Tuesday, February 10, 2009

baja bunga untuk bonda

hari selasa ketiga saya di glenmarie. sudah semakin sebati dengan jadual baru. turun dari rumah jam 6.30am. naik tren jam 6.45am (message utk art: parking kat taman melati free tau. repeat: F R E E) berkumpul dengan ahli-ahli kumpulan bas biru yang lain di ampang park dan bertolak ke glenmarie jam 7.20am. pukul 8.00am, saya sudah senyum-senyum di hadapan bangunan TIME di glenmarie. yeay!! waktu saya keluar, langit masih gelap. waktu saya pulang, langit hampir gelap. saya habiskan lebih dari 12 jam setiap hari untuk kerja. hanya tingal waktu makan malam sehingga jam 10 untuk saya membuka kabinet persidangan dengan bonda. tapi bila carita-cerita politik malaysia semakin 'panas' sehingga membuatkan cerita-cerita hiburan menjadi sedikit 'suam', kabinet saya dan bonda terpaksa bersidang sedikit lewat kerana memberi laluan kepada berita jam lapan malam. dan bila kami bersidang lewat, hanya sedikit sahaja usul-usul baru yang boleh diutarakan sebab jam 10 bonda sudah masuk tidur. meninggalkan saya terkontang kanting menonton tv keseorangan. kesian kan?


maka atas sebab tak puas hati, tiga hari cuti minggu lepas saya tarik bonda temankan saya pergi Giant, pergi tengok orang sambut Thaipusam, pergi kedai binatang peliharaan, pergi beli buah dan sebagai upah, saya belikan bonda sepaket baja bunga. ngee!!!!

2 comments:

nellyberry said...

bersidangan kabinet antara sy ngan ma sy lebih banyak kepada usul2 tidak puas hati ma terhadap cara pemakaian sy dan tahap keborosan sy. huhu...end up, sy yg tutup usul dan masuk tidur...haha

masaklemakrebung said...

ah'ah citer tak habis...bagaimana dengan busana untuk ipar ? dia suka tak ?