Monday, January 12, 2009

cerita petang saya dengan tikus hijau

separuh hari saya dihabiskan dengan menunggu buah betik itu masak ranum. duduk di atas pangkin tinggi dengan kaki bejuntai-juntai ke bawah sambil bersembang dengan tikus hijau bertanyakan pendapatnya tentang fesyen polka dot dan seluar bell bottom zaman 60-an. sesekali kami ketawa hingga pecah perut bila nampak semut-semut hitam itu hilang kawalan kaki bila melalui kawasan tumpahan minyak yang tidaklah sebesar mana. tikus hijau betanyakan saya berapa lama lagi harus tunggu. saya tahu, dia mesti sudah bosan. saya hanya jawab entah. dia diam. saya pun diam. kami kemudiannya menyanyi perlahan. mula-mula lagu dealova. selepas itu lagu i want to spend my lifetime loving you. saya jadi marc anthony dan dia jadi tina arena. tapi hanya separuh jalan. saya lupa lirik dan dia pula lupa rhythm. kami pandang betik. sudah mula nampak kuning. tapi saya tak pasti itu warna betik masak ataupun hanya pancaran matahari.

kemudian datang seekor pari-pari. rupa-rupanya dia sesat. dia pinjamkan saya magic stick dia. saya berjaya menukarkan pili bomba itu menjadi sepohon pokok pandan yang besar. tak menarik. kan bagus kalau yang yang tersesat ini cupid dengan anak panah cinta dia. boleh saya panah ustaz muda jiran belakang rumah kawan saya tu. saya mahu panah dia dengan tiga anak panah sekaligus. biar berdarah hidungnya. tikus hijau dengan baik hati mahu menghantar pari-pari sesat. walaupun dia mengajak saya ikut serta, saya hanya menggeleng. saya tahu tikus hijau kebosanan menunggu betik. maka pari-pari sesat dijadikan alasan untuk dia berjalan-jalan. tak mengapa, saya tahu dia akan balik juga nanti. bila lama-lama tikus hijau tiada, baru saya rasa sunyi. saya cuba berbual dengan pokok pandan di tanah, tapi dia sibuk dengan proses fotosintesisnya. sombong. kalau saya tahan nafas agar tiada karbon dioksida yang terbebas baru padan muka dia.

kemudian saya nampak kucing bertuxedo tanpa seluar sedang berjalan sambil makan cheese stick warna hitam. perisa seaweed mungkin. saya pangil nama dia. tapi dia tak berpaling. saya panggil lagi. kali ini sedikit kuat. tetap juga tak berpaling. saya biarkan saja dia. takut nanti dia terkejut lalu tercekik cheese stick dia jika saya panggil dia kuat-kuat. kemudian datang anak kumbang bunga popi. dia tanya saya dimana kawasan bunga yang banyak madu perisa butterscotch. saya tunjuk ke utara. sebenarnya saya pun tak tahu sebenarnya di mana kawasan bunga yang banyak madu perisa butterscotch. saya hanya tunjuk sesuka hati saya sahaja. saya menyanyi lagi. lagu fly me to the moon. lagu lama yang saya suka pasang tiap kali memandu pagi-pagi.

tak lama selepas itu tikus hijau pulang. saya lihat di tangannya ada dua bungkusan plastic. saya senyum lihat dia. dan dia mula melompat naik ke atas pangkin dan duduk di sebelah saya. dia buka satu bungkusan dan hulurkan pada saya. dalam bungkusan itu ada biskut palma perisa pelangi bersaiz medium. saya pandang dia dengan sinaran mata berterima kasih. dia senyum. saya jenguk dalam bungkusan dia. sebotol jem strawberi manis yang sejuk beku. dia pandang saya. saya pandang dia. kami sama-sama senyum. dan kemudiannya kami berkongsi. petang itu kami habiskan dengan sama-sama menikmati biskut palma berperisa pelagi dicicah bersama jem strawberi yang sejuk dan beku sambil melihat pertunjukan sarkas sekumpulan unicorn dan seekor penyu lipas yang lengkap berbaju zirah. lansung kami lupa tentang betik yang masak ranum…

6 comments:

mat jan said...

ni yang aku serba salah nak tinggal budak kecik ni sorang2 ni..

baby , nant i x der jangan lupa mnum susu strawberry tiap-tiap ari tau..

nik said...

ko angkut je dia masuk dlm luggage ko jan.. muat tu..

jinggo said...

tikus hijau....????
hahahahaha........

nellyberry said...

dear,

i suka this entry.

sangat.sangat.sangat.SUKA!

i wish i could produce this type of entry!

rena said...

jan..
susu strawberry tu warna PINK. aku tak suka!!!

nik..
aku angkut ko skali..masukd alam handbeg aku.. nak?

jinggo..
tikus wataniah.. sebab tu kaler ijau.. hehehe..

nelleberry..
me laaaaaaagi suka bila u cakap u suka entri ni..
thanx a lot!!!

NGEE!!!!!!!

amrin said...

dia dah mula dah...