Wednesday, September 24, 2008

entry raya saya

saya cuti untuk dua hari mulai esok. penetapan janji dengan bonda untuk acara buat biskut raya harus dipenuhi. bonda janji, tahun ini hanya dua jenis sahaja kerana sebahagian besarnya saya beli dari akak-akak ofis yang senyumnya semanis biskut raya yang dijual. tapi saya seumpama meragui janji bonda ini. kerana selalunya, jumlahnya akan meningkat sebanyak dua. kalau di janji tiga, bakal jadi lima. kalau di janji dua, tak mustahil bakal jadi empat. dan tahun ini, tiada lagi almond london chocolate dan almond london strawberry seperti tahun-tahun sudah. saya sudah banned biskut ini untuk hari raya tahun ini. kenapa? hehe.. tiada sebab yang logik. tapi saya cakap pada bonda saya penat nak masak coklat banyak-banyak. ngee!!


ok, dedikasi sempena raya saya:
untuk kamu yang nama blognya tersenarai di tepi 'dunia' saya, kamu yang di dalam blognya wujud komen dari saya, kamu yang masuk ke dalam 'dunia' saya tapi tidak meninggalkan sebarang bahan bukti dan untuk kamu yang sama ada tahu atau tidak yang saya pernah mengunjungi blog kamu kerana saya lansung tidak meninggalkan sebarang tanda tentang kehadiran saya, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. mohon maaf andai kelajuan jari-jari ini menaip membentuk entri yang mengarut-ngarut ini bisa mengganggu dan membuat hati kamu tidak selesa. selamat bercuti. oh ya.. saya tak cuti hari isnin dan selasa depan. terpaksa datang kerja. isk..

Monday, September 22, 2008

doa untuk dia

“ya Allah ya Tuhanku, Kau panjangkanlah umur lelaki ini. Kau murahkanlah rezekinya berlipat kali ganda, Kau selamatkanlah dia dari sebarang perkara-perkara yang tidak diingini. Kau gembirakanlah hatinya dan Kau tenangkanlah hatinya dalam menghadapi setiap dugaanMu”

sejak petang semalam, saya tak pernah lupa untuk menitipkan doa untuknya dalam setiap solat lima waktu saya hatta solat-solat sunat saya yang lain. sungguh-sungguh saya rasa bersalah. huhu, maafkan saya abang motor. saya tak sengaja langgar motor baru abang tengahari semalam.


(read: abang motor tu baru sangat-sangat beli motor. tak sampai sebulan pun. tapi sudah kena langgar dari belakang oleh kereta kecik saya yang sudah tak berapa baru. walaupun saya sudah bayar dia sedikit wang saguhati, tapi saya tetap rasa bersalah)

Friday, September 19, 2008

yang mengusik hati

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.

Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.


"Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.

"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menj di babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.

Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.



Thursday, September 18, 2008

Toto Chan - Tetsuko Kuroyanagi

roman menelefon semalam. katanya mahu pinjamkan saya sebuah novel. aduih, lelaki ini memang suka sangat beli novel. paling saya suka tentang dia, dia tidak lokek meminjamkan novel-novelnya pada saya. (hmm.. mungkin juga kerana dia bebas meminjam novel saya tanpa batasan masa) kebetulan kami sama-sama parking di lrt gombak, maka secara automatik port pertemuan juga di situ. waktu saya sampai dari jauh saya sudah nampak dia bersandar pada kereta saya. hmm.. nampak sebati kerana bajunya juga warna maroon. hihihi..

"lambat" ayat pertama yang keluar dari mulut dia.

"singgah ampang park jap tadi. mana buku?"

"tak sabar betul. nah, baca elok-elok. jangan sampai koyak. buku ni dah lusuh sikit"

"yer.." jawapan acuh tak acuh sambil menyambut beg plastik watson dia. menjenguk-jenguk ke dalam plastik. serta merta terus muka saya tersengih panjang. berseri-seri. Toto-Chan!!!!!! . ini novel favourite saya. dan yang paling best, ini versi bahasa melayu.ngeee.. seronoknya!!!

"aku pusing-pusing kedai buku 2nd hand ari tu. jumpa." owh, ok.. patut la dia kata buku ni lusuh.

ngee.. saya masih belum boleh berhenti senyum. novel ini saya baca waktu saya darjah enam. itupun saya pinjam dari seorang budak lelaki bernama adib. (yer, saya ingat nama dia kerana saya selalu tersilap tulis nama dia jadi 'abid') karya Tetsuko Kuroyanagi ini antara novel kegemaran saya. ini novel yang lansung tak pernah buat saya bosan. ini novel yang boleh buat saya senyum sendirian.

saya ingat lagi, sewaktu di universiti, saya ulang baca novel ini hasil pinjaman dari tukang petik gitar puisi saya bernama zuar.tapi itu dalam bahasa inggeris, keseronokan nya tak sama dengan versi bahasa malaysia.

"seronok la tuh" roman mencelah.

ngee.. sengih lagi. "aku pinjam lama skit tau buku ni. nak baca tujuh lapan kali dulu. lepas tu baru aku antar."

"iyelah-iyelah. ko balik terus ni kan? antar aku dulu boleh? aku tak bawak kete ari ni. antar sampai sekolah tu pun dah ok. jalan kaki dekat dah tu"

aduhai roman, andai saat ini kamu minta saya hantarkan kamu ke bulan sekalipun saya sanggup tahu!!


Tuesday, September 16, 2008

haiqal + anis + en Phantom

pertama-tamanya, ingin meluahkan sedikit tidak puas hati pada 'firewall' internet di pejabat saya. mestikah blog Phantom di sekat capaiannya? sungguh-sungguh tidak puas hati. Phantom, maaf yer.. saya tak dapat melawat blog kamu. huhuhu.. :( (tapi saya tetap suka bila kamu datang sini) ngee


semalam kakak datang. hohoho.. anis sudah makin membulat. betul, saya tak tipu. pipi sudah mendahului semua anggota muka yang lain. geram betul saya tengok dia. rasa mahu saja picit-picit dan gigit-gigit. hahaha.. haiqal. hmm.. dah makin besar. sayang betul, semalam tak sempat nak gaduh-gaduh dengan dia. tak mengapa, jumaat nanti saya jumpa dia lagi. kakak ajak saya berbuka puasa di Legend Hotel. yeay!!



Monday, September 15, 2008

ramadhan 13

menyedarkan saya bahawa sebungkus mihun kungfu itu rupa-rupanya cukup mengenyangkan perut hingga ke waktu sahur. alhamdulillah...


Friday, September 12, 2008

pre majlis kahwin en teruna sulung I

bunga telur untuk majlis kahwin encik teruna sulung sudah 75% siap. bekas-bekas hantaran juga sudah 90% siap. semuanya warna kuning. hatta dari kain pengalas dulang hinggalah ke raga yang berbalut kain satin kuning dan mengunjur ke bunga-bunga besar sebagai trademark yang wajib ada di atas setiap dulang hantaran, semuanya gabungan warna kuning dan warna emas. owh, bunga telur itu juga warna kuning. hmm, boleh tak nanti waktu merebus telur kita masukkan sedikit pewarna kuning? biar telurnya juga warna kuning. barulah meriah bangat. ngee!!

semenjak bulan Mei, hujung minggu saya dipenuhi dengan acara Jalan-jalan Cari Barang Kawin hinggakan tauke kedai barangan pengantin di Sri Gombak itu sudah begitu mesra dengan kami. manakan tidak, bermula dari majlis merisik, meminang hinggalah ke majlis perkahwinan semua barang gubahan hantaran kami beli disitu. itu kehendak bonda. kalau ikutkan saya, mahu saja saya bawa dia ke Semua House. di sana kan lagi banyak pilihan. tapi kata bonda "tak usah pergi jauh-jauh. kalau ada barang yang tak cukup nanti kan susah kalau nak pergi balik. jalan jam, orang pun ramai." saya senyum, "hmm.. ikutlah" (read: saya kan anak yang mendengar kata) *wink

Tuesday, September 09, 2008

doa pertemuan saya

dua kali. itu adalah kiraan berapa kali saya berpeluang bertemu dengannya ramadhan tahun lepas. tempat pertemuan : pasar ramadhan kecil di simpang tiga sebelum masuk ke jalan rumah saya. setiap kali bertemu, kami pasti berbalas senyuman. itu yang pasti. senyuman dia bukanlah senyuman yang paling manis pernah saya lihat tapi, senyuman itu selalu saja buat hati saya riang. dan keriangan itu selalunya terbawa-bawa hingga ke meja makan waktu waktu azan maghrib berkumandang. jatuh cinta? ah, bukanlah. saya cuma suka. tapi hanya dua kali. selepas itu, setiap kali saya mengunjungi pasar ramadhan itu dia tiada. sepanjang-panjang pasar ramadhan itu saya susuri dan berdoa semoga saya bertemu dengannya tapi hampa bercampur sedih dan kecewa bila dia tiada.


tapi sebenarnya, doa saya dimakbulkan petang semalam. saya lansung tak merancang untuk singgah di pasar ramadhan itu sebenarnya tapi melihat saja ruang kosong disebelah Hilux hitam (yang saya kenal siapa empunya nya) pantas saja tangan membelok stereng dan memberhentikan kereta. dengan sekeping not merah di tangan dan telefon Samsung hitam, saya hanya berjalan menjamu mata dengan segala macam juadah disemua gerai. langsung menelefon bonda bertanyakan samada dia mahu atau tidak kuih jala emas ataupun puteri mandi yang maha manis itu. respon negative. bonda sudah menyediakan bubur pulut hitam. selesai menelefon, angkat saja muka.. saya ternampak dia. selang sebuah gerai dengan gerai kuih-muih Kelantan itu. tapi dia tak nampak saya. ah, tak mengapa. biar saya yang menampakkan diri saya di hadapan dia.


kurang sepuluh langkah, saya sudah berada di hadapan dia. saya senyum. dia pun senyum.


“kak, somtam satu. nak mangga lebih boleh?”


dan waktu azan mghrib semalam, hati saya kembali riang seperti tahun lepas. saat saya taip entri ini juga, saya masih lagi tersenyum manis. ngee!!


kakak somtam, tunggu saya petang ini!!!

Monday, September 08, 2008

perang karipap sardin dan cinta buah melaka

segalanya bermula dengan cantik. sardin yang siap dilenyek itu sudah sebati garam, bawang, dan sedikit cili api yang dipotong kecil-kecil. doh juga sudah gebu-gebu. tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. kalau tak cantik masakan saya boleh menyanyi-nyanyi lagu HIM sewaktu menabur tepung di atas papan canai. tapi… kenapa waktu dua-dua subjek ini bergabung dan membentuk objek yang boleh dipanggil karipap mentah, dia mula memberontak? sengaja mengeluarkan minyak melalui celah-celah bunga yang dikepit di bahagian atas. dan yang pasti, karipap sebegini pasti akan tersengih lebar sehingga menampakkan isi dalamnya waktu digoreng nanti. tak suka!!!!!


tapi, tak mengapa. andai kamu mahu perang.. maka saya juga bisa angkat pisau. maka, semua karipap yang memberontak itu saya perangi habis-habisan. habis isi perutnya terburai dek tusukan pisau bonda. saya kumpulkan semua cebisan-cebisan badannya. dan dengan gigihnya saya mengadun sedikit lagi doh tambahan. saya mulakan dengan karipap baru. hehe, kamu ingat kamu hebat? huh, nanti-nanti kamu masuk dalam kuali minyak panas itu juga dan akhirnya masuk perut saya juga. maka, saya tetap menang dan kamu tetap kalah.


aduhai karipap sardine, kenapalah kamu degil. kan bagus andai kamu sebaik dan sepatuh buah melaka sabtu lepas? dua jam itu lansung tak terasa bila saya lihat satu mangkuk bersaiz sederhana itu penuh dengan buah melaka. hatta saya lansung tak merungut tentang kesan tepung yang mencemari baju merah saya. apatah lagi dua jam itu saya lansung tak boleh duduk kerana terpaksa memotong gula melaka yang maha keras, kemudiannya menguli tepung pulut itu dengan air pandan warna hijau pekat, menggentel sebijik-sebijik sebelum saya lemaskan dia di dalam air panas yang menggelegak. tak cukup dengan itu, timbul saja dia dari permukaan air, cepat-cepat saya sambar dan selimutkan dia dengan kelapa muda yang sudah digaul dengan garam. dan selepas itu barulah saya aturkan dia dalam mangkuk bersaiz sederhana itu. leceh kan? tapi oleh sebab dia lansung tidak memberontak, maka saya cinta kamu wahai buah melaka!! ngee!!!


Friday, September 05, 2008

kata jason..

"Cause you and I both loved what you and I spoke of "


Tuesday, September 02, 2008

naron yang GILA

cerita naron:
hari itu, lima kali naron membuat panggilan luar, menggunakan telefon office, menelefon syarikat A dan meminta receptionist itu menyambungkannya pada extension 2589. tapi lima kali juga dia gagal kerana line 2589 engage.


cerita gila naron:
naron sebenarnya salah seorang pekerja di syarikat A dan extension 2589 itu ialah extension dia.