Tuesday, June 02, 2009

kami dah berpisah

simpan semua cerita hingga basi, bukan sengaja tapi lansung tak punya masa.

buka blog hari ni, saya macam pening dan menyampah dengan warna pink. serius, saya rasa seperti memandang surat saman DBKL sebab lupa isi coins dalam mesin yang terpacak secara serius di tempat parking 'terpilih'. dan perasaan sangat-sangat tak suka warna pink ini mengujakan saya untuk menukar warna blog ini ke warna lain. hmm.. sebenarnya, bukan mengujakan tapi saya rasa ia lebih kepada mengarah. saya rasa seperti bakal kena hukum kalau tak tukar warna pink ini kepada warna lain. bukan saja blog ini yang jadi mangsa, beg pink saya juga dah lama gantung diri di belakang pintu bilik. baju-baju pink saya pun dah lama tak merasai kehangatan dan belaian lembut seterika stim cap ayam saya. and top of that, hair dryer saya yang warna fuschia pink itu pun dah lama tak berbakti. bukan sebab rambut saya dah pandai lap badan sendiri, tapi sebab saya lansung tak lalu nak menjamah hair dryer warna pink itu.

saya rasa, zaman 'pink' saya dah tamat.




ahhh... saya betul-betul berharap perpisahan ini hanya seketika.

9 comments:

mat jan said...

sayang..

i know u suka ribena and tak pernah suka bandung..

sebab..

air ribena tu warna purple.
air bandung tu warna pink.

Shani said...

ini cuma satu fasa...pastinya ia akan kembali tidak lama lagi ;)

mama ayeep said...

rena, nape cm dah frust jek ngn warne pink.
uhu

rena said...

jan..

yelah2.. u betul..

isk, dalam blog pun nk membebel jugak ke?

Shani..
yeay!! shani ber'positif' sekali dengan kenyataan blog beliau

mama ayeep..
bukan frust je ni.. ni dah tahap menyampah dan benci dan tak suka dan meluat

chek ezza inchik man said...

wakakakakaka
cian anda..
abg mat jan..
sila jaga shek na ni,,.
hishhh

lan7290 said...

bistu baju pink anak buah si anis tu nak wat cam ner?

rena said...

chek ezza..
ABANG MAT JAN(sengaja tulis dengan huruf besar)tu sebenarnya dah penat jaga beta. sebab tu dia lari ke UK, jaga kangaroo dan juga beruang koala..

mat jan said...

jaga budak ni?

heeee... YA AMPUN!!!


ingatkan badan jer kecik
rupa-rupanya perangai pun giler

rena said...

lan7290..
anis tak boleh pakai baju tu bila jumpa cikna nanti. kasut pink tu pun cikna banned kan. nant cikna beli baju lain utk anis. baju corak2 zebra.