Thursday, January 22, 2009

entri pertama saya sejak 'berumah' di glenmarie

1. aktiviti saya pada hari pertama ialah berjalan-jalan di Giant dan berbual-bual dengan ahli-ahli kumpulan bunga merah yang lain sambil makan kacang. memandangkan pc kami masih belum diangkut dari office lama, maka itu sahaja aktiviti yang kami fikir dapat menjana perkembangan diri masing-masing.

2. tempat kerja saya sekarang ialah seperti sebuah dewan dengan dinding kaca. semua orang boleh lihat saya dari luar. malu...

3. makcik tea lady floor saya ini tak peramah. saya senyum pada dia waktu bertembung di pantri pun dia hanya pandang mug finding nemo saya. isk..

4. angin di tempat saya kuat sangat. mengambil iktibar pada kesejukan hari pertama, saya bawa sweater pada hari kedua dan sepanjang hari saya berkelubung dengan sweater ala-ala orang eskimo. biar apa saja orang kata, yang penting pipi saya tak kesejukan.

5. 'bising'. ini istilah tambahan untuk tempat kerja baru saya. tapi bila tempat kerja kamu seakan sebuah dewan yang disusun dengan barisan meja dan kerusi untuk 50 orang, tanpa sebarang partition, mana mungkin dia boleh sunyi kan?

6. saya suka pemandangan luar office ini. saya boleh langit putih beserta awan gebu-gebu yang cantik. tapi bila empat orang cina muda bertungkus lumus 'tinted' semua cermin semalam, saya rasa setiap hari Glenmarie ini mendung dan bakal hujan.

7. meja saya bersebelahan dengan mesin fotostat. maka secara tak lansung meja saya jadi meja tumpangan untuk sesiapa saja yang ingin menyusun kertas, pinjam stapler, mintak paper clip, pinjam gam dan segala-galanya.

5 comments:

nellyberry said...

kamu perlu adakan tol, tiap kali mereka menumpang letak kertas atas meja kamu, kamu mintak 20 sen tiap helai kertas, dan tiap seunit staples, kamu charge juga 20 sen...musti kamu boleh cepat kaya ^_^

Aan Andes said...

Haha me like #7. Me can imagine! Dah la u jenis kemas, so mesti tempat u senang nak letak kertas2 tu :P

crunchyahcock said...

;p

rena said...

nelleberry..
mata saya dah kluar dollar sign bila baca komen kamu

aan..
hehe, itula pasal. half of my desk diperuntukkan untk diorang..

crunchyahcock..
:P

Shani said...

Amiklah gambar, me nak tgk.

Rasanya dia buat style ofis di America, cubicle rendah dalam kawasan yang luas.

Susah tak nak pegi ke tandas disebabkan mata-mata yang melihat?

p/s: Makcik Tea Lady tu pemalu kot ;)