Tuesday, October 13, 2009

sesi mengenang 111009

orang kata, jangan kenang benda yang manis-manis sahaja. maka dengan itu, saya akan selalu mengenang layanan staff Hab** Jewe** di Semua House.


Kali pertama kami masuk, tak punya ruang untuk pilih cincin dengan senang hati. Terpaksa berhimpit-himpit dengan handbeg makcik yang besar-besar. Ok, tak per. lepas raya, orang dapat bonus. so memang orang ramai.

Tiga kali minta baru Lelaki Hab** itu perasan akan permintaan saya. Itupun bukannya permintaan saya dipenuhi. Dia sibuk memanggil seorang Perempuan Hab** nombor 1 yang seronok-seronok berbual dengan Perempuan Hab** nombor 2 di meja hujung sana. Ok, takper. Orang ramai, kaunter pun kecil dan staff pun tak ramai. Kami tunggu. Tunggu dan tunggu lagi. Tapi tak sampai-sampai.

Tahu apa respons Perempuan Hab** nombor 1 selepas dipanggil? Dia hanya jeguk-jenguk dari port bersembang dia dan kemudian menyambung keseronokan berbual dengan Perempuan Hab** nombor 2. Ok, yang ni memang tak ok. Saya ajak Shah keluar. Tak suka dan dah mula emo.


Tapi dia cool lagi. Dia ajak saya pusing-pusing kedai lain. Kemudian dia ajak saya masuk sekali lagi. Kali ini kami berjaya berkomunikasi dengan Perempuan Hab** nombor 3. Dia cakap dengan Perempuan Hab** nombor 3 "Saya nak tengok cincin diamond untuk tunang".

Perempuan Hab** nombor 3 kemudian ke kaunter 1, bawa keluar satu tray yang penuh dengan cincin dan kemudian dia masukkan tray tu ke kaunter 2. tahu lokasi kami masa itu?

Jawapan: Kaunter 3.

dan untuk mengukuhkankan lagi kenangan, Perempuan Hab** nombor 3 itu mula tersengih-sengih melayan pelanggan yang baru sangat-sangat masuk. sekali lagi saya ajak dia keluar.

owh, bukan. saya tak ajak dia keluar tapi saya terus tarik dia keluar.

5 comments:

jinggo said...

beli saja kedai lain.....

mat jan said...

kalau aku, aku maki semua nombor yang ada kat situ secara live

aku ni cepat emo

Pegawai Khalwat said...

Depa ingat hang budak sekolah tak dak duit beli cincin kot.

Hang kan comel lote.

Shani said...

Aik..hari tu saya dapat layanan tip top jer dari Habib kat Semua House tu.

Tak professional sungguh lah org kita ni kadang kala tu...*sigh*

rena said...

jinggo..
beli kedai?? huhuhu.. banyaknya duit dia..

jan..
iyelah tu. ko tu stiap masa emo. tunggu lampu isyarat pun emo..

Pegawai..
yer.. yer.. terima kasih.
tapi budak skolah pun boleh kawin apa..

Shani..
kannn???