Thursday, July 31, 2008

my left and my right

sejak kebelakangan ini saya semakin eprasan dengan permasalaahn ini. semakin menjadi-jadi. bukan masalah besar saya kira tapi jika seringkali berlaku, pasti wujud rasa sedikit geram pada diris endiri. hmm, okey.. begini. kalau menaip, ajri-jari sebelah kiri saya seringkali mendahului jari-jari sebelah kanan. seringkali saya tersilap menaip perkataan "fried" menjadi "freid" ataupun "please" menjadi "pelase". dan tak cukup dengan itu, belum sempat saya menekan spacebar (menggunakan tangan aknan) jari sebelah kiri saya sudahpun menyambung huruf pertama perkataan abru dibelakang perkataan sebelumnya. seringkali "kindly advise" akan ditukar menajdi "kindlya dvise" dan "the report" menajdi "ther eport". jari-jari tangan kiri inis eperti lansung tidak mahu bersabar. untuk menghantar satu report satu muka surat, saya perlu mengulang baca sebanyak tiga kali untuk memastikan yang tiada sebarang typo. dan cuba bayangkan berapa lama masa yang perlu saya peruntukkan untuk mengisi satu entry panjang dalam blogs aya. tapi entry kali ini, tiada sebarang peruntukan masa untuk memeriksa sebarang typo ataud engan kata lain, saya lansung tidak endahkan semua typo dalam entry ini. dan kamu lihats aja hasilnya.


Tuesday, July 29, 2008

LAGI

perenggan pertama: Andes and the SPA
didedikasikan untuk bakal Puan Andes (isk, sangat-sangat tak sesuai nama ini) dengan ucapan, THANK A LOT ANDES!!! kerana dengan baik hatinya telah mendermakan sekeping kupon SPA pada saya (read: dan juga pada kawan-kawan pilihan hatinya yang lain) dan pada jumaat lepas saya, bakal Puan Andes dan juga Shani dengan gigihnya mengambil cuti untuk memenuhi tuntutan SPA free ini. well, i can say that the spa was great. yelah, sape tak suka kena pampered best2 mcm tu kan? mana tak great, hinggakan saya mendapat sore throat gara-gara kena kena stim selama lima belas minit dalam bilik ala-ala kebuk wasap itu dan harga coupon SPA ini bersamaan dengan 40 jam saya bekerja manakala sesi spa ini hanya berlansung selama 90 minit, bersamaan dengan 1 jam 30 minit. whoaaaa!! aan, lepas ni sila racun your hubby beli diamond ring lagi ok!!


perenggan kedua : The Hunted Bag
sebenarnya, dalam diam-diam kami meninggalkan Shani dalam bilik fitting room keseorangan. ini semua angkara andes yang men’drag’ saya ke bahagian kasut sukan. laju saja mulut mengomel “aan, kasut pink tu tak cantik la. macam kasut balet tapi nampak jari kaki. buruk!!” tapi bila saya berkalih pandang, aduih… kenapa mata saya jatuh pada rak beg itu?? tak suka betul! sebab balik saja petang itu saya asyik teringatkan shoulder beg tersebut. setiap kali saya melihat beg-beg yang bergantungan di hujung katil saya mesti saya terfikir kan bagus kalau ada satu beg warna putih bergantungan di situ. isk, beg putih ni betul-betul menghantui saya. dan bila semalam Haizad Rome tanya saya “petang ni balik terus ke ada nk gi mana-mana?” terus saya cakap “ada, nak gi MidV, beli beg”. hehehe.. dan petang semalam, keluar dari Midvalley saya dan Haizad Rome sama-sama menjinjing plastic beg Jusco. dalam plastic beg dia ada satu beg kasut warna maroon. dan dalam plastic beg saya ada satu shoulder beg. bukan warna putih. hasil hasutan Haizad Rome dan juga seorang budak di Penang itu. tiba-tiba beg putih tu bertukar menjadi warna pink. hmmm… kalau boleh, dengan rak-rak beg di MidValley tu pun saya nak beli.


perenggan ketiga : PLKN
ahad lepas saya gatal-gatal menjejakkan kaki ke kedai salon rambut. lima belas minit selepas itu saya keluar dengan rambut yang dipotong pendek. yaa!! saya potong rambut lagi. pendek hingga ke paras tengkuk. sekarang ni bila orang tanya kenapa potong rambut pendek sangat saya jawab “ saya nak masuk Khidmat Negara” ngee!!

Thursday, July 24, 2008

entri petang2

petang ni semua orang macam mellow-mellow. semua buat keje diam-diam. pelik, bila bos takde suka buat keje diam-diam. time bos ada, suka-suki jer buat keje sambil bising-bising. hmm, tapi sebenarnya kitorang tak kisah pun bos ada ke takde. sebab bos sporting. cakap jer paper nanti ayat pertama dia akan cakap "okeh". kalau setakat nak keluar lunch pukul 12 and balik pukul 3 cakap jer "bos, ari ni i nk kluar lunch awal yer" n belum sempat nak sambung ayat "sebab i nak gi bank bla bla bla" dia dah jawab "okeh". so apa lagi.. 1130 kemas-kemas n cabut la.. tapi serius.. semua orang senyap hari ni. kalau ada bising pun, itu mesti radio k zela. k yati nyer radio pun tak der bunyi. nape kak? radio tu malu eh? macam tuan dia la kot.. call pun tak der. semua orang dah tak nak buat loan ke? ke nama kat CTOS tu semua dah kena delete? hmm.. ok, dah ada bunyi sikit. bunyi keyboard k zela. and also keyboard k yati. owh, k zela dah kuatkan radio dia sebab ada lagu Jason Mraz saya. isk, macam laju pelik jer keyboard k yati ni. main game ke apa ni? ooo.. keyboard k yati laju sbb dia tgh chat. hahahaha.. k yati kantoi. takpe2, macam la saya tak chat kan? *wink. at last, telefon jugak bunyi jugak. pukul lima baru nak call. isk.. hmm, dah pukul lima. saya nak naik solat lah. and lepas tu boleh kemas-kemas untuk balik. esok saya cuti. yeay!!

-saya menulis kali ini sebab environment office saya sunyi sangat-sangat dan aircond hari ni sejuk yang malampau. sangat-sangat sesuai untuk memelihara seekor penguin montel.


Tuesday, July 22, 2008

lari saja jauh-jauh

tahu kan yang hutang itu wajib dibayar walaupun tak dituntut? saya bukan mahu kira siapa yang hutang saya. kerana bagi saya, itu hak masing-masing. kalau dah tahu meminjam, sila ambil tahu juga untuk pulangkan. kalau dah tahu berjanji, sila ambil tahu juga untuk tunaikan. kalau tak mampu, awal-awal lagi jangan sebut. tapi kalau dah tersebut, hmm.. tak mengapa, kamu boleh saja buat-buat tak tahu. ignorekan segala-gala. pejam mata rapat-rapat. sumbat telinga dengan headphone. buat-buat banyak kerja. nanti lama-lama mesti dia hilang. kalau tak hilang juga, kamu lari saja jauh-jauh. penat? alah, penat sikit jer. yang penting, kamu selamat bukan?

Monday, July 21, 2008

JaTuH

tipu kalau kamu kata jatuh itu tidak sakit. hatta jatuh cinta sekalipun pasti akan sakit bila rindu mula muncul. ini kan pula jatuh yang lansung tak diimpikan oleh semua orang. hmmm.. saya serik mahu basuh kereta di bawah porch itu lagi. sakit sangat tau bila jatuh..

Friday, July 18, 2008

a n i s h a



hmm.. okey, ini gambar adik haiqal, anis. saje saya curi dari blog cik dyan. hehehe.. entah kenapa, hari ini seperti rindu baby kecik ni sangat-sangat.


Monday, July 14, 2008

langit

tak guna kamu bersuara bingit-bingit.. tak perlu kamu bercakap besar-besar.. langit itu tetap tinggi, utuh dan tak akan jatuh dengan suara kamu.

Wednesday, July 09, 2008

9 julai dan paksaan che hamid

semalam che hamid paksa saya beli bedak agnesia dia. ini semua sebab dia tertukar antara bedak aiken dan bedak agnesia. kesudahannya, dia paksa saya beli agnesia dia supaya nanti dia boleh beli bedak aiken. aduih, che amid.. che amid..

hari ini hari lahir Suraya. saja saya rajin-rajin belikan kek waktu lunch tadi. dan juga rajin-rajin buat kad untuk dia. walaupun kad itu hanya kad simple dan ditandatangani oleh dua orang gadis comel dan seorang bakal ibu muda, saya harap dia suka.

dan hari ini juga genap setahun saya kerja di sini, alhamdulillah..


Monday, July 07, 2008

10 minit extra pagi ini

pagi ini saya sengaja menunggu jam 7 baru bertolak dari rumah. hanya 5 minit lewat dari biasa. tapi kesudahannya, saya sampai di Ampang Park lewat 15 minit.

hmm.. kenapa ada saya lewat extra 10 minit?

10 minit itu untuk kereta saya berhenti dan beri laluan pada budak-budak sekolah melintas, dan juga untuk saya menunggu di belakang bas kerana bas tersebut berhenti menurunkan penumpang tanpa sebarang signal, juga untuk saya habis mendengar lagu Kapal Terbang Kertas dan lagu Penisilin nyanyian Ezad pujaan hati saya. ngee!!

Friday, July 04, 2008

i'm yours

Well you done done me and you bet I felt it. I tried to be chill but you're so hot that I melted. I fell right through the cracks. And now I'm trying to get back. Before the cool done run out. I'll be giving it my bestest. Nothing's going to stop me but divine intervention. I reckon it's again my turn to win some or learn some.

I won't hesitate no more, no more. It cannot wait, I'm yours.

Well open up your mind and see like me. Open up your plans and damn you're free. Look into your heart and you'll find love love love.

Listen to the music of the moment people dance and sing. We're just one big family. It's your God-forsaken right to be loved love loved love love.

So I won't hesitate no more, no more. It cannot wait I'm sure. There's no need to complicate. Our time is short. This is our fate, I'm yours.

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror. And bending over backwards just to try to see it clearer. But my breath fogged up the glass. And so I drew a new face and I laughed. I guess what I be saying is there ain't no better reason. To rid yourself of vanitys and just go with the seasons. It's what we aim to do. Our name is our virtue.

But I won't hesitate no more, no more. It cannot wait I'm yours. There's no need to complicate. Our time is short. This is our fate, I'm yours.

Well no no, well open up your mind and see like me. Open up your plans and damn you're free. Look into your heart and you'll find love love love love. Listen to the music of the moment come and dance with me. I like one big family. It's your God-forsaken right to be loved love love love.

I won't hesitate no more. Oh no more no more no more. It's your God-forsaken right to be loved, I'm sure. There's no need to complicate. Our time is short. This is our fate, I'm yours.

No I won't hesitate no more, no more. This cannot wait I'm sure. There's no need to complicate. Our time is short. This is our fate, I'm yours, I'm yours.

Thursday, July 03, 2008

Fossil Saya.. dan Rokok Dia..

semalam waktu pulang, terpandang sebuah jam tangan yang cantik. harga pun cantik. saya sudah mula senyum sorang-sorang. berkira-kira duit gaji dicampur bonus dan campur lagi dengan duit claim, hmm.. macam best. tapi dua jam tangan saya yang sedia ada ini masih boleh dipakai lagi. lebih-lebih lagi Fossil saya ini. hari itu, saya kira saya sudah kehilangan dia. tapi rupa-rupanya tidak. bukannya dicuri atau hilang. tapi kehabisan bateri. dua kali saya ke klcc untuk tukar bateri, dua kali saya dihampakan oleh semua kedai jam disitu. alasan : bateri tiada stok. hancurnya hati saya sehinggakan saya terpaksa beli jam lain. tapi hanya jam biasa. tak setanding Fossil. bukan saja harga. tapi fossil ini banyak cerita.

mana mungkin saya lupa, fossil ini dibeli dengan duit dia. waktu itu gaji saya hanya akan di bank-in pada minggu pertama setiap bulan sedangkan sale kedai jam itu berakhir pada 30 haribulan. kejam betul. dan saya masih ingat lagi selesai saja saya mengadu pada dia tentang sale yang tamat sebelum saya mendapat gaji, dia terus menawarkan duit gajinya. hehe, pucuk dicita ulam mendatang. meskipun dia hanya mendahulukan wang gajinya dan seminggu selepas itu saya membayarnya balik, tapi untuk satu minggu pertama fossil saya itu tetap dibiayai oleh duit gaji dia. dan hari terakhir sale, kami sama-sama ke klcc, membelek jam di kedai jam tingkat paling bawah itu. dia yang membayar kerana waktu itu saya sedang sibuk membelek fossil itu di pergelangan tangan saya dan selepas itu saya sambung memebelek-belek di luar klcc sambil menemankan dia merokok.

hmm.. dia dengan rokok, memang tak boleh lekang. sama seperti saya dengan Fossil ini. tiba-tiba hasrat untuk saya beli jam baru itu terbatal. tunggu saja Fossil ini meragam baru beli jam lain. lagipun, kemeja Padini warna merah dan hitam itu macam cantik sangat-sangat. ngeee!!!