Friday, January 16, 2009

entri pindah memindah

hari ini semua orang berlagu riang sebab tak perlu buat kerja. yer, bila semua barang sudah masuk kotak, apa lagi yang boleh dibuat? hanya duduk bersaja-saja sambil buat-buat ada kerja. tapi bila berita terbaru tersebar "movers tak boleh nak complete angkut barang on weekend. so, full relocation will be extended to monday" maksud dia?? hmm, isnin depan kami masih lagi beroperasi di wisma time, jalan tun razak. tapi hanya berbekalkan pc dan telefon. semua barang lain berkemungkinan besar sudah dihantar ke sana. reaksi kami? laaaaaaagi berlagu riang. kalau hanya ada pc dan telefon, kerja-kerja yang mampu kami lakukan ialah akses internet dan juga menyambungkan talian telefon kepada mana-mana talian yang kami mahu. yieeha!!!

pagi tadi saya melantik En Michael Buble sebagai co-pilot saya. semua lagu dalam album Its Time itu saya khatamkan. saya sebenarnya sudah lupa pada cd ini sehinggalah saya menemuinya semalam did alam almari adik bongsu saya. baru saya ingat, cd ini Nuar yang belikan untuk saya 5 tahun lepas waktu kami berjalan-jalan di Petaling Street. lama kan saya tak berjalan-jalan di Petaling Street. hampir saya lupa pada epal-epal besar berwarna merah berkilat serta anggur hitam tanpa biji yang besar dan manis, juga lupa pada tshirt-tshirt murah tapi cantik-cantik yang bergantungan di sepanjang jalan. owh, juga lupa pada salon tempat saya potong rambut ekspres.






okey, ini adalah cubaan memperkotak-katikkan saya oleh dua orang kakak otai department saya. kejam!!

1 comment:

Bunga Rampai said...

Oh, Petaling Street! Entri ini mengingatkan saya kepada zaman belajar dulu. Saya juga dah lama tak jalan-jalan ke sana.

Selamat pindah. Selamat tahun baru juga buat Rena, moga yang terbaik tahun ini.

Salam :)