Thursday, January 15, 2009

update ujian saya hari ini

saya lulus untuk ujian masa hari ini. keluar dari rumah jam 6.30am. biasanya, 6.30am itu waktu untuk saya mengada-ngada memilih baju ataupun sedang tergedik-gedik mencalit eyeliner pada mata. campur masa untuk saya habiskan segelas susu sejuk, kemas katil, sapu bilik dan panaskan enjin kereta, jam 7.00am baru saya turun dari rumah. tapi tadi, saya ‘zip’kan semuanya dalam satu masa supaya saya dapat turun dari rumah jam 6.30am

ofis saya kini penuh dengan kotak. dan salotape besar kini menjadi bahan permintaan ramai semua orang. saya awal-awal sudah siap kemaskan semua fail saya. lagipun kebanyakan fail-fail kerja saya semuanya dalam shared drive server, jadi tak banyak fail yang perlu saya angkut dengan kotak. hanya satu kotak. hehehe, macam malu jer bila melihat kotak-kotak yang beratur cantik sepanjang corridor walk. contoh kotak orang lain.
Name : Cik Cantik Jelita
Div/Dept: Finance / Treasury
Box No: 1 of 13

Bila sampai kotak saya,

Name : Rena
Div/Dept: Finance / Bad Debt
Box No: 1 of 1

hmm, itu baru cerita pasal kotak. belum lagi saya cerita tentang keadaan workstation disana, tentang staff location plan yang jadi isu untuk beberapa ketika bila sesetengah orang merasakan dia lebih layak berada dalam kumpulan yang lain dan bukan dalam kumpulan yang telah ditetapkan, tentang subang parade, giant dan tesco yang berdekatan dengan ofis kami, tentang warehouse sale yang bakal menjadi hidangan tengahari kami nanti dan macam-macam lagi lah.

saya tak kisah dengan semua tu. entah la, saya tak excited pun dengan relocation ini. saya pun tak tahu kenapa saya heartless sangat dengan glenmarie. but, being a positive thinker mungkin ini satu perubahan yang baik untuk tahun baru. siapa tahu kan? insyallah..

okey, kita tutup entri hari ini dengan sms dari dia lintas lansung dari kampung yang saya dah lupa namanya. (hari ni dia masuk kampung untuk projek gotong royong cuci kolam ikan arowana)

sms dia : sy br lpas mkn dgn org2 kg kat sini. taken urs?

sms saya : done. chicken chop. org kg msk apa utk awk?

sms dia : pelanduk masak lemak cili api dengan pisang muda, sup ayam hutan, sayur lemak putih umbut kelapa n ulam Ceylon.

erk... meriahnya orang kampung ni makan..

4 comments:

artisticklytouch said...

biasa je tuh...orang kampung aku makan spagethi bolognaise...buleh!!

13may said...

waaa...jom kita pi kampung dia :D

Shani said...

Kat mana kampung tu Rena?

Tentang pindah randah ni, sepanjang 3 tahun 11 bulan saya bekerja di company sekarang dah 4x pindah semuanya. 3x pindah tempat (dah la file bertimbun!), 1x relocation ke Bangsar ni. Kotak bertimbunan dan ada yg menangis melihat cubicle kosong di hari terakhir kami di sana. *sigh*

Good luck, dear~

Aan Andes said...

wahhhh ulam ceylon lagi (me know it's selom kannn!). Anyway keep us updated with the warehouse sale boleh? hehe