Thursday, December 31, 2009

tak mahu jadi mariam

lately punya satu habit iaitu tiba-tiba je suka senyum sorang-sorang. walaupun waktu tu sebenarnya tengah buat report pasal belas-belas ribu akaun yang ada ribu-ribu dan juta-juta hutang. ataupun tengah taip sms untuk jejaka kapal minyak tanya samada dia dah sampai ke darat atau belum. ataupun tengah tampal-tampal resit parking untuk buat claim sheet. ataupun tengah kira duit yang ada dalam wallet untuk keluar lunch. ataupun tengah tunggu lift yang maha lambat sebab satu lift jer yang function dan meninggalkan sejarah hitam pada lift yang tak berfungsi tu. ataupun dalam bas on the way nak pergi office (ok, ini sebenarnya jarang sebab selalunya dalam bas ialah waktu tidur yang berkualiti) takper, at least senyum sorang-sorang jer. kalau mengilai? time semua orang khusyuk buat keje, tiba-tiba jer mengilai. tengah tunggu lift tiba-tiba mengilai. tengok telefon tiba-tiba mengilai. mariam ke apa pompuan ni? hmm..

Tuesday, December 29, 2009

bukan ilyana sorang yang ada impian

sebenarnya tengah malas nak buat kerja sampai keluar macam-macam alasan termasuk lenguh bahu pegang mouse lama-lama. walaupun dah cuba guna mouse dengan tangan kiri, masih juga tak mencabar. dan walaupun tahu yang esok akan ada banyak kerja kalau tak buat separuh kerja tu pada hari ni tapi tetap juga tak nak buat dan nak buat kerja lain. maka untuk impian pertama saya ialah saya tak perlu buat kerja yang banyak-banyak tu esok dan sampai bila-bila.

yang kedua ialah pakai heels 4 inci kegemaran dan lari laju-laju seperti nak kejar naik tren sebab dah 10 minit lambat dari waktu yang sepatutnya or lagi dramatic seperti nak menyelamatkan seorang budak kecik yang sedang kutip bola kat tengah jalan dan dia tak perasan ada kereta laju yang datang dari arah depan. selalunya kalau pakai high heels, automatic akan jalan sopan-sopan. motif utama ialah bukan sebab nak bagi orang tengok kasut tinggi tu atau nak bagi orang dengar bunyi tapak kuda hasil penangan high heels tu tapi sebab nak rasa ketinggian ekstra yang dialami ketika memakai kasut tinggi.

lepas tu mengimpikan panggil shah ‘shah’ dalam satu conversation telefon yang panjang. sebab mengikut perkiraan tahun, kami dah sebaya. so, macam kawan-kawan sebaya, kita panggil nama saja kan? tak perlu ada panggilan ‘abang’ or ‘kakak’. hanya ada beberapa hari untuk melunaskan impian ini. kalau tak dapat, kena tunggu tahun depan. tapi, tak mustahil saya kena panah petir kalau buat macam ni tahun depan. kena buat tahun ini juga.

lepas tu nak makan shushi. makan shushi. makan shushi.makan shushi. makan shushi. makan shushi. makan shushi. makan shushi. makan shushi. makan shushi. makan shushi. makan shushi. makan shushi. makan shushi. makan shushi. makan shushi. makan shushi. makan shushi. kenapa? ini ritual birthday saya setiap tahun.

then, nak makan cheese cake. tapi setiap kali masuk secret recipe, mesti rasa bersalah pada diri sendiri dan juga lemak-lemak badan. rasa macam menduakan mereka.

urghh… mesti esok banyak keje. bawak bekal la so that tak payah turun beli lunch.

Thursday, December 24, 2009

plan cuti saya

1. pergi rumah cik dyan
2. gaduh-gaduh manja dengan dua orang power rangers kat sana
3. bagi adiah kat setiap power rangers : beg skolah kat power rangers besar and t shirt kat power rangers kecik
4. bawak mother of power rangers pergi beli barang-barang sekolah power rangers besar (and of course the two power rangers pun kena bawak sekali)
5. bawak bonda dan che amid survey barang-barang kawen dekat nilai 3
6. gaduh lagi dengan dua orang power rangers
7. belikan Bidaman dengan guli yang banyak-banyak untuk permainan bersama-sama
8. ajak power rangers basuh viva merah (upah ais krim sorang satu)
9. layan movie Setem dengan mother of power rangers sambil makan triffle dan ais krim
10. gaduh lagi sekali dengan power rangers sebelum balik

Thursday, December 17, 2009

cita-cita hari esok

tak tahu kenapa excited sangat nak pegi Giant and beli barang-barang untuk buat triffle

Wednesday, December 16, 2009

sesi menaruh harapan

hari ini birthday cik dyan



yang ke 34




dah tua!!!!!

Monday, December 14, 2009

ini kisah potong rambut

selalunya, misi menjejakkan kai ke salon rambut hanya berlansung selepas tarikh hari lahir, tapi tahun saya berjaya potong rambut dua hari sebelum aidiladha. gigih menunggu setengah jam untuk potong rambut sebab orang ramai dengan baju kurung hijau raya tahun 2004 dan tudung hitam belit-belit. mujur saya bawa organizer starbucks yang didalamnya hanya penuh dengan conteng-conteng merapu saya tiap-tiap malam, maka saya boleh buat-buat sibuk membelek organizer tersebut. sampai rumah pukul 9 malam. dan sebab shah kata dia nak datang raya haji nanti, sengaja saya diamkan cerita ini pada dia. konon-kononnya nak buat surprise. alih-alih time raya haji, dia tak jadi datang dan cerita potong rambut basi tu disampaikan waktu saya dah tiga empat kali cuci rambut. biasalah, bila rambut pendek, makin senang nak cuci n bilas. so rajin la sikit cuci rambut. lagi 15 minit nak balik. tak sabar. saya beli shampoo baru semalam. ngee!!

read: cerita ini pun sebenarnya dah basi.


Wednesday, December 02, 2009

kertas ujian sumpahan rena sesi petang

1. Kalau boleh saya nak sumpah dia jadi

a: hamster gemok kaler coklat muda - saya nak bela tp bagi dia makan makanan ikan laga

b: bola keranjang - saja nak simpan dalam stor

c: pokok bunga - saya nak siram dia sampai dia lemas


d: kalendar - boleh pangkah-pangkah dia tiap-tiap ari

tapi, kalau saya tak boleh sumpah dia, saya nak...

senyum manis depan dia. dia bukan siapa-siapa yang berjaya switch off 'lampu happy working' saya.

Thursday, November 26, 2009

esok raya

Monday, November 23, 2009

mon 23 nov 09

awan gebu-gebu macam kapas
burung warna-warni macam coklat smarties


NGEE!!

Thursday, November 19, 2009

fikir

sebenarnya, saya bukanlah emo sangat-sangat bila dia sound macam tu


tapi saya suka sangat-sangat kalau dia boleh fikir balik siapa dia

Friday, November 13, 2009

pagi jumaat sejuk

waktu menaip entri ni, jari manis sedang berkilau-kilau ‘bling bling’ [ bak kata ahcock ] haha, perasan saja lebih, padahal lampu fluorescent kaler kuning atas siling tu yang bersilau-silau dan agak menakutkan sebab batang lampu tu kecik sangat-sangat dan bila hujan lebat dia macam terhuyung hayang.

saya tengah menunggu TBS saya untuk ok. maka, masa menunggu ini, umpama menunggu giliran masuk jumpa doctor dan minta mc. duduk dengan penuh sopan santun dengan kain songket hitam belit-belit dan kemeja kaler pink muda beserta tudung pink terang. oh ya, lupa. lipstick kaler pinkish plum dan eyeshadow kaler natural black. ngee!! pagi- pagi dah gedik. rena, sila sopan.

menunggu penyelamat TBS ini datang seperti menunggu gaji masuk pada 26hb sedangkan hari ini baru 13hb dan dalam wallet hanya ada rm42.30. lamanya!!! tadi seorang lelaki yang menyamar sebagai Penyelamat TBS menelefon dan jawapan untuk masalah “Unable to access TBS” saya ialah 1. network u tak ok kot, i rasa. 2. u kena check network u la kot. tp internet boleh access kan? so, ini masalah application la kot 3. i tak tau pulak kalau pasal application. itu u kena tanya orang lain.

sekarang kamu faham kan kenapa saya labelkan dia Penyamar Penyelamat? mahu saja saya tikam-tikam tag id dia dengan pembaris kayu. tapi, saya tak berani nak tikam jari dia sebab saiz dia besar dari saya. dan lagi dia bawak motor agak laju tiap kali waktu balik kerja. dan lagi dia makan kerang dengan banyak sekali. saya pernah beratur belakang dia waktu beli makanan tengahari dan tengok dia ambik kerang goreng sambal sampai dua senduk penuh!!

teringat cerita dalam hujan petang semalam. bila hujan lebat dan tiada payung dan perlu kejar bas company yang dipandu secara sopan oleh uncle yang tak pernah sejuk dengan aircond bas sebab selamba jer dia pakai bermuda bawak bas, pakai kotak pun boleh. lagi la romantik bila ada hero hensem yang memayungkan kotak tersebut. aww!!!

ok, chup!! bukan saya ok. saya ada payung purple dan semalam saya memayungkan cik rebung. tiada kaitan dengan kotak dan hero hensem. [cepat-cepat mensucikan keadaan sebab takut nanti bila en Shah da Tunang baca entri ni, dia tak nak belanja saya makan McD lagi. ataupun dia tak nak pimpin tangan saya bila nak lintas jalan. serius takut ok kalau kena lintas jalan sorang-sorang. lagi-lagi bila kereta banyak dan motor semua laju-laju ]

ok, update terbaru pasal TBS selepas lunch hour: masih tak ok. sudah tiga orang IT saya libatkan dalam masalah ini. tapi masih belum berjaya. orang ke 4 yang saya babitkan ialah Babbu. walaupun dia dah datang dan reinstall TBS, masih juga belum ok. maka Babbu suruh saya pergi makan dulu. mesti Babbu dengar perut saya berbunyi-bunyi tadi. malu!!!

Wednesday, November 11, 2009

hmm..

baru petang ini saya sedar yang saya stress pagi tadi.



hmm.. lagi


Wednesday, November 04, 2009

saya mohon..

sedikit ruang untuk saya bernafas



s e d i k i t


Friday, October 30, 2009

ada berani???

bila bonda telefon tukang jahit semalam, saya rasa mahu guling-guling atas rumput dan gigit semut-semut yang bersarang dekat batang pokok nangka belakang rumah saya. motif: baju baru siap alter. manik belum siap. belum siap atau belum jahit? hmm.. dan lagi, saya mahu cabut bulu kucing jiran depan rumah sampai jadi kucing sphnyx sebab makcik tukang jahit tu memandai-mandai pulak memberi komen kononnya majlis lambat lagi dan kami tak perlu gelabah kalau baju masih belum siap. eh, makcik ni.. buat cross stitch gambar ikan duyung kat mulut tu baru tau. majlis lambat ke, majlis cepat ke, dah kalau janji nak siap, siapkan la. ini tak siap-siap. geram ok!!

lepas tu saya mula la membuat confession nekad dengan bonda. “kalau esok pun tak siap jahit manik lagi, ambik je lah baju tu. kita jahit sendiri”
masa tu confession dibuat dengan iringan lagu Gemuruh - Faizal Tahir. yelah, semangat membara tak puas hati sebab dia janji nak siapkan sabtu lepas ini dah nak masuk satu lagi sabtu masih tak siap-siap. kan ada jer nanti pakai budak baju kurung form 4 untuk sarung cincin. motif: baju kurung form 4 tu warna krim dan boleh match dengan selendang manik-manik berat di atas kepala.

so, lunch tadi saya mula bina kubu dengan kakak rebung. in case nak kena jahit manik sendiri, kena la tengok contoh-contoh. masuk web site sana, masuk web site sini. tengok yang cantik-cantik. komen yang tak berapa cantik, hahahaha..

kesimpulan: kalau saya nak jahit manik sendiri, saya harus mula cuti hari selasa. ada berani rena?

Tuesday, October 27, 2009

dah lama saya teringin...

nak makan biskut tiger cicah soya bean





tengah taip entri ni tiba2 nampak kak fieza lari-lari kejar kertas yang keluar dari mesin fotostat. comel!!!

Monday, October 19, 2009

confession bos paling besar saya

tadi, dia cakap..

dulu, dia pernah masuk lokap satu malam


hmm...


cerita lain: u, hari ni i bawak sandwich sardine for my office potluck. kalau dulu, mesti i pack kan untuk u skali. masuk dalam plastik putih and then masuk dalam envelope. siap staple. and esoknya, envelope tu akan berisi toblerone untuk i.

Friday, October 16, 2009

entri jeles semata mata

saya selalu kena drive kalau keluar pegi mana-mana. kalau tak drive pun saya kena duduk depan baca signboard. jarang sangat-sangat saya dapat duduk belakang dan bersenang-lenang tengok bunga, tengok awan, tengok lampu isyarat dan menghirup udara ala-ala segar padahal bau asap semata mata. dan saya sungguh jeles dengan dia di bawah ini.


sila scroll
















scroll lagi









tada!!!




dia duduk belakang sambil hirup segar dan tak perlu drive!!!


Thursday, October 15, 2009

s t r o n g

dunia akan terus berputar. tak kira waktu itu kamu sedang melompat riang atau pun sedang memeruk diri melayan kesedihan keseorangan. ataupun sedang enak-enak menikmati cheese cake dengan parutan kulit lemon segar (yang akhirnya kamu tahu, itu cheese cake terakhir dari dia)


pls be strong

Tuesday, October 13, 2009

sesi mengenang 111009

orang kata, jangan kenang benda yang manis-manis sahaja. maka dengan itu, saya akan selalu mengenang layanan staff Hab** Jewe** di Semua House.


Kali pertama kami masuk, tak punya ruang untuk pilih cincin dengan senang hati. Terpaksa berhimpit-himpit dengan handbeg makcik yang besar-besar. Ok, tak per. lepas raya, orang dapat bonus. so memang orang ramai.

Tiga kali minta baru Lelaki Hab** itu perasan akan permintaan saya. Itupun bukannya permintaan saya dipenuhi. Dia sibuk memanggil seorang Perempuan Hab** nombor 1 yang seronok-seronok berbual dengan Perempuan Hab** nombor 2 di meja hujung sana. Ok, takper. Orang ramai, kaunter pun kecil dan staff pun tak ramai. Kami tunggu. Tunggu dan tunggu lagi. Tapi tak sampai-sampai.

Tahu apa respons Perempuan Hab** nombor 1 selepas dipanggil? Dia hanya jeguk-jenguk dari port bersembang dia dan kemudian menyambung keseronokan berbual dengan Perempuan Hab** nombor 2. Ok, yang ni memang tak ok. Saya ajak Shah keluar. Tak suka dan dah mula emo.


Tapi dia cool lagi. Dia ajak saya pusing-pusing kedai lain. Kemudian dia ajak saya masuk sekali lagi. Kali ini kami berjaya berkomunikasi dengan Perempuan Hab** nombor 3. Dia cakap dengan Perempuan Hab** nombor 3 "Saya nak tengok cincin diamond untuk tunang".

Perempuan Hab** nombor 3 kemudian ke kaunter 1, bawa keluar satu tray yang penuh dengan cincin dan kemudian dia masukkan tray tu ke kaunter 2. tahu lokasi kami masa itu?

Jawapan: Kaunter 3.

dan untuk mengukuhkankan lagi kenangan, Perempuan Hab** nombor 3 itu mula tersengih-sengih melayan pelanggan yang baru sangat-sangat masuk. sekali lagi saya ajak dia keluar.

owh, bukan. saya tak ajak dia keluar tapi saya terus tarik dia keluar.

Friday, October 09, 2009

ini cerita masa saya umur 3 tahun dan abang saya umur 7 tahun

saya panggil abang saya angah. beza umur kami empat tahun. memandangkan saya hanya ada seorang abang dan seorang kakak, tapi kakak lebih suka duduk rumah dan jaga adik bongsu kami, saya suka ikut angah pegi main. petang-petang saya mesti siap dengan seluar pendek, tshirt trebor dan rambut toncang dua dan tunggu dia untuk keluar main sama-sama.

dia suka sangat dengan lagu Inilah Barisan Kita. saya pun ikut suka sebab dia selalu menyanyi lagu tu. dia kata saya kena hafal lagu tu. kalau tak hafal, nanti polis tangkap. ok, sebab takut kena tangkap polis, saya hafal la lagu tu and nyanyi sama-sama dengan dia.

suatu hari, che amid bawak kami keluar jalan-jalan. tiba di traffic light, saya tengok sebelah kete che amid ada lori polis. ramai polis duduk belakang lori tu. siap dengan uniform. tiba-tiba saya teringat angah cakap


“kalau tak ingat lagu Inilah Barisan Kita tu nanti polis tangkap

saya mula nyanyi dalam hati

inilah barisan kita
yang ikhlas berjuang
siap sedia berkorban
untuk ibu pertiwi

sebelum kita berjaya
jangan harap kami pulang
inilah sumpah perdekar kita
untuk ibu pertiwi

eh, salah.. ulang balik

inilah sumpah perdekar kita
untuk ibu pertiwi

salah lagi.. ulang lagi

inilah sumpah perdekar kita
untuk ibu pertiwi

bukan. bukan untuk ibu pertiwi. ayat dia lain.
tapi saya tak ingat.

saya mula takut. saya tengok polis-polis dalam trak tu. semua tengah bersembang. tiba-tiba ada sorang polis pandang saya dan senyum.

uwaaaaa!!!! mesti dia nak suruh saya nyanyi lepas ni

ok, kita cuba sekali lagi..

inilah barisan kita
yang ikhlas berjuang
siap sedia berkorban
untuk ibu pertiwi

sebelum kita berjaya
jangan harap kami pulang
inilah sumpah perdekar kita
untuk ibu pertiwi

aduih.. salah lagi

masa tu saya tak tahu apa nak buat. saya dah mula terbayang-bayang polis tu gari tangan saya. kena heret masuk dalam kete polis. dan heri plak menangis nak ikut saya. tapi saya kena ikut polis tu jugak. lepas masuk dalam kete polis, kete tu jalan sambil bunyi siren. saya tengok adik beradik saya makin jauh… makin jauh…

lepas tu saya tengok lori polis tu dah jalan. tapi lori polis tu belok kanan. owh, ok. selamat. mesti dia nak pegi suruh orang menyanyi dulu. lega betul hati saya. tapi petang tu, meskipun dengan seluar pendek, tshirt trebor dan rambut toncang dua, saya tak keluar main dengan angah.

saya duduk hafal lagu Inilah Barisan Kita

Thursday, October 08, 2009

skala sengih

kalau dalam skala sengih, paras maksimum dia ialah 10.00


- paras skala sengih sopan saya ialah 5.00


- dan paras skala sengih sorang-sorang saya ialah 11.50

Wednesday, October 07, 2009

sedih

berat hati nak buat. tapi terpaksa buat.

Tuesday, October 06, 2009

untuk dia

saya makan cheese cake hari ni. two slices. dengan iringan doa semoga dia happy, sihat, gembira dan big enuff untuk jadi 'lelaki marlboro'

Monday, October 05, 2009

kenapa diorang pergi training dan meninggalkan saya

bila kakak rebung and kakak zela.. jap, macam pelik jer bila panggil kak zela as kakak zela. ok, tukar : bila kakak rebung and kak zela tak der, rasa rasa: 1. keseorangan. 2. kesepian. 3.kerinduan. overall: saya rasa bosan. sebab kalau dua orang perawan ni ada, saya boleh dengar telefon kak zela yang berbunyi dalam nada malu-malu dan juga boleh dengan kakak rebung bercerita tentang cardcaptor ilya dia mahupun saya curi-curi dengar gossip-gossip dia dengan wanchor. hahaha, rena, sungguh jujur penyataan ini. ampun kak, tapi kita kan berkongsi ruang atmosfera yang sama, tu sebab saya boleh dengar. dan saya macam tak sabar tahap ion-ion yang teruja dan mula melompat-lompat untuk tunggu Idea of the Month keluar. bolehla kita berkongsi neuron dan menang rm2000 sama-sama. berangan!!

minggu lepas ialah minggu kecelaruan emosi. saya takut nak telefon haiqal sebab nanti dia akan paksa saya pegi rumah dia. alasan: dia dah banyak kali datang rumah wan, so semua orang kat rumah wan kena buat site visit ke rumah dia. and he is soooooo demand. sampai hantar sms dekat saya ‘datang la..’ pada hari sabtu lepas-lepas. dan bila cubaan a.k.a paksaan itu tak berjaya, dia mula attack ayah ngah dia @ en teruna sulung (read: yang kini sudah ada anak lelaki sulung) juga dengan menghantar khidmat pesanan ringkas berbunyi ‘datang sini hari sabtu’ tapi dua-dua sms hanya mampu dipandang lesu.

sorry yer haiqal, cikna banyak keje nak kena settle. cikna ada empat sabtu jer lagi sebelum family cikshah nak datang. and empat sabtu tu dah penuh dengan agenda servis viva merah, cari cincin, cari baju, buat facial, manicure, kemas rumah, basuh karpet, makan aiskrim sedap, tengok dvd dengan ayah su dan juga main game bookworm. (sebab kalau haiqal ada, cikna tak dapat buat 3 agenda terakhir tu dengan tenang)

cerita pasal tunang. sekali fikir saya rasa macam semuanya dah ok. dua kali fikir macam banyak jer lagi yang tak ok. bila kali pertama saya tanya bonda pasal menu untuk majlis tu nanti and dia jawab ‘itu ini dan itu ini’, saya rasa ok dan sedap. tapi bila che amid tanya bonda soalan yang sama dua jam selepas saya tanya bonda, dan kebetulan saya ada disitu dan terpaksa mendengar jawapan ‘itu ini dan itu ini bonda’ buat kali kedua (kerana kami juga berkongsi atmosfera) , saya mula rasa tak ok. kalau boleh, saya sendiri yang mahu basuh kawah gulai tu sebelum makcik-makcik tukang masak tu gunakan untuk memasak gulai kawah nanti. rena, tarik nafas dan sila makan gula-gula Trebor T Drops dengan perlahan-lahan.

bab makan untuk majlis nanti saya pass baton pada bonda dan assistant dia yang diimport khas dari perak. huhu, menu makan dia berubah setiap hari. dan setiap hari juga dia menelefon puan assistant dia untuk berbincang tentang menu. oh, bondaku dah jadi jelmaan Jamie Oliver. ke dah jadi Nigella? tapi takde plak nampak dia colek-colek makanan dalam kuali tu dengan jari.

emosi makin bertambah-tambah kusut bila saya dah mula sukakan kasut Primawera warna hitam tu. tapi dengan hampa dan tak puas hati sebab tak ada saiz 6. frust sampai saya lansung tak mahu masuk kedai kasut yang lain dan balas dendam dengan beli selipar jepur gambar tulang ikan warna hijau hitam yang berharga rm10. meskipun dia komplen yang warna hitam tu nampak dull sangat dan lansung tak ranggi dan terus cuba meracun saya untuk beli sneakers warna purple dan hitam, saya rasa kalau saya beli sneakers tu saya nak bela hamster dalam sneakers tu.


hmm.. lamanya diorang ni pergi training..

Friday, September 25, 2009

budak busuk yang beraya bersama saya

hari pertama saya mula kerja selepas beraya yang sakan dengan makan-makan. bilangan ahli keluarga makin kurang. hanya che amid, bonda, saya, en teruna sulung and haiqal yang memenuhi rumah pada malam raya. tapi kami masih bakar sate, masih main bunga api, masih buat rendang and masih punya baju raya warna warni. waktu acara salam raya pun tiada lagi adegan air mata yang mengalir, hanya bergenang-genang dalam kelopak mata sahaja. lagi-lagi bila haiqal buat perangai. dia tak nak beratur untuk salam atok and wan so cikna kena bagi dia salam dulu and lepas tu, dia duduk sebelah wan as if cikna and ayah su yang kena salam and mintak maaf dengan dia.


haiqal busuk!!!


Friday, September 11, 2009

sorang lagi

satu:
hmm.. baru saja kena gertak semalam, hari ni dia dah tunjuk muka comel dia. Q.. i tak marah u lah. tapi u saje je buat tertunggu-tunggu tau. saje buat-buat jual mahal. kadang-kadang i macam penat nak tunggu u. tapi.. dua minit jer. masuk minit ketiga, i envy u balik. alahai Q...

dua:

malam tadi semua orang berkumpul di Pusat Bersalin Umra. kalau tanya haiqal knape kita datang sini dia akan jawab "nak tengok baby ayah ngah" sambil sengih-sengih and nampak gigi rongak dia.


waktu en teruna sulung sorong baby cot and bawa dia masuk dalam bilik, dia tengah tidur. kecik sangat-sangat. muka pun kedut-kedut lagi. atok masuk toilet, ambik wudhu' then azankan dia. dia buka mata, tapi diam jer. maybe sebab ayah dia dah azankan dia petang tadi, so dia tak terkejut sangat dengan alunan azan tu. ataupun sebab suara atok merdu sangat ala-ala lullaby untuk terus sambung tidur. tapi bila wan usap kepala dia, dia mula merengek. tapi wan usap lagi. usap pipi, usap dagu, dia mula menangis. agaknya tak selesa atau tak suka orang sentuh-sentuh and kacau dia tidur. tapi suara dia halus jer. sampai saya geram rasa macam nak picit-picit cuping telinga biar dia menangis lama-lama. makin lama dia nangis makin kuat. sampai misi masuk tengok. tapi misi tu senyum and then keluar balik bila kitorang cakap semua ok. dia nangis lagi. wan pun dah stop usap pipi cucu baru dia. haa.. tau takut bila budak tu tak berenti nangis. tapi lepas tu bila ayah dia panggil dia..

"qashah, tak de apa. tidur yer.. "


terus dia diam. pelan-pelan dia pejam mata dia balik and tidur.


tiga:
Qashah, welcome to the world dear. have fun and jangan risau, Qashah ada ayah and ibu untuk pimpin Qashah berjalan. Qashah ada atok and wan untuk mengadu kalau Qashah kena marah. Qashah ada Mama Reney and Ayah Lan untuk pegi jalan-jalan and mandi laut. Qashah ada abang Haiqal and kakak Anis untuk main sama-sama. Qashah ada Ayah Su untuk bawak Qashah naik motor laju-laju. and last but not least.. Qashah ada Cikna untuk beli baju Disney yang comel-comel, sarung tangan gambar rusa, botol susu bentuk kepala mickey mouse, topi jalan-jalan gambar katak, t shirt POLO, jeans GAP, selimut tebal yang ada cross stich gambar Barney, kain lampin warna warni, kelambu baby yang abang haiqal sebut as 'tudung baby' and macam-macam lagi. tapi.. itu kalau Cikna kaya la. Kalau Cikna tak berapa kaya (macam sekarang) Cikna sayang awak banyak-banyak pun cukup la yer.. ngee!!!

Thursday, September 10, 2009

Dear Q..


u kan, sombong tau.. benci!!!


Friday, September 04, 2009

si pembuli anisha



rasanya baru sangat-sangat saya bercerita tentang kelahiran anisha. kini dia ialah pemegang watak pembuli nombor satu dalam keluarga besar che amid. mangsa pembulian dia tak lain tak bukan ialah haiqal. tapi sehebat manapun dia membuli, dia pasti kalah dan menangis sekuat hati bila tengok atok pakai helmet hitam. (boleh takut tengok orang pakai helmet hitam? tak macho lansung!!) anis bakal dapat kawan. insyallah en teruna sulung akan dapat baby sebelum raya tahun ni. at last, cik dyan dapat jugak merasa macam mana ada anak sedara. hehe, cik dyan.. boleh la kita buli budak kecik tu lepas ni. saya tahu, selama ni awak tak sampai hati nak buli anak sendiri kan?? bonda sejak semalam asyik risaukan kakak ipar saya.

tekaan saya hari ini: lauk berbuka puasa dia mesti tak grand sebab dia tengah gusar dengan keadaan menantu perempuan dia yang rajin sangat basuh pinggan tu.

update terbaru: saya baru lepas telefon bonda. confirm!! bonda hanya masak gulai lemak pucuk ubi dan ikan selar goreng serta sambal belacan dan ulam timun untuk berbuka.

sabar yer bonda.. insyallah semua ok.

hmm, nanti kita sambung bila en teruna sulung dah dapat title 'ayah' ok.. saya nak telefon kakak ipar saya yang bakal dapat title 'ibu' sekejap.

Wednesday, September 02, 2009

hari hari tanpa dia

tipu kalau saya cakap ia masih hari-hari biasa. tapi tipu juga kalau saya describe ia sebagai hari-hari yang luar biasa.

hmm... *tarik nafas

tiada apa. sebab dia sebenarnya tetap sentiasa ada.

Friday, August 21, 2009

Ucapan Paling Ringkas

Salam Ramadhan untuk kamu semua.
Selamat Berpuasa. Maaf Zahir Batin

Wednesday, August 19, 2009

dia dah perasan

dia dah perasan. sedangkan saya sendiri tak sedar. saya kira mesti dah lama dia simpan nak tanya soalan ni, tapi sengaja di delay. tapi agaknya semalam dia makin pelik bila saya bersungguh-sungguh bercerita tentang filem Hindustan yang saya tonton minggu lepas. tak dapat tahan, akhirnya dia tanya jugak

“u, dah makan kerang eh sekarang? i noticed dah 3 kali u told me u mkn nasi lauk kerang. u ok tak ni dear?”

saya tak kisah kalau dia tanya pasal kerang sebab dulu saya memang tak sukakan makhluk laut yang bercengkerang itu.


tapi dia tanya saya “u ok tak ni?”

pelik sangat ke kalau makan kerang?
hmmphh!!

Tuesday, August 18, 2009

adik saya

saya dan dia beza tiga tahun. dia ialah musuh ketat saya masa kecik-kecik dulu. kami wajib bergaduh dalam sehari. dan tabiat bergaduh setiap hari itu hanya tamat bila saya masuk asrama.

waktu saya di matrikulasi dan dia di asrama, dia selalu mengadu tentang susahnya nak ikut peraturan asrama. almari baju saya ialah tempat simpanan rokok dia tiap kali dia balik cuti sekolah

bila saya masuk universiti dan dia pula di kolej matrikulasi, kami mula berkongsi duit poket. kalau che amid masukkan saya rm120 dan dia rm100, saya akan masukkan rm10 untuk dia. biar sama banyak. meskipun saya tahu di kolej matrikulasi tu, makan minum semuanya ditanggung dan dia tak perlu beli rujukan tebal-tebal atau fotostat nota bertimbun-timbun.

waktu dia isi borang UPU, saya satu-satunya ahli keluarga yang menyokong dia untuk ambil kursus kulinari di UITM tapi bila encik teruna sulung yang isikan borang UPU dia, dia dapat kursus Sains Gunaan - Pemodelan Komputer di USM

bila saya mula kerja, saya ialah bank dia. saya tak berikan dia kad atm saya tapi saya beri dia id dan password cimbclicks saya.

waktu motor dia tiba-tiba jammed di tengah jalan di penang, dia hanya bagitahu saya. lansung saya tak ceritakan pada bonda dan che amid kerana takut mereka risau. diam-diam saya keluarkan duit asb saya untuk dia baiki motor dia

waktu dia cerita yang dia fail satu paper final dan tak boleh grad tahun lepas, saya cakap “takper, pegi settle sampai habis.” itu saja.

waktu dia bagitahu yang result Final Year dia dah keluar, saya lah orang yang kena check dan print semua result-result tu untuk dia

waktu dia dapat surat konvo dari USM, dia hantar mms pada saya. gambar surat tawaran. padahal bukan tak boleh tunggu saya balik.ok, saya tahu dia excited tapi malu-malu.

waktu dia konvo hari tu, bila lihat dia berjalan-jalan dengan sut hitam dan kemeja putih siap tersarung jubah ungu di luar, saya nampak dia dah ‘besar’. saya tahu bonda dan che amid senyum lebar dalam hati. dia pegang rekod buat degree paling lama dalam keluarga kami. orang lain hanya ambik masa 3 hingga 4 tahun untuk buat degree, tapi dia sampai 5 tahun. bonda kata perangai anak bongsu memang lain sikit. saya iyekan saja.

waktu tengok balik gambar ni, saya teringat sekeping gambar tahun 1995 dulu. dalam gambar tu, kami pakai uniform sekolah. posisi masih sama, senyum juga sama. cuma sekarang, dua-dua dah tak pakai uniform sekolah dan dia lebih tinggi dari saya meskipun saya pakai heels 4 inci.

dia dah besar. tapi dia tetap adik saya.

Monday, August 17, 2009

selamat

saya dah selamat sampai KL. dah kembali kerja seperti biasa. cerita konvo nanti saya update later. dua hari cuti, kerja menimbum bagai Bukit Raja. siap kerja dulu.

kan best kalau kita boleh sama-sama tengok awan macam ni..

Wednesday, August 12, 2009

empat nota kecil

  1. saya habiskan 10 minit cari tudung hitam favourite saya tapi hampa. masuk minit ke 15, saya jumpa dia bersama dengan lipatan baju en teruna bongsu yang semuanya berwarna hitam. hampa kali kedua sebab waktu itu saya dah pakai tudung warna putih.
  2. hujan pagi selalu buat saya senyum. dan atas alasan "hujan lebat, nanti mesti lapar", pagi-pagi lagi saya jamu perut saya dengan nasi lemak lauk paru. siap request sambal lebih padahal saya dah sedia maklum yang sambal tu pedas tahap keluar air mata dan merah hidung. result: saya habiskan 1 litter air kosong sebab pedas sangat-sangat.
  3. saya jumpa roman minggu lepas untuk pulangkan novel dia yang diperam berbulan-bulan. dan sebagai saguhati, saya belanja dia yong tau fu di lrt gombak. menyesal. sekarang ni tiap-tiap hari dia ajak saya makan benda tu.
  4. saya suka lagu bila Seether nyanyi lagu Careless Whisper. tapi saya lagi suka bila dia nyanyi lagu Broken dengan Amy Lee. tapi saya lagi suka bila Amy Lee nyanyi lagu Call Me When You're Sobber

Friday, August 07, 2009

padini warehouse clearance



apa kata mereka

kak yati
"baju budak-budak banyak tapi design kurang menarik."

bad
"saya sajer je pilih baju depan kipas angin tu. sedar-sedar yang telinga saya dah basah sebab air kipas tu"

saya
"klau kamu datang dgn rm10 pun boleh pulang dengan sehelai baju. betul, saya tak tipu. baju kemeja padini harganya rm9.00"

Wednesday, August 05, 2009

membebel tak sudah-sudah

dari tadi menaip dengan harapan hasilnya ialah satu entry baru. tapi malangnya, selalu saja tekan key 'backspace' dan hasilnya ruang text ini kembali kosong.

rindu pada haiqal dan anis. rancangan hendak culik haiqal dan bawa dia ke penang minggu depan terpaksa dibatalkan. hendak culik anis, huhuhu.. saya surrender. budak kecik itu kalau dah mula menangis, lampu kuasa ultraman tiga pun boleh terbakar. saya tak mampu nak bayar gantirugi pada ultraman tiga. en teruna sulung pula tengah bersiap sedia nak jadi daddy. kakak ipar saya itu dah naik 14 kilo hasil dari mengandung lapan bulan. tak mungkin mereka berdua itu akan turut sama menikmati keindahan jambatan pulau pinang dengan awan-awan larat serta burung-burung gagak hitam yang berterbangan bersama-sama saya dan che amid serta bonda minggu hadapan. maka, saya sungguh kasihan dengan en teruna bongsu. sebab adik beradik dia yang lain seperti tak excited dan gembira meraikan hari konvo dia. hahaha..

tarik nafas

sebenarnya saya tak puas hati dengan orang-orang tingkat bawah sekarang ini. orang-orang yang HOD saya gelarkan sebagai 'id**t'. saya rasa itu kasar. tapi sesekali saya bersetuju juga dengan dia. kenapa? sebab walaupun sudah sebiji-sebiji huruf dieja membentuk nota panjang berjela, tapi masih juga mahu menelefon dan bertanya benda yang sama. ataupun sebenarnya panggilan itu hanya untuk bertanya khabar saya? hmm..

tak mengapa, kita tinggalkan saja perihal tak puas hati itu. mari kita baca quote ini beramai-ramai dan serentak. satu, dua tiga!!!


"Life is..
Leaving the house in the morning, dressed in clothes that you bought on credit card for work, driving through the traffic in a car that you are still paying for, putting in fuel that you cannot afford, in order to get to the job that you hate but need so badly so that you can pay for the clothes, car, fuel and the house that you leave empty the whole day, in order to live in it"



pandainyer...

Thursday, July 23, 2009

sihat

two things today :

1. saya belajar tentang pemakanan yang sihat

2. juga bejar tentang bahasa-bahasa email yang 'sihat'


Wednesday, July 22, 2009

en rosenizam...

saya minta maaf!!

Friday, July 17, 2009

Bugs Bunny

setiap hari dijamu dengan alasan-alasan customer yang selalu saja menidakkan hutang-hutang mereka yang tertunggak sejak zaman kesultanan melayu dahulu

tak mengapa kakak mulut bising dan runcing.. nanti bila tiba tahun arnab, hutang-hutang itu akan lupus akibat pembakaran terbuka oleh Bugs Bunny.




so, kita vote for Bugs Bunny!!!!!

rena yang berangan dan berharap agar Bugs Bunny itu benar-benar wujud dan sanggup membuat pembakaran terbuka pada tahun arnab

juga berharap agar kakak mulut bising itu akan diam bila dia tengok Bugs Bunny membakar sampah.

Tuesday, July 14, 2009

j a u h

"kita takkan pernah jauh. perasaan jauh itu sendiri sebenarnya yang mendekatkan kita"

Thursday, July 09, 2009

dalam

dalam seronok-seronok sembang-sembang dan gossip-gossip dgn akak-akak sejiranan

dalam kelam kabut dan gundah gulana bila tersalah hantar reminder letter kat customer

dalam marah-marah kat customer yang tak sabar nak suruh clearkan nama dari blacklist

dalam sakit hati bila semua kerja saya kena siapkan sorang-sorang even ada teammate

dalam senyum simpul bila kena perli-perli dengan orang-orang berkenaan

dalam penat-penat ulang alik dari gombak ke shah alam tiap-tiap hari

dalam terhimpit himpit dalam tren tiap-tiap pagi nak sampai ke ampang park

dalam ceria-ceria bunga raya waktu terima pay slip

dalam rasa takut tapi puas hati bila saje-saje pending surat customer yang berlagak

dalam sibuk-sibuk carik lagu permintaan akak sebelah

dalam tengah gedik-gedik pasang lagu Hindustan time buat keje

dalam tengah-tengah khusyuk berchatting tiba-tiba bos datang dari belakang

dalam pening-pening bila tiba-tiba bos suruh tukar format report

dalam senyum-senyum siput bila bos puji sebab sempat siapkan semua report on time

dalam secara senyap-senyap lancar perang dengan orang bangunan sebelah

dalam gigih buat budget bulan-bulan setiap kali dapat gaji
...


rupa-rupanya.. hari ni genap dua tahun saya di sini. alhamdulillah….

Wednesday, July 01, 2009

cerita crush pada abang bomba saya

masih belum tamat. saya masih lagi crush pada abang bomba. hinggakan terbawa-bawa dengar lagu hindustan waktu buat kerja.

meskipun sakit gigi, tapi masih lagi boleh ber'chori chori chupke chupke' dengan orang sebelah.

dan bila ada release letter untuk abang bomba, rasa macam tak nak fax tapi nak hantar by hand. hahaha..


rena yang sedang diserang kuman-kuman gembira, seronok, happy dan excited di atas kegembiraan orang lain. dengan kata lain, orang lain punya happiness, rena yang terlebih excited.

Tuesday, June 30, 2009

sakit gigi

pagi-pagi dah diduga dengan sakit gigi. ini semua Cadburry Hazelnut punya pasal.




tapi siapa suruh habiskan satu bar sekaligus?

Thursday, June 18, 2009

audit 09

selesai cerita audit Sirim. puas hati yang menggila bila berjaya menangkis serangan-serangan puan-puan audit yang bertubi-tubi. sungguh kritikal bila dua orang bos dan dua orang puan audit berdiri disekeliling saya dan semuanya memandang ke arah pc saya yang comel dan genit (aww!!) oh, mama.. aku mau pulang!!

u..
i dah kata, i mesti kena odit kali ni. i siap mimpi lagi tau!! u jer gelak-gelak jer masa i cakap. sekarang padan muka. sila bayar hutang ‘bet’ kita secepat mungkin. oh, aku sudah terkenang kenikmatan 'the unlimited Baskin Robin'

kak yati..
fail simpan satu tempat ok!!! hahahahaha

kak zela..
akak la penyelamat odit tahun ni. yieehaaa!!!!!

Saturday, June 13, 2009

sabtu pagi

hujan




dan saya tengah serabut dengan seribu satu perkara










Friday, June 12, 2009

kem plkn di rumah che amid

sebelum itu, sila berikan tepukan pada lagu iringan untuk entri kali ini iaitu lagu Kasih nyanyian Hetty Koes Endang.

hari jumaat yang lebih tenang berbanding petang semalam yang penuh kecoh dengan masalah tersalah alamat. hari ini hari malas-malas. bos cuti. dua teammate saya bercuti. bos kecik pun bercuti. tapi sebenarnya kalau dia kerja pun, dia tak buat kerja sangat.

dua hari cuti konon-kononnya mahu rehat. kebetulan pula cik dyan datang bercamping dengan askar-askar wataniah dia. tak perlu banyak cerita. jejak saja kaki dalam rumah, anisha kecik tu dah mula menangis-nangis. mungkin tak biasa dengan rumah atok yang banyak tangga dan ada kipas bunga-bunga dan juga lampu lawa tapi tak pernah pasang sebab mentol dah terbakar.

komen haiqal : “adik tu comel. tapi dia busuk”

komen cik na : “anis.. gi tdur dalam viva. bising jer malam-malam.”


dua hari dengan haiqal dan anis, seperti dua bulan di PLKN. saya dan haiqal ialah pelatih PLKN. anisha pula jurulatih PLKN. semua arahan dia kena patuh. kalau tak, nanti dia menjerit sampai tumbang semua tiang-tiang lampu di sepanjang kem kami. sungguh-sungguh saya tension dengan suara jeritan anis. cik dyan, maafkan saya dengan pengakuan jujur ni. tapi bila dia mula menjerit, saya rasa umpama ada orang tengah gunting-gunting comforter saya. mana boleh!! itu jer satu-satunya kejadian yang boleh buat saya tidur dengan nyenyak setiap malam.

tapi bila dia tak menjerit, bila dia asyik nak dukung dengan cikna, bila dia main pejam-pejam mata, bila sekejap-sekejap dia buat mulut muncung @ mulut cinta dia, bila dia geleng kepala banyak-banyak kali tanda tak nak dukung and nak jalan sendiri dekat Giant, bila dia bercakap sorang-sorang dengan bahasa makhluk asing dia, bila dia suap makanan sendiri sampai comot muka dan baju, bila dia pakai spek biru rm1.90 dia…


alahai comelnya anisha ni…….

Thursday, June 11, 2009

maafkan kami.. jeng jeng jeng!!

entry mintak maaf pada kak zela.. sebab menghabiskan coklat Cadburrynya tanpa rasa was-was, segan silu dan sungguh tak malu

saya tak berniat pun nak habiskan coklat akak, selalunya kan saya makan sikit-sikit jer. tapi tadi bila saya perasan ada satu akaun yang surat remindernya dah tersalah hantar pada alamat lain, saya dah jadi macam ni. walaupun tadi bos saya dah memfitnah-fitnah saya konon-kononnya itu kesilapan saya, tapi semuanya dapat saya tangkis dan lawan balik sehingga saya berjaya menuding kesilapan itu kepada sistem yang kadangkala betul dan kadangkala tak betul, saya kira.

sedikit puas hati bila akhirnya dia bersetuju yang kesalahan ini bukan dicipta oleh saya. tarik nafas dan sila bangga rena.

tapi kan kak, saya tetap tak puas hati bila sistem ni jadi macam ni. sebab tu saya makan coklat akak sepuas hati.

kak, esok saya ganti coklat akak!!!


p/s: kak yati, akak pun bertanggungjawab atas kehabisan coklat kak zela ni. jgn nak lepas tangan jer!!!!

Friday, June 05, 2009

bagus???

alangkah bagus kalau untuk mengelakkan dari tersilap cakap atau sedikit ter'laser' pada seseorang, kita hanya perlu berus gigi. hmm.. motif: sebab logik kenapa kita bermulut jahat ialah kerana dalam mulut kita terdapat beribu-ribu bakteria jahat (read: refer iklan colgate) yang (konon-kononnya) mendorong kita untuk berbahasa jahat. maka, untuk mengelakkan dari berbahasa jahat, kita perlu menghapuskan semua bakteria-bekteria tersebut. caranya: berus gigi la!!






rena yang berangan setelah tersilap berkata-kata semalam..

Tuesday, June 02, 2009

kami dah berpisah

simpan semua cerita hingga basi, bukan sengaja tapi lansung tak punya masa.

buka blog hari ni, saya macam pening dan menyampah dengan warna pink. serius, saya rasa seperti memandang surat saman DBKL sebab lupa isi coins dalam mesin yang terpacak secara serius di tempat parking 'terpilih'. dan perasaan sangat-sangat tak suka warna pink ini mengujakan saya untuk menukar warna blog ini ke warna lain. hmm.. sebenarnya, bukan mengujakan tapi saya rasa ia lebih kepada mengarah. saya rasa seperti bakal kena hukum kalau tak tukar warna pink ini kepada warna lain. bukan saja blog ini yang jadi mangsa, beg pink saya juga dah lama gantung diri di belakang pintu bilik. baju-baju pink saya pun dah lama tak merasai kehangatan dan belaian lembut seterika stim cap ayam saya. and top of that, hair dryer saya yang warna fuschia pink itu pun dah lama tak berbakti. bukan sebab rambut saya dah pandai lap badan sendiri, tapi sebab saya lansung tak lalu nak menjamah hair dryer warna pink itu.

saya rasa, zaman 'pink' saya dah tamat.




ahhh... saya betul-betul berharap perpisahan ini hanya seketika.

Friday, May 22, 2009

seminggu dengan adek manis

saya rasa minggu ini paling panjang. betul-betul tak puas hati bila semalam baru hari khamis dan bukan hari jumaat. tapi adegan drama abang motor dan awek abang motor sewaktu jalan jam petang semalam umpama belon-belon panas berwarna warni yang menceriakan hari saya yang suram dan jemu.

“sayang, len kali u jangan makan banyak sangat yer. tengok ni, motor i nak panjat bahu jalan pun dah tak larat. tak bolehla nk merempit kalau mcm ni….”

sudahlah sepanjang minggu ini tiap-tiap hari bergaduh dengan adek manis. ada saja yang dia tak puas hati dan tak suka dan geli dan menyampah dan betul-betul sakit hati. dia selalu kata saya jual mahal sebab tak pernah ajak dia keluar pegi KLCC untuk tengok wayang (dia ingat dia boleh sampai dalam setengah jam dari Penang ke KL? sungguh-sungguh penuh dengan propaganda). dia selalu kata saya kecik dan masih lagi boleh beli baju di Kids Department. dia kata saya macam hamster dalam Wonderpet. dan bila dia mula berkelakuan sedikit baik, saya pula yang akan berperasaan tak berkenan dan tak suka dan terharu dan rasa macam nak jahit usus tambahan kat perut so that boleh makan banyak and tak perlu fikir pasal dia. dialah Godzilla yang perasan besar padahal anak Godzilla itu lagi besar dari dia. dialah paus sperma yang penuh lipid di badan tetapi selalu saja merasakan penyamaran dia sebagai anak ikan bilis itu berjaya. dia ialah cipan yang asal kejadiannnya ialah penyedut hampagas tapi secara tak sengaja disihir oleh ahli sihir lalu menjadi seekor cipan.


huh!!

Wednesday, May 20, 2009

its pink again!!!

warna pertama untuk blog ini tiga tahun lepas


Wednesday, May 13, 2009

cerita Hari Ibu 2009

it started with haiqal and the marvellous statement (yet not true) on friday

"mama, cikgu kata isnin cuti"


dan mama, lansung percaya dengan kata-kata haiqal
(read: mama ni tak boleh jadi pemberita. orang bagi statement, main ambik jer.. tak der plak nak tengok kalender or such)

dan bila mama sampaikan statement haiqal (yet not true) pada wan, apa lagi...

hari ahad tu, wan ajak semua orang pegi PD
(but of course atok yang kena drive sebab cikna bagi alasan cikna tak tau jalan. hahaha, bravo che amid!!!)

and haiqal...

setelah puas mandi laut, setelah puas kejar and gali anak ketam, setelah puas memenuhkan perut dengan nasi lemak wan, tiba-tiba ditanya secara tidak sengaja oleh cikna.

"betul ke qal esok cuti?"

sambil baring-baring atas towel cikna (towel baru okey!!!) dengan senyum lebar, dan kaki bersilang.. dia jawab

"eqal sekolah la esok... mana ada cuti"



haiqal... u rawks!!!

Tuesday, May 12, 2009

rasa

rasa macam nak menjerit
tapi suara saya tak kuat

rasa macam nak melompat
tapi kaki saya tak panjang

rasa macam nak menyanyi
tapi suara memang tak sedap

rasa macam nak makan pizza
tapi takut lemak makin membiak

rasa macam nak senyum lebar-lebar
tapi takut bibir terkoyak

rasa macam nak balik
tapi kena tunggu 5.30pm


huwaaaaaaa!!!!

Friday, May 08, 2009

random things I

sebab dah lama tak update.. saya bagi rumusan untuk kamu

hubungan saya dengan viva merah saya sudah melebihi setahun. kami sudah 'renew' perjanjian hubungan baru untuk setahun lagi disaksikan oleh JPJ dan Mayban Etiqa

en teruna bongsu sudah tamat pengajian. kini bersenang lenang di rumah 24jam sehari. remote astro kini beralih tangan. kini semua terpaksa tonton rancangan pilihan dia.

outing saya dengan tuan-tuan puteri hari itu, menghasilkan beberapa voucher KFC, sample produk Biotherm dan sehelai dress warna ungu yang cantik.

oh ya.. saya dengan rasminya telah mengumumkan cerita skandal saya yang selama ini menjadi rahsia kepada mereka

anis dah pandai berjalan. tapi masih belum cukup latihan, kata cik dyan

mat jan emailkan saya gambar terbaru dia.. tetap dengan baju hijau kegemaran dan memakai topeng death vader. kesimpulan: dia tetap gila macam dulu

sifat tamak saya semakin menjadi-jadi. meskipun baru saja membeli sehelai dress ungu, tapi saya tengah angaukan sehelai dress putih pula

aktiviti jalan-jalan ke pesta buku hari itu berakhir dengan lambakan novel-novel di dalam bilik tapi semuanya masih belum saya baca hingga sekarang

sejak isnin saya asyik mendengar lagu Mad World nyanyian Adan Lambert.. suara Adam ni rawks!!!

untuk tiga minggu saya hanya perhatikan dia. baru minggu lepas saya dapat dia. (read: dia = beg besar warna krim dengan bunga besar warna coklat)

Thursday, May 07, 2009

heroes

ini poster company. sebagai membakar semangat pada mereka yang berhabis tenaga manarik kabel di Tanjung Karang.

dan model-model di dalam poster tu... yup, semuanya staff TIME.

hmm, siapa kata muka macho jer boleh jadi model???

Tuesday, May 05, 2009

dan sebenarnya..

"adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untuk mu dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku"

- yuna~ dan sebenarnya

sebenarnya, saya benci bila sms saya tidak dilayan dan saya tahu dia sibuk dengan upacara makan-makan. dia hanya balas sms saya dengan smiley senyum warna kuning.

Monday, May 04, 2009

rumusan cerita keliwon minggu lepas oleh adik beradik saya

hantu pocong tu kedekut. ambik kain kapan sikit pun dah marah-marah. siap pegi mintak balik tu. huh!!

Thursday, April 30, 2009

fact of the day

ok, saya dapat fakta ini dari wiki:

dalam proses pembiakan kuda laut, spesies jantan aka en. daddy akan memeram (erk, ada ke perkataan ni dalam kamus?) telur dan menjaganya dalam perutnya sendiri sehingga telur-telur tersebut menetas. manakala pasangan kuda laut jantan (semestinya kuda laut betina aka pn mummy) hanya akan datang melawat en daddy setiap pagi untuk beberapa minit sahaja sepanjang proses kehamilan tersebut.
saya rasa itu romantik sangat-sangat.



SELAMAT HARI PEKERJA UNTUK KAMU!!!


Wednesday, April 22, 2009

menu makan saya

saya rasa saya dah tak mahukan appetizer...

kenyang..


dan saya rasa...

saya sudah sepenuh hati untuk abaikan mana-mana menu appetizer meskipun saya tak pernah merasainya..


sebab sekarang...



saya mahu simpan perut untuk main course dan juga dessert..

ngee!!




:: yer, saya pun tak tahu kenapa entri ini wujud

Wednesday, April 15, 2009

saya tahu dia sakit..

tapi saya tak mampu nak tolong dia...

dia yang biarkan diri dia dipanah cinta..
.
..
...
.....
......
.......
........
.........
..........
...........
............
.............
..............
...........
.......
....
...
..
.
.

Monday, April 13, 2009

dan ketahuilah...

saya tahu saya tak patut biarkan virus-virus jahat ini membiak sesuka hati. tapi, jika saya selesema sekalipun, saya perlu telan sekurang-kurangnya dua biji ubat selesema untuk baik. dan ketahuilah, virus jahat ini jauh lebih jahat berbanding virus selesema. maka saya perlu lebih banyak pil dan masa yang lebih lama untuk recover...

Monday, April 06, 2009

baju baru

dia belikan saya sehelai baju glow in the dark..

dan semalam, sengaja saya tak pasang lampu di bilik semata-mata mahu lihat gunung kinabalu itu glowing.. lansung tertidur dalam gelap..

kalau boleh, saya nak padamkan semua lampu dalam rumah, dan berjalan-jalan dengan baju baru ..

ngee!!!

Wednesday, April 01, 2009

layan mellow dengan lagu French

ok, kita layan lagu sekejap.. kalau kamu tonton Mukhsin, pasti tahu lagu ini.

I offer you
pearles of rain
coming from countries
where it never rains

I will cross the world
until after my death
for to cover your body
with gold and bright light

I will give you a kingdom
where LOVE will be king
where LOVE will be the law
and where you will be queen


Ne Me Quitte Pas (Don't Leave Me)- Jacques Brel

Tuesday, March 31, 2009

r a j u k

dia merajuk. belum sempat habis bersembang ditelefon dia terus talian dimatikan. aduih!!














haiqal.. haiqal...
takkan la pasal kereta shell pun nak merajuk dengan cikna....

Monday, March 30, 2009

sour to the sweet

"and I know sour, which allows me to appreciate the sweet"
~vanilla sky

Friday, March 27, 2009

lebih manja dan mesra

okey, ini bukan entri untuk mengagung-agungkan bahasa asing. tapi kamu banding saja dua perenggan di bawah. kedua-duanya adalah perenggan terakhir untuk surat yang sama cuma berlainan bahasa.


surat 1
Sebarang kesulitan adalah amat dikesali. Kerjasama anda amat diharapkan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami. Terima kasih.

surat 2
We regret if this has inconvenienced anyone in the least but please rest assured that we only have your best interests at heart. Thank you.


saya rasa surat dalam bahasa inggeris ini lebih 'manja dan mesra'... siapa setuju, angkat tangan.

owh, ok.. saya faham. kamu sedang pegang mouse. sebab tu tak angkat tangan. ngee!!!

Thursday, March 26, 2009

jawab tag ...

... sempena hujan lebat dan saya sungguh 'blank' untuk menambah entri

1. put your mp3 player on shuffle.
2. press forward / next for each question.
3. use the song title as the answer to the question even if it doesn't make sense.
4. no cheating!

jawapan saya :

1.How are you feeling today? One Last Breath - Creed

2.Will you get far in life? Karma - Alicia Keys

3.How does your family see you? To Be with You - Mr Big

4.How does your other half see you? Shizuka - Redline

5.Will you get married? Can’t Fight the Moonlight - Leann Rimes

6.What is your theme song? The Scientist - Coldplay

7. What is the story of your life? Graduation Song - VitaminC

8.What was high school like? Sehidup Semati - Juliana Banos & Indigo

9.How can you get ahead in life? Sway - Pussycat Dolls

10.What is the best thing about your friends? Because I’m A Girl - Kiss

11.What is today going to be like? Always - Bon Jovi

12.What is in store for this weekend? Tentang Seseorang - OST Ada Apa Dengan Cinta

13.What song best describes you? Fly Away From Here - Aerosmith

14.To describe your parents? Drive - Incubus

15.How is your life going? Dekat Padamu - Yusry KRU

16.What song will they play at your wedding? Leaving On A Jetplane - Fiona Apple

17.What song will they play at your funeral? A Long December - Counting Crows

18.How does the world see you? When I Came Around - Green Day

19.Will you have a happy life? Cinta Kita -Teacher’s Pet

20.What do your friends really think of you? Lara Hati- Katon Bagaskara

21.Do people secretly lust after you? Those Were The Days - Mary Hopkins

22.How can I make myself happy? Fly Me To The Moon - Diana Krall

23.What should you do with your life? Purnama Merindu - Siti Nurhaliza

24.What kind of career would be great for you? I Will Survive - Cake

25.Will you be happy? Deep Inside of You - Third Eye Blind

Wednesday, March 25, 2009

entri langit biru dan awan putih

normal kan...

bila ada pemangkin yang buat kita seronok, mesti hormon-hormon badan akan berusaha lebih gigih untuk menghasilkan satu atmosfera gembira di sekeliling kita. langit hari ini, cantik dengan warna biru. awan hari ini, comel dengan warna putih dan gebu-gebu. kan bagus kalau tiap-tiap hari langit dan awan macam ni..










nota kaki untuk cik eza:
kalau makan jangan cakap banyak-banyak, nanti liza blur

Friday, March 20, 2009

kisah sombong hari itu

jam 6.35am, baru saja saya membelok masuk untuk parking viva merah di lrt taman melati saya nampak dia. duduk di kawasan pejalan kaki. termenung. betul-betul menghadap viva merah saya. dia nampak kesejukan. kesian. cepat-cepat saya matikan lampu kereta. takut dia silau. waktu turun, saya tegur dia.

"hai"


diam


saya pandang dia.


"sakit ke ni?"


dia diam lagi


selepas itu dia mendongak. memandang saya


kemudian perlahan-lahan dia bangun


berjalan


meninggalkan saya





heeee... sombong betul kucing tu!!!

Thursday, March 19, 2009

saya dan dia..

.. macam main hide n seek.. mana-mana saja saya menyorok, pasti dia akan cari saya sampai jumpa

.. macam main kejar-kejar.. jauh mana saya lari, dia mesti kejar. meskipun dia penat, dia hanya berehat seketika sebelum menyambung balik untuk mengejar saya

.. macam memancing.. dia akan guna umpan sebagus mungkin agar saya tersangkut

Tuesday, March 17, 2009

dia pesan...

saya tahu lansung tidak adil bila satu kesilapan yang datangnya dari kita, tapi atas sebab-sebab terkecuali (atau yang selayaknya saya sebut faktor imuniti) kita terlepas dari tanggungjawab kesilapan tersebut. walaupun bukan sepenuhnya tapi, andai kata wujud skala tanggungjawab terhadap kesilapan ini, skala tanggungjawab kita hanya 3 daripada 10. dan the 7 out of 10 itu dilandaskan pada bahu orang lain yang mana atas sebab-sebab tertentu terpaksa memikul tanggungjawab tersebut. sungguh-sungguh tidak adil bukan? dan atas sebab-sebab tidak adil ini saya betul-betul merasa bersalah terhadap kumpulan 7 out of 10 ini.

tapi dia pesan..

“hidup ini kan roda. bila kita diatas, maka ada yang terpaksa berada di bawah. nak tak nak, diorang terpaksa menampung kita yang diatas. nanti sampai masa, mereka pula yang akan berada di atas. dan orang lain yang akan berda di bawah. dan kamu, suatu hari nanti kamu juga akan berada di bawah supaya orang lain boleh berada di atas. faham?”

hmm... tapi saya masih lagi rasa bersalah

Monday, March 16, 2009

request pada bulan dan bintang

bulan dengarkan lantunku
bintang temanilah aku
terangi gelap malamku
-penantian by kertas band



tapi andai bulan dan bintang tak pedulikan saya, tak mengapa. sebab saya tahu, dia tetap ada dengan lampu suluh dia untuk menyuluh malam saya...

Tuesday, March 10, 2009

salam

saya selalu hilang butir bicara bila berada disini. yang laju hanyalah juraian air mata..

salam takziah untuk dia..

Friday, March 06, 2009

kena culik

kisah katak kecil yang sedikit malang dah berakhir. sekurang-kurangnya dia tak perlu lagi melompat-lompat ke sini sana untuk mencari makanan (ini ayat penyedap hati sebenarnya). ada kisah baru. kisah sombong. tapi lain kali lah saya cerita. saya masih sedikit excited dan takut untuk kisah cuti tiga hari hujung minggu ini. mohon pada Dia, semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar, Insyallah....

mielia culik saya tengahari tadi. itupun dengan bantuan seorang kakak sepejabat dia. thanks yer mielia, nanti jangan segan-segan culik saya lagi tau...

Thursday, March 05, 2009

drama katak dan viva merah

semalam, ada katak kecil seronok melompat-lompat di tengah jalan menghampiri lampu viva merah saya dan tiba-tiba saja, tanpa saya sedar... saya dah pijak katak kecil tu.





para pelakon:
katak kecil : saya
viva merah : dia

Friday, February 27, 2009

tentang masa yang berubah tapi bukan hati

dulu.. bila waktu cuti hari minggu atau cuti am, kami adik beradik pasti berkumpul di rumah, berkubu di ruang tamu kecil kami yang ada tv dan juga sofa yang sudah buruk. saya, angah dan heri. bersembang hingga masing-masing ketawa sampai merah muka dan sakit perut. ataupun aktiviti movie marathon dengan coke dalam satu gelas yang dikongsi tiga beserta nugget, sosej dan fries dalam satu pinggan. seronok. walaupun kesudahannya hanya saya seorang yang terpaksa membasuh pinggan dan mengemas kembali ruang tamu kecil itu, saya tak kisah, saya kan anak perempuan.

malam pun sama, ruang tamu kecil itu tetap menjadi port kami. remote selalunya di tangan heri kerana abang dan kakaknya malas untuk menukar channel. terutamanya saya, saya hanya ikut saja menonton apa yang mereka tonton. meskipun waktu itu mereka menonton UFC - Ultimate Fighting Championship, rancangan realiti yang mana 'konsert mingguan'nya di berlansung di gelanggang yang penuh dengan aksi tumbuk menumbuk dan sepak menyepak hingga berdarah hidung ataupun lebam di mata. dan kadangkala, kami bertiga akan menghabiskan malam kami di situ. angah tidur di sofa 3 seat, saya di sofa 2 seat dan heri di bawah, siap dengan toto dan selimut.

sesekali cik amid akan kejutkan kami dan mengerah kami naik ke bilik tapi selalunya hanya keluhan ini yang terkeluar "penat jer buat bilik sorang satu kat atas. alih-alih depan tv jugak semua-semua tidur"

pernah juga sekali dua bilik saya jadi port mereka. bila heri mula petik gitar, angah akan menyanyi dengan rokok di jari dan saya selalunya akan berusaha untuk menjadi penyanyi latar dengan niat merosakkan melodi sambil melipat kain ataupun menggosok baju. ataupun kami akan bertukar port ke bilik heri. heri masih lagi akan petik gitar, angah masih lagi dengan rokok di jari tapi saya pasti di atas katil heri baca komik shin chan ataupun doraemon.

tapi itu dulu. masa berubah. itu sebelum angah kahwin. sekarang, dia sudah ada komitmen baru. sudah ada tanggungjawab besar, juga bakal jadi ayah september ini, insyallah. bukan dia abaikan saya dan heri, tapi kami juga faham dia kini sudah ada isteri. kini hanya saya dan heri yang tidur di ruang tamu, yang menonton movie korea (tapi kami dah tukar port, bilik heri sebab ada pc) dan yang melalak lagu-lagu rock 80-an di dalam bilik. sesekali, angah ikut juga tapi sebagai penampilan istimewa, bukan ahli tetap.


dan saya ingat lagi, malam itu.. di port biasa kami.. beberapa bulan sebelum angah kahwin

saya : yie, nanti kalau angah kahwin.. mesti kita bosan kan. dah tak cukup geng..
heri : kalau angah kawin, kita ok lagi ina.. at least kita dua orang.. nanti ina kawin lagi la bosan. orang tinggal sorang-sorang tau...




entri ini, hanya luahan.. yang saya rindukan mereka. juga rindukan kakak saya (read: yang sudah berkahwin awal-awal. sebab itu dia tak pernah turut serta dalam aktiviti tidur di ruang tamu. tapi dia wakilkan haiqal untuk turut serta dengan kami)

Thursday, February 26, 2009

Tag Art

1. saya orang Kelantan. kod negeri dalam ic saya ialah 03. dan di rumah, kami semua menggunakan bahasa Kelantan untuk berkomunikasi

2. saya hanya memerlukan nasi dengan telur dadar kosong untuk mengenyangkan perut saya dan membuatkan saya tersenyum comel

3. Cpu saya waktu di universiti dulu namanya Kapten Razak

4. saya boleh lupakan Haagen-Dazs jika saya dapat Tropicana

5. antara teh dan Nescafe, saya lebih sukakan Nescafe

6. perkataan English pertama yang saya belajar dari abang saya ialah ELEPHANT

7. masa saya kecik-kecik, setiap hari saya akan bergaduh dengan adik saya hingga bonda pun dah bosan dengan aktiviti harian kami tu

8. tapi sekarang, dia dah jadi adik yang baik dan kadangkala abang yang baik pada saya

9. saya rasa tiga tahun di universiti seperti tak cukup, saya nak jadi student balik!!

10. saya suka handcraft. saya tak kisah kalau tak makan pun bila dah start buat keje-keje ni

11. saya pun tak tahu, bila nampak kucing saya pasti akan senyum

12. saya tak boleh skip meals. nanti saya sakit perut

13. selain itu, saya juga tak boleh makan terlalu banyak atau terlalu sedikit, juga akan sakit perut

14. saya selalu rasa bersalah selepas saya marah pada seseorang

15. saya suka buat jigsaw puzzle 1000 pieces dan bila siap, simpan bawah katil

16. pernah cuba buat kek badam. tapi disebabkan terlebih taruk esen badam, en teruna sulung pening kepala

17. saya kurang suka kari, atau apa saja yang bersantan

18. tiap kali makan, saya akan pastikan tiada sebiji pun nasi tertinggal dalam pinggan saya.

19. dulu, waktu saya sekolah rendah, bonda suka potong pendek rambut saya hingga ramai makcik di Pasar Besar Siti Khadijah tersilap memanggil saya ‘awang’

20. saya tak suka sos tomato dan sos cili. maka tiada istilah ‘sos lebih’ dalam burger gerai saya

21. saya suka warna pink tapi saya tak suka air bandung

22. saya tak suka nasi kerabu

23. saya tak pernah ada baju kurung warna hitam

24. saya sanggup tengok kartun Keroro daripada tengok drama melayu bersiri yang bosan. Berusaha askar-akskar semua!!!

25. saya teringin sangat nak minum vitagen masa jawab tag ini.

Wednesday, February 25, 2009

Monday, February 23, 2009

e m a i l y a n g s a y a t a k s u k a

gelisah. sekejap-sekejap check email. tiba-tiba saya jadi takut dengan MS Outlook itu. takut jika ada email baru. takut jika dia hantar email lagi. sebab bila dia hantar email, semua jadi huru hara. semua jadi kelam kabut. semua jadi tak menentu. sebab bila dia hantar email, saya mesti susah nak sambung kerja sebab saya akan asyik baca berulang-ulang kali email dia. dan walaupun saya berjaya buka MS Excel untuk sambung kerja saya, saya masih lagi fikirkan tentang isi email dia. dan masa itu muncul juga beratus-ratus soalan yang saya sendiri pun tak tahu jawapannya namun saya tetap tak mahu tanya dia. dan saya akan mula menyusun ayat sebagai balasan email untuk dia. dan tanpa saya sedar, muka saya memang betul-betul serius waktu itu. makin cepat la keluar semua kedut jahat di muka saya nanti.. isk!!!


kenapa dia hantar emel???

ah, tak sukanya saya!!!!!!!
(kalau boleh saya mahu font yang lebih besar untuk ayat ini)



Friday, February 20, 2009

amir yusuf

lima kali sehari. saya tak pernah lupa titipkan doa untuk dia. dan setiap kali itulah juga mata ini berkaca-kaca..

amir yusuf, kamu sentiasa dalam doa saya. doa yang saya mohon sangat-sangat pada DIA untuk cepat-cepat diperkenankan, untuk cepat-cepat dimakbulkan..

dan untuk kamu fajar dan isteri, saya kagum dengan kekuatan kamu berdua. ternyata, amir yusuf mewarisinya.

Tuesday, February 17, 2009

apa kata dunia

saya dah cari macam-macam resepi sandwich

saya dah baca semua spam-spam email saya

saya dah cari dan dengar lagu yang saya rasa dah lama saya tak dengar

saya dah buat macam-macam aksi akrobatik pada katak hijau saya

saya dah susun semua fail-fail saya dalam folder cantik-cantik

saya dah berjaya settlekan 7 sudoku

saya dah hoping ke banyak blog hingga saya sendiri lupa website mana sebenarnya yang menjadi tapak mula hoping saya

saya dah puas bergaduh dengan en paus yang penuh lipid sehinggalah dia sign out dari YM dia

saya dah habis cerita untuk bersembang dengan stella. sudah hampir pecah perut saya gelakkan dia bila dia cerita tentang kaler baru rambut dia


saya dah buat macam-macam tapi kenapa jam tu masih belum pukul 5.30??????

okey, ini entri bosan saya. entri bosan dan blank. entah bila akses sistem ini akan kembali ok. tapi buat sementara waktu itu, saya hanya akan melayang-layang dalam sawang-sawang yang kadangkala punya haruman vanilla dan kadangkala punya bau kopi pahit dan pekat. lagu ini untuk kamu. komen saya tentang lagu ini? lirik, muzik dan suara penyanyi-penyanyi dia.. semuanya bergabung dan membentuk satu istilah: INDON

apa kata dunia bila ku tak bersamamu
apa kata dunia bila melihatmu menangis

buah semangka di dasar laut
tak disangka hatiku terpaut
- apa kata dunia : melly feat dedi mizwar

Monday, February 16, 2009

playlist saya

kakak rebung sudah semakin bijak sebab dari tadi main game susun-susun gambar. mesti IQ saya nanti tak setanding dia. isnin. biasalah, semua mellow-mellow lagi untuk buat kerja. lagi-lagi bila 'main system' sedikit tak stabil. maka, sebarang kerja yang berkaitan dengan customer terpaksa dipending. takut-takut data tak update. hmm.. sebenarnya ini alasan kami kepada bos supaya kami boleh berpoya-poya barang seminit dua.

playlist saya penuh dengan lagu melayu sepanjang zaman hari ni. mula dengan lagu Tan Sri P. Ramlee, Saloma kemudian ke zaman lagu A Ramlee, A Romzi and the Hooks, Sanisah Huri, Rafeah Buang, Suhaimi Meor Hasan dan beralih ke zaman Francesca Peter, Zaiton Sameon, Razis Ismail, Gingerbread, Kenny Remy and Martin dan selepas itu melompat ke zaman Wings, Search, Gersang, Ekamatra, Exist, Damasutra, Samudera dan selepas itu zaman dah mula sedikit berubah, Siti Nurhaliza, Nora, Liza Hanim, Nurul & Ajai and lepas tu keluar pulak Misha Omar, Anuar Zain, Flop Poppy, Spider dan sekarang lahir pula Hujan, Meet Uncle Hussein, Bunkface dan macam-macam lagi yang saya tak ingat dan tak tahu. ok, itu saja cerita playlist saya. tapi sepenuh-penuh lagu dalam playlist saya hari ini, ini jadi favourite saya..

"Ku mohon kan yang indah pada mu untuk ku tatap menawar resah ku kekal aku di situ harungi cinta"

hmm.. mestila lagu nyanyian ezad exist pujaan hati saya. *love

Thursday, February 12, 2009

H A J A T

Oh sayangku
Lupakanlah semua
Hajat untuk memiliki
Diriku ini
Tak sanggup rasanya dirimu dicerca
Maka retak kasih saudara

Kita saling kasihi
Jadikanlah itu memori
Sayangku moga engkau tahu
Tidak semua cinta bersatu

lagu ini untuk kereta Naza Suria merah yang saya gila-gilakan suatu masa dulu. sebelum saya berkeputusan untuk memilih Viva merah itu

Tuesday, February 10, 2009

baja bunga untuk bonda

hari selasa ketiga saya di glenmarie. sudah semakin sebati dengan jadual baru. turun dari rumah jam 6.30am. naik tren jam 6.45am (message utk art: parking kat taman melati free tau. repeat: F R E E) berkumpul dengan ahli-ahli kumpulan bas biru yang lain di ampang park dan bertolak ke glenmarie jam 7.20am. pukul 8.00am, saya sudah senyum-senyum di hadapan bangunan TIME di glenmarie. yeay!! waktu saya keluar, langit masih gelap. waktu saya pulang, langit hampir gelap. saya habiskan lebih dari 12 jam setiap hari untuk kerja. hanya tingal waktu makan malam sehingga jam 10 untuk saya membuka kabinet persidangan dengan bonda. tapi bila carita-cerita politik malaysia semakin 'panas' sehingga membuatkan cerita-cerita hiburan menjadi sedikit 'suam', kabinet saya dan bonda terpaksa bersidang sedikit lewat kerana memberi laluan kepada berita jam lapan malam. dan bila kami bersidang lewat, hanya sedikit sahaja usul-usul baru yang boleh diutarakan sebab jam 10 bonda sudah masuk tidur. meninggalkan saya terkontang kanting menonton tv keseorangan. kesian kan?


maka atas sebab tak puas hati, tiga hari cuti minggu lepas saya tarik bonda temankan saya pergi Giant, pergi tengok orang sambut Thaipusam, pergi kedai binatang peliharaan, pergi beli buah dan sebagai upah, saya belikan bonda sepaket baja bunga. ngee!!!!

Friday, February 06, 2009

hujan

hujan lebat pertama sejak saya di glenmarie. bunyi hujan disini bising sangat-sangat. tiba-tiba saya teringin nak minum air laici

Thursday, February 05, 2009

email

saya dapat emel mat jan hari ini. emel kedua dari dia sejak dia di uk. mat jan di uk? hmm, begitulah ceritanya. makhluk jahat itu sudah tidak lagi menghantui hidup saya secara live. mat jan kini di uk, menyambung pelajaran untuk dua tahun. dan selama dua tahun ini, dia hanya mampu mengganggu dan mengacau saya secara maya. tipu kalau saya katakan yang saya seronok bila dia jauh. emel dia tadi lagi buat saya rindu dia meskipun emel dia penuh dengan unsur-unsur busuk hati dan bersifat pengganas. dia masih lagi mengungkit dan merungut konon-kononnya saya tak tepati janji. berjanji mahu temankan dia naik erl dari kl sentral hingga ke klia tapi sampai sudah saya tak muncul-muncul. hello, saya demam ok!! please dont expect dengan demam 42'C saya boleh keluar bermain-main papan gelongsor dengan kamu. kalau saya tak pitam, confirm che amid yang datang dan melaung-laung sampai kita dua pitam. hehe..

Wednesday, February 04, 2009

Saya Gila Lagu Ini Sejak Minggu Lepas

... hampir melenakan aku semula
dalam lenaku yang tak lena
kau juga tak lena di sana kerana beberapa malam ini
telah ku jelajahi kegelapannya bersama mimpi-mimpi ...


senandung untuk zubaidah - kopratasa


Monday, February 02, 2009

lama kan tak update? saya baru baik demam sebenarnya..

Friday, January 23, 2009

abg sivaji kami

pagi tadi, semua orang yang naik bas kompeni bertepuk tangan bila abg sivaji alias driver bas kami mencilok masuk dengan cara yang dimarahi oleh semua pemandu lain di satu simpang berhampiran ofis kami. semua ini sebab tak mahu kami lewat sampai ke ofis

Thursday, January 22, 2009

entri pertama saya sejak 'berumah' di glenmarie

1. aktiviti saya pada hari pertama ialah berjalan-jalan di Giant dan berbual-bual dengan ahli-ahli kumpulan bunga merah yang lain sambil makan kacang. memandangkan pc kami masih belum diangkut dari office lama, maka itu sahaja aktiviti yang kami fikir dapat menjana perkembangan diri masing-masing.

2. tempat kerja saya sekarang ialah seperti sebuah dewan dengan dinding kaca. semua orang boleh lihat saya dari luar. malu...

3. makcik tea lady floor saya ini tak peramah. saya senyum pada dia waktu bertembung di pantri pun dia hanya pandang mug finding nemo saya. isk..

4. angin di tempat saya kuat sangat. mengambil iktibar pada kesejukan hari pertama, saya bawa sweater pada hari kedua dan sepanjang hari saya berkelubung dengan sweater ala-ala orang eskimo. biar apa saja orang kata, yang penting pipi saya tak kesejukan.

5. 'bising'. ini istilah tambahan untuk tempat kerja baru saya. tapi bila tempat kerja kamu seakan sebuah dewan yang disusun dengan barisan meja dan kerusi untuk 50 orang, tanpa sebarang partition, mana mungkin dia boleh sunyi kan?

6. saya suka pemandangan luar office ini. saya boleh langit putih beserta awan gebu-gebu yang cantik. tapi bila empat orang cina muda bertungkus lumus 'tinted' semua cermin semalam, saya rasa setiap hari Glenmarie ini mendung dan bakal hujan.

7. meja saya bersebelahan dengan mesin fotostat. maka secara tak lansung meja saya jadi meja tumpangan untuk sesiapa saja yang ingin menyusun kertas, pinjam stapler, mintak paper clip, pinjam gam dan segala-galanya.

Wednesday, January 21, 2009

Tag Andes

1.Kalau kau tinggal seorang diri di dunia ini. Apa kau akan buat?

hmm.. kumpul barang makanan n semua benda-benda keperluan lain, kumpul sumber tenaga such as petrols, gas dan segala benda yang saya rasa berguna, kumpul senjata, buat tempat perlindungan yang paling selamat (saya dah terpengaruh dengan filem I Am Legend)


2. Apa kau akan lakukan jika kau hanya tinggal 24 jam sahaja untuk hidup dan kau boleh lakukan apa saja di seluruh dunia?

solat sunat taubat sebanyak mungkin, minta maaf dengan semua orang, habiskan masa saya dengan orang-orang yang saya sayang, pesan pada mereka tentang hutang-hutang saya yang belum langsai (jika ada) siapkan semua persiapan untuk majlis pengebumian saya such as tempah batu nesan, beli kain kapan so that saya tak perlu susahkan sesiapa

3. Berikan 5 nama untuk kau bawa ke mana sahaja. Dimana dan kenapa? (keluarga dikira satu)

1. same with cik puan andes, firstly saya nak bawa bonda dan che amid ke mekah untuk tunaikan haji

2. lepas tu saya nak bawa anak-anak sedara saya masuk petrosains sebab saya malu nak masuk situ sorang-sorang

3. saya nak bawa kawan-kawan rapat saya pergi piknik miknik sebab dah lama bangat saya tak sembang dan makan-makan dengan diorang

4. saya nak bawa dia pergi Honda showroom dan sama-sama menikmati keindahan Honda City baru. hmm.. tiada sebab spesifik, saja bagi dia jeles tengok Honda city tu

5. saya nak bawa mat jan, roman, rafiq, stella, anil, tikoos and amrin naik roller coaster. kenapa mereka? sebab 3 dari mereka takut naik roller coaster and the rest tu gila naik roller coaster.

4. 3 sebab anda berblog?

1. saya suka bercerita

2. sekurang-kurangnya, saya lepaskan rasa tak puas hati saya pada keyboard dan bukan pada mana-mana makhluk bernyawa

3. and of course saya perlu rekod secara bertulis semua perkara manis yang berlaku dalam ‘dunia’ saya

5. 2 cara untuk mengubah dunia?

1. being a good person - jika kamu mahukan sebuah dunia yang aman damai dan selamat untuk didiami

2. buat pembakaran terbuka sesuka hati- jika kamu mahukan suhu dunia kita naik secara mendadak

6. Siapakah sahabat pertama kamu

Fatin Hakimah bt Abd Rahim. known her since i was 6 years old. being in the same class untill standard six. lost contact for 6 years. but we met again at university. what a small world!!

7. Apakah mimpi kau yang paling teruk?

saya mimpi bonda meninggal. dalam mimpi tu saya dan semua adik beradik yang lain menangis di depan jenazah bonda, dan bila saya sedar saya masih lagi menangis teresak-esak. hmm, itu mimpi saya 18 tahun yang lepas.. see how ‘teruk’ it is, sampai sekarang pun still teringat kan mimpi tu

8. Kau bagaimana orangnya?

kadang-kadang saya banyak cakap. tapi kadang-kadang saya hanya suka dengar orang bercakap. dan bila saya rasa saya tak perlu cakap apa-apa, saya hanya senyum. saya tak suka menyusahkan orang tapi saya tak kisah untuk tolong orang

9. Terangkan kau punya cara?

i am miss right and wrong. saya buat apa yang ‘right’ dan saya cuba elakkan semua yang ‘wrong’

10. Kau seorang pembuli?

saya buli adik saya dengan berpura-pura baik terhadap dia, menyokong semua keputusan dia, membantu dia dalam hal kewangan dan selepas itu saya saiko dia untuk belikan saya hadiah yang mahal-mahal.

11. Sila tag 4 orang untuk membuat tag ini.

1. amrin

2. amrin

3. amrin

4. amrin
bro, sila buat tag ini EMPAT kali ok!!

Monday, January 19, 2009

h a j a t

bukankah sudah tertulis dalam kitab kehidupan bahawa tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan..

kenapa jarang sekali kita iringkan hakikat ini dalam hajat kita...

dan kenapa waktu bila kita ditinggalkan dengan hajat yang tak terzahir.. baru kita mula berfikir dan sedar tentang lekanya kita dalam mengisi semua waktu sebelumnya..



ada perkara yang boleh diundur, ada cerita boleh diulang, tapi bukan semuanya. ada ketikanya peluang itu datang berkali-kali, ada masanya kita hanya diberi sekali..

dan jika perkara itu sudah terlajak, ceritanya sudah tamat, peluangnya juga sudah sekali kenapa perlu menyesal sekalian alam? kenapa perlu menangisi seluruh kehidupan..


tak perlu.

"hajat yang tidak mendapat,adalah nikmat yang paling padat"
saya masih fikir dari mana datangnya quote ini..

Friday, January 16, 2009

entri pindah memindah

hari ini semua orang berlagu riang sebab tak perlu buat kerja. yer, bila semua barang sudah masuk kotak, apa lagi yang boleh dibuat? hanya duduk bersaja-saja sambil buat-buat ada kerja. tapi bila berita terbaru tersebar "movers tak boleh nak complete angkut barang on weekend. so, full relocation will be extended to monday" maksud dia?? hmm, isnin depan kami masih lagi beroperasi di wisma time, jalan tun razak. tapi hanya berbekalkan pc dan telefon. semua barang lain berkemungkinan besar sudah dihantar ke sana. reaksi kami? laaaaaaagi berlagu riang. kalau hanya ada pc dan telefon, kerja-kerja yang mampu kami lakukan ialah akses internet dan juga menyambungkan talian telefon kepada mana-mana talian yang kami mahu. yieeha!!!

pagi tadi saya melantik En Michael Buble sebagai co-pilot saya. semua lagu dalam album Its Time itu saya khatamkan. saya sebenarnya sudah lupa pada cd ini sehinggalah saya menemuinya semalam did alam almari adik bongsu saya. baru saya ingat, cd ini Nuar yang belikan untuk saya 5 tahun lepas waktu kami berjalan-jalan di Petaling Street. lama kan saya tak berjalan-jalan di Petaling Street. hampir saya lupa pada epal-epal besar berwarna merah berkilat serta anggur hitam tanpa biji yang besar dan manis, juga lupa pada tshirt-tshirt murah tapi cantik-cantik yang bergantungan di sepanjang jalan. owh, juga lupa pada salon tempat saya potong rambut ekspres.






okey, ini adalah cubaan memperkotak-katikkan saya oleh dua orang kakak otai department saya. kejam!!

Thursday, January 15, 2009

update ujian saya hari ini

saya lulus untuk ujian masa hari ini. keluar dari rumah jam 6.30am. biasanya, 6.30am itu waktu untuk saya mengada-ngada memilih baju ataupun sedang tergedik-gedik mencalit eyeliner pada mata. campur masa untuk saya habiskan segelas susu sejuk, kemas katil, sapu bilik dan panaskan enjin kereta, jam 7.00am baru saya turun dari rumah. tapi tadi, saya ‘zip’kan semuanya dalam satu masa supaya saya dapat turun dari rumah jam 6.30am

ofis saya kini penuh dengan kotak. dan salotape besar kini menjadi bahan permintaan ramai semua orang. saya awal-awal sudah siap kemaskan semua fail saya. lagipun kebanyakan fail-fail kerja saya semuanya dalam shared drive server, jadi tak banyak fail yang perlu saya angkut dengan kotak. hanya satu kotak. hehehe, macam malu jer bila melihat kotak-kotak yang beratur cantik sepanjang corridor walk. contoh kotak orang lain.
Name : Cik Cantik Jelita
Div/Dept: Finance / Treasury
Box No: 1 of 13

Bila sampai kotak saya,

Name : Rena
Div/Dept: Finance / Bad Debt
Box No: 1 of 1

hmm, itu baru cerita pasal kotak. belum lagi saya cerita tentang keadaan workstation disana, tentang staff location plan yang jadi isu untuk beberapa ketika bila sesetengah orang merasakan dia lebih layak berada dalam kumpulan yang lain dan bukan dalam kumpulan yang telah ditetapkan, tentang subang parade, giant dan tesco yang berdekatan dengan ofis kami, tentang warehouse sale yang bakal menjadi hidangan tengahari kami nanti dan macam-macam lagi lah.

saya tak kisah dengan semua tu. entah la, saya tak excited pun dengan relocation ini. saya pun tak tahu kenapa saya heartless sangat dengan glenmarie. but, being a positive thinker mungkin ini satu perubahan yang baik untuk tahun baru. siapa tahu kan? insyallah..

okey, kita tutup entri hari ini dengan sms dari dia lintas lansung dari kampung yang saya dah lupa namanya. (hari ni dia masuk kampung untuk projek gotong royong cuci kolam ikan arowana)

sms dia : sy br lpas mkn dgn org2 kg kat sini. taken urs?

sms saya : done. chicken chop. org kg msk apa utk awk?

sms dia : pelanduk masak lemak cili api dengan pisang muda, sup ayam hutan, sayur lemak putih umbut kelapa n ulam Ceylon.

erk... meriahnya orang kampung ni makan..