Tuesday, August 18, 2009

adik saya

saya dan dia beza tiga tahun. dia ialah musuh ketat saya masa kecik-kecik dulu. kami wajib bergaduh dalam sehari. dan tabiat bergaduh setiap hari itu hanya tamat bila saya masuk asrama.

waktu saya di matrikulasi dan dia di asrama, dia selalu mengadu tentang susahnya nak ikut peraturan asrama. almari baju saya ialah tempat simpanan rokok dia tiap kali dia balik cuti sekolah

bila saya masuk universiti dan dia pula di kolej matrikulasi, kami mula berkongsi duit poket. kalau che amid masukkan saya rm120 dan dia rm100, saya akan masukkan rm10 untuk dia. biar sama banyak. meskipun saya tahu di kolej matrikulasi tu, makan minum semuanya ditanggung dan dia tak perlu beli rujukan tebal-tebal atau fotostat nota bertimbun-timbun.

waktu dia isi borang UPU, saya satu-satunya ahli keluarga yang menyokong dia untuk ambil kursus kulinari di UITM tapi bila encik teruna sulung yang isikan borang UPU dia, dia dapat kursus Sains Gunaan - Pemodelan Komputer di USM

bila saya mula kerja, saya ialah bank dia. saya tak berikan dia kad atm saya tapi saya beri dia id dan password cimbclicks saya.

waktu motor dia tiba-tiba jammed di tengah jalan di penang, dia hanya bagitahu saya. lansung saya tak ceritakan pada bonda dan che amid kerana takut mereka risau. diam-diam saya keluarkan duit asb saya untuk dia baiki motor dia

waktu dia cerita yang dia fail satu paper final dan tak boleh grad tahun lepas, saya cakap “takper, pegi settle sampai habis.” itu saja.

waktu dia bagitahu yang result Final Year dia dah keluar, saya lah orang yang kena check dan print semua result-result tu untuk dia

waktu dia dapat surat konvo dari USM, dia hantar mms pada saya. gambar surat tawaran. padahal bukan tak boleh tunggu saya balik.ok, saya tahu dia excited tapi malu-malu.

waktu dia konvo hari tu, bila lihat dia berjalan-jalan dengan sut hitam dan kemeja putih siap tersarung jubah ungu di luar, saya nampak dia dah ‘besar’. saya tahu bonda dan che amid senyum lebar dalam hati. dia pegang rekod buat degree paling lama dalam keluarga kami. orang lain hanya ambik masa 3 hingga 4 tahun untuk buat degree, tapi dia sampai 5 tahun. bonda kata perangai anak bongsu memang lain sikit. saya iyekan saja.

waktu tengok balik gambar ni, saya teringat sekeping gambar tahun 1995 dulu. dalam gambar tu, kami pakai uniform sekolah. posisi masih sama, senyum juga sama. cuma sekarang, dua-dua dah tak pakai uniform sekolah dan dia lebih tinggi dari saya meskipun saya pakai heels 4 inci.

dia dah besar. tapi dia tetap adik saya.

11 comments:

nellyberry said...

Cik Rena,

Masih ada tempat kosong untuk jadi adik paling bongsu awak?

Macam mana boleh apply ya? Online ke kena isi form.


Yang Mengharap Seorang Kakak,
NellyBerry

Shani said...

Boleh tak saya rasa posting ni sangat comel?

(mellow2 mcm ni tanda-tanda dah lanjut usia nih)

jaketbiru said...

hampir menitiskan air mata ku...

tahniah..

amrin said...

betul ke ni kakak ngan adik?

mcm kembar jer

hmm...

Aan Andes said...

Wahhh purple! Me likeee!! Haha lari topic jap.

Congrats to Hery!!! Lepas ni dun forget ur sister ok, dia dah berkorban byk tu (kalau hery baca blog ni la hihi)

tegezoot said...

mai penang tak kasi tau ye! sombong!

mat jan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
masaklemakrebung said...
This comment has been removed by the author.
masaklemakrebung said...

tahniah buat cik na and hery... ye, akak harap awak bacalah blog ni terutamanye luahan jiwa'Naa' yang kali nih...

tu memang ikhlas dari hati dan jiwa dia....

akak terpandang pandang macamana bersinarnyer mata dia masa dapat tau awak dah berjaya merangkul degree awak... berkaca tuu mana 'Naa' awak tau...

dialah kakak yang selalu bangga punya adik persis lu.... betul.... tak tipu...

di doakan semoga terus cemerlang dalam hidup yeee..

rena said...

nelleberry..
boleh la. me tak der adik pompuan. borang ambik dgn che mid ok.

shani..
boleh. sebab tuan punya blog ni pun comel jgak. yieehaa!!

jaketbiru..
trime kasih. tahniah jgak utk kamu *wink

amrin..
kembar? bnykla u.. i tak nak sama umur dgn dia. tp klau dia sama umur dgn i, i nak sangat2.

aan..
tengkiu.. sob sob. terharu

tegezoot..
bukan tak bgtau. tp mmg x smpat nk jmpa. ampun. maaf. sorry.

ampunkan tanggang mak!!!

masaklemakrebung..
isk, diam2. nanti saya hilang kawalan mcm ari tu

zleenz said...

huhu... terharu aku baca post ni.
Congrats Hery...yupe, wpun jupe ko kejap je aritu, aku dpt lihat kau sgt bangga dan happy utk adik kau :D congrats 2u too...

hehe utang rm3 tu lom lagi langsaikan kat Ainaa beli aiskerim :P nnti aku akan setelkan