Monday, April 21, 2008

1641

bertalu-talu dihujani dengan panggilan telefon sejak pagi tadi. entah berapa puluh kali saya berulang alik ke mesin fotostat dan kemudiannya ke mesin fax yang mana koordinat antara kedua-dua mesin ini seperti satu di kutub utara dan satu lagi kutub selatan. dan koordinat saya seperti betul-betul di garisan khatulistiwa. arrgghh.. esok saya mahu mc boleh? hehehe.. gurau. untuk kakak-kakak saya yang 'menyorok' pada hari ini, jangan risau. saya masih lagi boleh update blog. yieehaaa!!

hari ini birthday syahir. hmm..

Friday, April 18, 2008

entri sajer-sajer

betapa tersiksanya saya dalam sebulan ini kerana terpaksa menggunakan lampu kuning didalam bilik air. setiap kali memandang cermin waktu membasuh muka, sepertinya saya ini sedang diserang demam kuning. sedih bukan? tak mengapa, esok segala penderitaan saya bakal berakhir. saya sudah beli lampu philip warna putih. yeay!!

Tuesday, April 15, 2008

quote yang manis

we make those who care for us cry
we cry for those who never care for us
and we care for those who will never cry for us

this is the truth of life, its strange but true


dilambung ombak lagu Lacrymosa sambil memikirkan tentang kebenaran quote ini. betapa kadangkala kita ini terlalu mengejar yang jauh di mata sedangkan yang berdiri di depan mata itu lansung tak dipandang. tapi, andai yang di depan mata itu juga sebenarnya mengejar yang jauh hinggakan kita ini lansung tak dijeling, siapa yang salah?


seperti soalan seorang teman,
“dalam perhubungan, andai dua-dua merajuk. siapa yang harus memujuk?”


“entah” jawab saya ringkas.


dia menerang,
dua-dua harus memujuk. pertama, pujuk hati supaya hilang amarah. kedua pujuk dia”


hmm.. kan bagus andai sifir ini boleh dipatuhi oleh semua hati yang sedang merajuk. *sigh* ok, berbalik kepada cerita kejar-mengejar orang jauh dan terlepas pandang orang dekat. maka, mulai hari ini, sila lihat siapa disekeliling kamu. berdiri di hadapan dia dengan pakaian yang warnanya terang dan striking dan sila lompat-lompat sambil melambai-lambaikan tangan ke udara supaya dia sedar tentang kehadiran kamu dan tak perlu lagi dia mengejar yang jauh-jauh itu.



i can't change who I am
not this time, I won't lie to keep you near me
and in this short life, there's no time to waste on giving up
my love wasn't enough -lacrymosa, evenescence


Thursday, April 10, 2008

batu, orang baru dan sms rindu

april. jadual saya sedikit padat. jadual kerja yang berubah buat saya sedikit tak keruan. ditambah pula dengan perubahan-perubahan emosi orang lain yang secara tak sengaja melibatkan saya. penat serta menyakitkan. itu yang saya rasa bila terpaksa menghadapi dan membiarkan dia menghamburkan bola-bola marahnya sepuas hati pada saya sedangkan perkara itu bukan salah saya sepenuhnya. seumpama menekan-nekan saya masuk ke dalam perut bumi. "kenapa tak melawan?", soal nawal. entahlah, saya sendiri pun kurang pasti. waktu itu saya merasakan saya terlalu malas. malas untuk bergaduh. malas untuk bersuara. malas untuk melawan asakan dan tujahan bola-bola apinya. baik saya biarkan saja. diam itu kadang kala lebih baik dari terus melawan. tak bererti kalah. dan tak juga bermaksud salah. "rena dah jadi batu" itu komen nawal lagi. hehe.. batu pun batu lah..

hmm.. hari ini ulangtahun perkahwinan ibu bapa saya yang ke 33. selama 33 tahun ini, saya tahu kami adik beradik banyak timbulkan cerita-cerita seronok dan kurang seronok. tapi bonda dan ayahanda masih lagi boleh bersabar dengan kerenah kami. alhamdulillah.. dan semoga tahun ini mereka lebih gembira dengan kehadiran orang-orang baru dalam keluarga kami. insyallah.. saya tahu, orang baru itu sedikit nervous, tapi jangan risau. semuanya ok. keluarga saya bukan kannibal ;)

cikgu ajar RINDU tu kata kerja.

cikgu ajar lagi AWAK tu kata nama.

tapi bila cikgu tanya RINDU AWAK tu kata apa..

saya kata "itu kata hati saya"



sweet kan? ini org depan saya yang hantar via sms. terima kasih yer!! ;)

Friday, April 04, 2008

rena jatuh cinta

menjawab kepada komen mat jan hari itu..

yer, untuk kesekian kalinya, saya jatuh cinta.
jatuh cinta pada suara ezad exist..
yang entah ke berapa kali jatuh cinta ini, saya sendiri pun tak pasti...

read: sila bayangkan pelangi, belon-belon berbagai warna, bunga-bunga kecil yang wangi serta muzik yang riang ria sedang menghiasi entri ini.