Friday, March 28, 2008

ngee!!

tidur malam saya semalam diiringi dengan senyuman. senyum paling manis yang saya hadiahkan untuk satu hari yang padat dengan tugasan kerja dan hal-hal peribadi, cerita-cerita seronok disepanjang hari dan diiringi dengan satu perasaan puas yang lebih berupa kemenangan terhadap diri sendiri di hujung hari. aaahhh.. hingga saat entri ini ditaip pun saya masih lagi senyum mengenangkan perasaan itu. aduhai, indah nya dunia ini.

Wednesday, March 26, 2008

PERANG

tak nak nak kena hadap jugak.
benci tak benci kena jawab jugak.
menyampah tak menyampah kena buat jugak.
tak sukalah audit ni!!!

hari ni department saya ada internal audit. huhuhu..

Tuesday, March 25, 2008

"kita nyanyi lalalalala"

outing rasmi tuan-tuan puteri dengan tema comei-comei (tapi semua lupa nak snap pic) dengan perasmian makan tengaharinya di madam kwan (salah satu menunya ialah terung goreng belacan yang tiba-tiba digemari oleh mielia) diikuti dengan menonton filem Horton Hears a Who (cerita kartun yang begitu sarat dengan mesej-mesej kemanusiaan hinggakan andes dan saya sedikit terharu) kemudian disambung pula dengan latihan praktikal di fitting room Jusco oleh semua orang (hehehe) dan diakhiri dengan sesi membaca signboard disepanjang jalan dalam hujan lebat oleh shani. girls, bila nak kluar lagi????

Friday, March 21, 2008

Task List saya dah kosong!!

pagi-pagi lagi saya dah mula senyum sorang-sorang. tak sabar mahu meng'clear'kan semua task dalam task list saya. seumpama perasaan sewaktu menandatangani kertas ujian terakhir waktu ujian memandu. lega!!



tengok.. lansung tiada task yang yang belum disiapkan dan juga lansung tiada task yang pending. kosong . tapi ini hanya untuk waktu screen ini dicapture sahaja. tak mengapa, yang penting ianya kosong. walaupun untuk seketika.

Wednesday, March 19, 2008

Padan Muka!!

hari tu abang tanya mama “mama, boleh ke tak saya nak cakap ‘padan muka’?”

mama kata boleh (sebenarnya mama main cakap jer. dia tak dengar pun abang tanya apa)

so, hari tu lepas satu insiden, abang cakap kat mama “padan muka mama!!”

mama pun marah la. "mana boleh cakap macam tu. tak baik”

tapi abang jawab "tadi mama kata boleh”

so, mama explain la kat abang kenapa tak boleh cakap ‘padan muka’ and etc etc

abang dengar jer.. tapi lepas tu dia tanya “kalau saya cakap ‘padan’ sajer boleh?”


haiqal,haiqal.. macam-macam perangai awak sorang ni. isk!!

Monday, March 17, 2008

dia dan rahsia luna

sejak semalam, saya membenarkan atmosfera saya diselubungi dengan lagu ini - OST filem Salon. gara-gara dia (yang saya keberatan untuk menyebut nama sebenarnya di sini) yang menghantar klip video ini, saya mula 'ketagih' untuk mendengar lagu ini berulang-ulang kali. weird. perkataan yang paling tepat untuk saya gambarkan bila dia menghantar lagu seperti ini-lagu melayu yang bersifat mellow-mellow seperti ini. tapi dia baru putus cinta. so, please.. ask no question. layankan saja semua perangai-perangai pelik dia. dengarkan saja semua cerita-cerita dari hati sedih dia. pernah juga saya terlajak mengutuk dia sesuka hati sepertinya dia itu 'sihat-sihat' sahaja seperti hari-hari biasa, tapi bila dia mula marah-marah dan merajuk (yer, merajuk kerana kononnya saya tak memahami kesedihannya) selepas itu saya memutuskan untuk diam. "well.. if you don't have anything nice to be said, you better to keep silent"

maka untuk dia (yang saya tahu pasti akan baca entri ini) ,
sila bersedih sepuas hati dan secepat mungkin. kerana kita masih punya banyak lagi agenda seronok-seronok untuk dilaksanakan sepanjang hidup kita. bukan kamu seorang saja yang pernah merasa putus cinta. orang lain juga sama, termasuk saya. tak ada bezanya kamu dengan mereka dan saya kerana seperti kami, kamu juga bercinta dengan manusia. bukan dengan makhluk asing. maka, sepertimana mereka yang boleh kembali bangun setelah dijatuhkan, saya pasti kamu juga boleh bangun. hey, this is not the end of the world ok?? saya tahu kamu akan pulih nanti. saya tahu kamu nanti akan bisa berjalan dan berlari seperti biasa nanti. saya tahu saya masih punya peluang untuk mengutuk dan dikutuk oleh kamu nanti. dan saya tahu, suatu hari nanti kita akan sama-sama bergelak ketawa mengingati 'zaman down' ini. tapi kenapa lambat sangat waktu ini berlalu? saya tak sabar nak tunggu kamu pulih dan memulakan perang kutuk mengutuk ini. hahaha!!!

cerita lain-lain
* selamat hari ulangtahun perkahwinan untuk cik kakak rebung di depan saya ini. semoga berbahagia bersama-sama hingga ke akhir hayat. terima kasih juga sebab dah update blog dengan gambar pinky-pinky tu. haaa.. gambar tu scan kat mane

* tentang countdown saya yang satu ini. saya pernah masukkan entri pertama 'ruang waktu yang suntuk'nya di
sini. countdown hari ini: masih tinggal 66 hari untuk saya bertemu dia. hmm.. insyallah

* shanteek punya rumah baru. sedikit besar dari rumah lama dia. bila la dia ni nak besar. rumah dah besar. isk..

Thursday, March 13, 2008

13.03.08

entri ini untuk cik kakak rebung.
dengan harapan dia akan update blog dia secepat mungkin.

Wednesday, March 12, 2008

travis pujaan hati

there is no reason to feel bad
but there are many seasons to feel glad, sad, mad
it’s just a bunch of feelings that we have to hold


travis~ flower in the wind


Tuesday, March 11, 2008

tentang waktu dan kesempatan

sengaja mengambil cuti semalam semata-mata hanya mahu menemankan bonda ke hospital untuk ujian darah. padahal ini bukan kali pertama dia ke hospital. dan meskipun ayahanda ada menemankannya setiap kali dia ke sana, saya kira tak salah andai saya turut serta. hanya menemankannya berbual sementara menunggu giliran dan menghantar sampel darahnya ke makmal. tak sampai sejam semuanya selesai. memang bukan satu kerja yang sukar bagi bonda. dan andai tiada saya sekalipun, ayahanda tetap ada. tapi andai ini bukan kerja sukar, kenapa saya selalu menyukarkan diri saya untuk ini?

entahlah, semenjak kebelakangan ini saya sering takut. takut pada waktu yang sering saja saya fikir panjang padahal saya sendiri tidak tahu sejauh mana panjangnya. takut pada semua perkara yang mampu saya buat tapi saya abaikan atas alasan tak berkesempatan padahal waktu itu tetap juga berjalan tanpa menunggu saya.

mat jan kata saya demam. jahat!!

Friday, March 07, 2008

lagu mari mengundi

"mari lah mari
kita mengundi
jangan lupa kewajipan
pada negara"

ewah!!! ewah!!

selamat mengundi pada yang dah mendaftar!!

Wednesday, March 05, 2008

langit biru dan hormon kegembiraan saya

saya suka warna biru langit pagi ini. sejuk dan mendamaikan. hihi.. macamlah warna langit semalam bukan biru. tapi kombinasi warna langit yang biru dengan udara pagi yang sejuk serta dendangan lagu Britney Spears cukup megujakan 'body system' saya untuk merembeskan hormon-hormon keriangan dengan banyak sekali. hmm.. bukanlah saya tidak bergembira hari-hari sebelum ini. tapi ini kegembiraan tanpa sebab yang terjana hingga melebih-lebih. dan perasaan gembira ini semakin bertambah-tambah bila lip balm saya hampir habis. peluang untuk membeli lip balm baru kini semakin cerah. cocoa butter itu macam menarik. tapi yang punya kandungan tumeric itu juga seperti bagus untuk saya. atau hanya perlu cari Banana Boat? kalau Nivea pula bagaimana? atau Vaseline? atau Eucerine? hmmm.. nak beli lip balm pun susah ke?


hmm.. saya sambung hari lain yer. ini bukan faktor hormon. ini faktor atmosfera kerja. saya terpaksa matikan entri ini di sini. kacau betul. baru nak update blog. ish!!