Thursday, July 09, 2009

dalam

dalam seronok-seronok sembang-sembang dan gossip-gossip dgn akak-akak sejiranan

dalam kelam kabut dan gundah gulana bila tersalah hantar reminder letter kat customer

dalam marah-marah kat customer yang tak sabar nak suruh clearkan nama dari blacklist

dalam sakit hati bila semua kerja saya kena siapkan sorang-sorang even ada teammate

dalam senyum simpul bila kena perli-perli dengan orang-orang berkenaan

dalam penat-penat ulang alik dari gombak ke shah alam tiap-tiap hari

dalam terhimpit himpit dalam tren tiap-tiap pagi nak sampai ke ampang park

dalam ceria-ceria bunga raya waktu terima pay slip

dalam rasa takut tapi puas hati bila saje-saje pending surat customer yang berlagak

dalam sibuk-sibuk carik lagu permintaan akak sebelah

dalam tengah gedik-gedik pasang lagu Hindustan time buat keje

dalam tengah-tengah khusyuk berchatting tiba-tiba bos datang dari belakang

dalam pening-pening bila tiba-tiba bos suruh tukar format report

dalam senyum-senyum siput bila bos puji sebab sempat siapkan semua report on time

dalam secara senyap-senyap lancar perang dengan orang bangunan sebelah

dalam gigih buat budget bulan-bulan setiap kali dapat gaji
...


rupa-rupanya.. hari ni genap dua tahun saya di sini. alhamdulillah….

5 comments:

crunchyahcock said...

dalam betul.... dalam sungguh kata-kata saya... dua tahun menandakan saya makin tua..lagi dua tahun.

mat jan said...

aku tuntut Chili's bulan 11 nanti

jejakalkindi said...

banyaknya dalam...ini baru dua tahun, belum bertahun2..hehe...teruskan..

Aan Andes said...

Hehe so fast time flies kan? Mcm kejap je u keja sana, tgk2 dah 2 tahun. May our friendship last forever :D

artisticklytouch said...

alhamdulillah...