk sini. aku dah jauh..

saya> iyer.. aku jaga diri aku baik2 ok. jgn la risau sangat

dia > ko kawin la cepat2 skit. biar ada org jaga. xdelah mak ayah ko risau. sruh si s*** tu masuk minang cepat2

saya> laa.. mcm la klau aku kawin s*** ikut aku 24-7. hmm.. ada satu tmpat jer yg slmat.

dia > mana?

saya> dalm perut mak aku. kat situ selamat gler. siap ada plasenta lg nk cover aku. x pun aku msuk perut ko. perut ko x de plasenta tp lemak banyk. so, kira boleh la. tp ko kena carry aku la gi mana-mana. kalau ko sanggup,nant aku jogging tiap2 ari slama 2 mnggu spya berat aku trun 3 kilo. x delah berat sgt ko nak carry aku. boleh?

dia > gile..

saya> dah tu.. risau sangat aku kat sini.

dia > yelah2.. ko x payah dgr cakap aku. ko buat la ko nak buat apa.. ikut suka ati ko jer.

lepas tu terus dia sign off.

Monday, January 12, 2009

cerita petang saya dengan tikus hijau

separuh hari saya dihabiskan dengan menunggu buah betik itu masak ranum. duduk di atas pangkin tinggi dengan kaki bejuntai-juntai ke bawah sambil bersembang dengan tikus hijau bertanyakan pendapatnya tentang fesyen polka dot dan seluar bell bottom zaman 60-an. sesekali kami ketawa hingga pecah perut bila nampak semut-semut hitam itu hilang kawalan kaki bila melalui kawasan tumpahan minyak yang tidaklah sebesar mana. tikus hijau betanyakan saya berapa lama lagi harus tunggu. saya tahu, dia mesti sudah bosan. saya hanya jawab entah. dia diam. saya pun diam. kami kemudiannya menyanyi perlahan. mula-mula lagu dealova. selepas itu lagu i want to spend my lifetime loving you. saya jadi marc anthony dan dia jadi tina arena. tapi hanya separuh jalan. saya lupa lirik dan dia pula lupa rhythm. kami pandang betik. sudah mula nampak kuning. tapi saya tak pasti itu warna betik masak ataupun hanya pancaran matahari.

kemudian datang seekor pari-pari. rupa-rupanya dia sesat. dia pinjamkan saya magic stick dia. saya berjaya menukarkan pili bomba itu menjadi sepohon pokok pandan yang besar. tak menarik. kan bagus kalau yang yang tersesat ini cupid dengan anak panah cinta dia. boleh saya panah ustaz muda jiran belakang rumah kawan saya tu. saya mahu panah dia dengan tiga anak panah sekaligus. biar berdarah hidungnya. tikus hijau dengan baik hati mahu menghantar pari-pari sesat. walaupun dia mengajak saya ikut serta, saya hanya menggeleng. saya tahu tikus hijau kebosanan menunggu betik. maka pari-pari sesat dijadikan alasan untuk dia berjalan-jalan. tak mengapa, saya tahu dia akan balik juga nanti. bila lama-lama tikus hijau tiada, baru saya rasa sunyi. saya cuba berbual dengan pokok pandan di tanah, tapi dia sibuk dengan proses fotosintesisnya. sombong. kalau saya tahan nafas agar tiada karbon dioksida yang terbebas baru padan muka dia.

kemudian saya nampak kucing bertuxedo tanpa seluar sedang berjalan sambil makan cheese stick warna hitam. perisa seaweed mungkin. saya pangil nama dia. tapi dia tak berpaling. saya panggil lagi. kali ini sedikit kuat. tetap juga tak berpaling. saya biarkan saja dia. takut nanti dia terkejut lalu tercekik cheese stick dia jika saya panggil dia kuat-kuat. kemudian datang anak kumbang bunga popi. dia tanya saya dimana kawasan bunga yang banyak madu perisa butterscotch. saya tunjuk ke utara. sebenarnya saya pun tak tahu sebenarnya di mana kawasan bunga yang banyak madu perisa butterscotch. saya hanya tunjuk sesuka hati saya sahaja. saya menyanyi lagi. lagu fly me to the moon. lagu lama yang saya suka pasang tiap kali memandu pagi-pagi.

tak lama selepas itu tikus hijau pulang. saya lihat di tangannya ada dua bungkusan plastic. saya senyum lihat dia. dan dia mula melompat naik ke atas pangkin dan duduk di sebelah saya. dia buka satu bungkusan dan hulurkan pada saya. dalam bungkusan itu ada biskut palma perisa pelangi bersaiz medium. saya pandang dia dengan sinaran mata berterima kasih. dia senyum. saya jenguk dalam bungkusan dia. sebotol jem strawberi manis yang sejuk beku. dia pandang saya. saya pandang dia. kami sama-sama senyum. dan kemudiannya kami berkongsi. petang itu kami habiskan dengan sama-sama menikmati biskut palma berperisa pelagi dicicah bersama jem strawberi yang sejuk dan beku sambil melihat pertunjukan sarkas sekumpulan unicorn dan seekor penyu lipas yang lengkap berbaju zirah. lansung kami lupa tentang betik yang masak ranum…

Friday, January 09, 2009

lagu birthday untuk dia hari ini

jangan kau bimbang sayang
dimanapun ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang ku tetap kau yang punya

-kau yang punya~malique feat najwa

Wednesday, January 07, 2009

Ya Kamu ~ Flop Poppy

hari ni kita layan lagu je lah yer..

Kan Dah Kosong
Ruang Legar Jiwa Ku
Tak Perlu Kau Tanya Siapa
Yang Layak Bertahta Di Sini
Dan Disini Harus Siapa Lagi
Kalau Bukan Kamu
Kalau Bukan Kamu
Sila Kau Mulakan Dulu
Bukan Aku Tak Mahu
Tapi Aku Punya Rasa Malu
Dan Perasaan Yang Hebat
Degup Semakin Kuat
Bila Kau Dan Aku Semakin Dekat
Ya Kamu
Kan Dah Lama Tahu
Ya Kamu
Terus Tunggu Apa Lagi Hey
Sudah Memang Hati Ku Yang Kau Tawan
Kurelakan Tak Mahu Aku Melawan
Dan Disini Harus Siapa Lagi
Kalau Bukan Kamu
Kalau Bukan Kamu

Tuesday, January 06, 2009

- - -

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau cucurilah rahmatMu ke atas saudara-saudara Islam kami yang telah terkorban di Palestine. Kau lindungilah dan selamatkanlah mereka yang masih hidup dari sebarang kecelakaan. Kau hentikanlah segala bentuk kekejaman tentera Israel ke atas mereka. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau yang Maha Adil, yang Maha Esa, yang Maha Mengetahui, yang maha Mendengar, kami bermohon padaMu Ya Allah, Engkau dengarkan dan makbulkanlah doa-doa kami. amiin..

Friday, January 02, 2009

Tag #1 di tahun 2009

Tag: Rules and Regulations :

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

Ok, here we go!!

1. semenjak dua minggu lepas, menu breakfast saya ialah Biskut Tiger dicicah dengan Nes O atau air oren Sunquick ataupun air kosong

2. saya dah pangkah hari-hari yang mana saya tak boleh bawa kereta ke pejabat. antaranya ialah 5 Jan nanti. jalan mesti sesak sebab budak-budak mula masuk sekolah

3. saya bukan perfectionist. tapi saya teliti. saya boleh menerima any lackness. kerana saya juga tidak sehebat mana. tapi seboleh mungkin, saya cuba buat yang paling baik. andai saya punya masa untuk melaksanakan saru-satu kerja, saya akan gunakan semaksimum mungkin untuk menyiapkan dan menelitinya. (sebab itu saya tidak pernah keluar awal waktu exam di universiti dahulu)

4. saya punya seorang adik yang suka buli saya dengan alasan dia tidak punya adik untuk dibuli.

5. cuti tahunan saya tahun ini ialah sebanyak 23 hari. tahun lepas saya hanya berjaya cuti sebanyak 15 hari sahaja. Itupun kebanyakannya atas urusan-urusan majlis kahwin en teruna sulung.

6. saya suka sangat-sangat dengan bau perfume Tommy Girl. walaupun sudah 3 tahun saya loyal pada perfume ini, saya masih tetap inginkan perfume ini sebagai salah satu daripada hantaran-hantaran perkahwinan saya nanti.

7. saiz seluar jeans saya tetap tak berubah sejak saya di universiti dulu.

8. saya lebih suka mihun daripada mee. saya selalu order mihun bandung, mihun hailam, mihun sup, mihun tomyam, mihun kungfu dan lain-lain lagi

9. saya pernah mengambil kelas bahasa jepun selama satu semester waktu tahun dua di universiti. kebetulan cikgu yang mengajar seorang jepun (namanya Shibahara Rika), maka kelas itu betul-betul dalam tatasusila dan adab sopan orang jepun. antara subjek yang saya rasakan ‘berat’ walaupun hanya dua credit. setiap hari perlu menghafal suku kata dan tulisan hiragana. belajar serba sedikit dialog-dialog ringkas. tapi saya seronok.

10. saya berjaya mengamalkan meminum segelas susu setiap pagi sejak bulan lepas. ditambah pula dengan pengambilan Biskut Tiger sejak kebelakangan ini, saya rasa keperluan kalsium dalam badan saya sudah mencukupi

11. saya percaya dalam satu-satu hubungan, dua-dua perlu selesa. perlu ada ‘give and take’ tapi tak perlu terlalu ‘fair and square’

12. saya boleh jadi hilang mood andai berjanji dengan orang yang tak menepati masa. apatah lagi andai alasannya begitu longlai seumpama pokok taugeh ditiup kipas level 5. dan saya lansung tak suka bila janji tak ditepati. tanpa sebarang maaf dan tanpa sebarang alasan.

13. saya tak suka marah orang. dan saya juga tak suka orang marah saya. kan bagus kalau ditegur cara baik. kalau saya marah, saya lebih suka senyap. duduk diam-diam. bila hilang panasnya, baru saya bersuara. tapi sejak bekerja di sini, atau lebih spesifik sejak saya didedahkan dengan makian-makian customer yang marah-marah bila nama mereka disenarai hitamkan, saya mula berani melawan dan marah mereka kembali.

14. saya tak puas hati. harga minyak turun dah turun. tapi kenapa Skittles saya masih lagi RM1.60 sepaket? mujur Tropicana masih lagi RM1.20 maka andai saya bawa tiga keping not seringgit, saya masih lagi boleh pulang dengan sepaket Skittles dan sepotong aiskrim Tropicana yang sejuk, masam dan lazat dengan rasa vanilla.

15. bilangan high heel baru saya sempena hari raya tahun lepas ialah tiga. satu warna kuning emas, satu warna putih dan satu lagi warna hitam. tapi yang warna merah itu masih lagi belum berjaya untuk beratur bersama-sama dgn yang lain-lain di atas rak kasut bonda. entahlah.. saya sendiri pelik. setiap kali mahu beli kasut, saya mesti merancang untuk membeli satu high heels warna merah yang cantik dan menawan. tapi kesudahannya, saya akan balik dengan kotak kasut yang berisi kasut warna yang berlainan. atau saya ini punya penyakit buta warna bila disinari lampu-lampu kuning di kedai-kedai kasut??

16. dua tahun lepas, ada seekor anjing telah mati akibat terjatuh ke dalam longkang di belakang rumah rumah saya. kasihan kan? yang ada di rumah waktu itu hanya saya, ayahanda dan bonda. dan orang yang melangkah masuk ke dalam longkang separas pinggang itu ialah saya. masuk dan mengangkat naik bangkai yang kasihan itu dan memasukkan ke dalam guni. dan yang paling kasihan, waktu itu bulan puasa. beberapa kali tekak saya diasak-asak untuk mengeluarkan segala apa yang saya makan waktu sahur itu tapi alhamdulillah, saya berjaya puasa sepenuhnya hari itu. cuma saya terpaksa berkurung selama dua jam di dalam bilik air untuk mandi air tanah dengan tujuh kali bilasan air biasa (tapi saya rasa lebih dari tujuh kali sebenarnya) sebelum saya yakin untuk keluar dari bilik air dalam keadaan suci.

ok, done.
hmm.. kenapa entri kali ini panjang-panjang? sebab saya masih lagi belum boleh akses Time Billing System saya maka, saya boleh dikira mendapat cuti dari membuat sebarang kerja-kerja pejabat. yieeha!!

orang-orang yang saya ingin hasut
1. stella
2. roman
3. andes
4. crunchyahcock
5. miss_tree
6. amrin
7. artisticlytouch
8. suri
9. kopi atau milo
10. mielia
11. mus dan donut single

orang yang tag saya:
1. comoi
2. tikoos
3. nik