Friday, October 30, 2009

ada berani???

bila bonda telefon tukang jahit semalam, saya rasa mahu guling-guling atas rumput dan gigit semut-semut yang bersarang dekat batang pokok nangka belakang rumah saya. motif: baju baru siap alter. manik belum siap. belum siap atau belum jahit? hmm.. dan lagi, saya mahu cabut bulu kucing jiran depan rumah sampai jadi kucing sphnyx sebab makcik tukang jahit tu memandai-mandai pulak memberi komen kononnya majlis lambat lagi dan kami tak perlu gelabah kalau baju masih belum siap. eh, makcik ni.. buat cross stitch gambar ikan duyung kat mulut tu baru tau. majlis lambat ke, majlis cepat ke, dah kalau janji nak siap, siapkan la. ini tak siap-siap. geram ok!!

lepas tu saya mula la membuat confession nekad dengan bonda. “kalau esok pun tak siap jahit manik lagi, ambik je lah baju tu. kita jahit sendiri”
masa tu confession dibuat dengan iringan lagu Gemuruh - Faizal Tahir. yelah, semangat membara tak puas hati sebab dia janji nak siapkan sabtu lepas ini dah nak masuk satu lagi sabtu masih tak siap-siap. kan ada jer nanti pakai budak baju kurung form 4 untuk sarung cincin. motif: baju kurung form 4 tu warna krim dan boleh match dengan selendang manik-manik berat di atas kepala.

so, lunch tadi saya mula bina kubu dengan kakak rebung. in case nak kena jahit manik sendiri, kena la tengok contoh-contoh. masuk web site sana, masuk web site sini. tengok yang cantik-cantik. komen yang tak berapa cantik, hahahaha..

kesimpulan: kalau saya nak jahit manik sendiri, saya harus mula cuti hari selasa. ada berani rena?

7 comments:

crunchyahcock said...

hahahahahahaa siap guling-guling aku baca entry ni... siap terkucil sket! haduiii emo gler budak ni!

masaklemakrebung said...

fuhh... nasib rebung ini tidak bertukar jadik buluh.. kalau tak naya si tukang jahit... relaks dik... relaks.... akak sentiasa bersedia... hahahhahahaa

jinggo said...

hahahahahahaah......

rena said...

crunchyahcock..
gelak smpai terkucil.
saper yang budak kecik sebenarnya ni?
hua hahahaha

masaklemakrebung..
huhu, nsib baik la ada akak penyelamat jiwa raga saya. time kasih bnyk2 yer..

jinggo..
amboi gelak...
xper2, oksigen cukup ni.
boleh gelak puas2..

Aan Andes said...

Hahaha..me pun nak tergelak. Anyway keji ok makcik tu. Ok la me sambung gossip kat ym :P

Me and life's mystery~ said...

aper gossip nya ni?

Aan Andes said...

Haha cik kopi risau sgt. Gossip pasal.... RAHSIA!! :P see u on saturday ok