Wednesday, August 12, 2009

empat nota kecil

  1. saya habiskan 10 minit cari tudung hitam favourite saya tapi hampa. masuk minit ke 15, saya jumpa dia bersama dengan lipatan baju en teruna bongsu yang semuanya berwarna hitam. hampa kali kedua sebab waktu itu saya dah pakai tudung warna putih.
  2. hujan pagi selalu buat saya senyum. dan atas alasan "hujan lebat, nanti mesti lapar", pagi-pagi lagi saya jamu perut saya dengan nasi lemak lauk paru. siap request sambal lebih padahal saya dah sedia maklum yang sambal tu pedas tahap keluar air mata dan merah hidung. result: saya habiskan 1 litter air kosong sebab pedas sangat-sangat.
  3. saya jumpa roman minggu lepas untuk pulangkan novel dia yang diperam berbulan-bulan. dan sebagai saguhati, saya belanja dia yong tau fu di lrt gombak. menyesal. sekarang ni tiap-tiap hari dia ajak saya makan benda tu.
  4. saya suka lagu bila Seether nyanyi lagu Careless Whisper. tapi saya lagi suka bila dia nyanyi lagu Broken dengan Amy Lee. tapi saya lagi suka bila Amy Lee nyanyi lagu Call Me When You're Sobber

4 comments:

Aan Andes said...

Me sukaaaa nasi lemak paru sambal pedas! Nyam nyam..

Haha ur bro mmg laaa. LELAKI sgt. Bukannya nak perasan menda2 mcm tu :P

nellyberry said...

Oh, yong tau foo kat lrt gombak tu best ke? Kena cuba!

Saya suka Amy Lee nyanyi My Immortal

tikoos said...

rena....


dia memang rudolph since form4 dulu..


weih, ada jeruk x?

rena said...

aan..
hehehe.. dia tu memang. semua benda sama jer..

nelleberry..
sila cuba secepat mungkin. klau ada jodoh, kamu boleh jumpa roman kat situ. hahahaha..

tikoos..
jahat la wei kutuk aku dengan cerita 10 tahun lepas. jeruk ada tapi tak nak bagi hang. kedekut.