sudah tiga entri saya tuliskan dalam blog ini tentang dia. cinta baru. sejak tahun lepas lagi entri tentang dia sudah menhajdi sebahagian dari blog ini. sepertinya dia yang seorang ini betul-betul bermakna bagi saya. dan sememangnya benar. cinta yang baru ini begitu bijak mencuri perhatian semua orang hinggakan semua bagaikan terleka dan sedikit terlupa tentang cinta yang hadir sebelum itu dan juga cinta baru yang bakal bertandang penghujung tahun ini. pandai!!
ok, kita permudahkan cerita. Alhamdulillah, cik dyan a.k.a kakak saya sudah selamat bersalin hari ahad lepas. betul-betul pada hari ibu. ini bermakna, haiqal pun sudah dapat adik perempuan yang kecil yang comel. (read: hmm.. ada ke baby yang tak comel?) kalau abangnya Irfan Haiqal, adiknya ini Irna Anisha. itu nama dalam sijil lahirnya yang baru didaftarkan kelmarin. seiras dengan abangnya, mata sepet dan lansung tiada eyelids. hmm.. nanti mcm mana nk pkai eyeshadow ni anis?? anis, itu nama yang kakak putuskan sebagai namanya dalam keluarga. waktu itu saya baru berkira-kira mahu panggil dia isha. (read: sexy kan?) tapi atuk dengan wan pula, seperti sudah serasi dengan nama Irna. aduh.. banyak sungguh nama kamu yer.. tak mengapa, yang penting saya mahu dia sihat-sihat dan cepat besar. saya sudah rancang banyak perkara untuk dibuat bersama-sama dia nanti.
so.. to my dearest anis, welcome to the world sayang. kamu kecil sangat. pakai sarung tangan pun asyik tercabut. cepat besar yer.. nanti cikna beli gown yang comel2 untuk kamu.
n not forgotten to the big bro, haiqal.. cikna sayang abang banyak-banyak. sama banyak dengan baby anis. saya masih ingat hari ahad itu, dia tak banyak kerenah waktu menunggu mamanya di hospital. leka dengan kereta F1 Shell nya. sesekali mengeluh “lamanya adik ni nak keluar” dan bila berita kelahiran itu tiba, dialah orang yang paling seronok. asyik “yea!! yea!! dapat adik pompuan” tapi sejak semalam, dia dah mula merajuk bila semua orang asyik lebihkan si kecil itu. lagi-lagi bila di screen telefon ayah sudah tiada gambar dia, tapi gambar baby anis. kesian dia..
n to both of u, jangan nakal-nakal. pls behave. nanti kita sama-sama tunggu satu lagi cinta baru hujung tahun ini yer?
