Wednesday, February 27, 2008

pertama yang tak sempurna

setiap perkara.. pasti ada yang pertama kalinya
dan yang pertama kali itu.. tak semestinya sempurna

Monday, February 25, 2008

roti canai dan susu pekat manis

pagi tadi saya breakfast dengan roti canai yang di'siram' dengan susu pekat manis. yer.. susu pekat manis. salah satu bahan makanan yang saya tak peduli andai harganya naik atau pun disorok oleh pekedai-pekedai runcit seMalaysia hatta pekedai-pekedai runcit seluruh dunia sekalipun. tapi pagi ini, dengan sopannya saya menuangkan susu pekat manis ini di atas roti canai saya. tuang hingga seluruh roti canai saya dilitupi dengan susu pekat manis. dan saya mula menikmati roti canai banjir susu itu dengan penuh berselera. perasan dengan lirikan bonda. mesti dia pelik kenapa tin susu itu berada di atas meja. dan bertambah pelik bila saya yang sememangnya tak suka makanan manis boleh makan roti canai dengan susu pagi-pagi.

tapi.. sampai saja di office, saya terpaksa minum bergelas-gelas air kosong. rasa manis susu itu seolah-olah melekat di tekak dan tak mahu hilang. urghh..

Wednesday, February 20, 2008

TBS saya

Time Billing System a.ka. TBS ialah antara sistem utama untuk saya akses setiap hari untuk saya laksanakan kerja-kerja saya. tapi hari ini, saya tak dapat akses Time Billing System. kesimpulannya, saya tak boleh buat kerja.

hasilnya, saya hanya 'berseronok-seronok' sambil menunggu salah seorang dari putera-putera di tingkat lapan bahagian IT Dept menelefon dan bertanyakan khabar saya. oops, bukan bertanya khabar tentang saya, tapi tentang TBS saya. ngade!!

maka, semenjak pukul 12 tadi saya asyik menconteng (read: saya tak pandai melukis) grafiti-grafiti dalam notepad hijau saya. hmmm.. betul-betul tiada apa yang boleh saya lakukan. buka sistem-sistem lain. hanya klik sana sini tanpa sebarang tujuan. padahal saya sudah tahu yang tiada sebarang miracle akan berlaku dan tiada sebarang kerja akan siap kerana semua sistem perlu link dengan TBS. tapi mengade jugak nak klik-klik!!

dan perihal TBS ini juga menjawab kepada beberapa persoalan kenapa saya komen yang bukan-bukan dan sesuka hati di sesetengah blog.. kenapa saya add ramai orang dalam YM saya hari ini. dan kenapa saya gigih menghantar sms hanya dengan niat untuk mengganggu ketenteraman orang.

dahulu, bila saya ditimbuni dengan kerja-kerja yang datang bagaikan tsunami, saya selalu berharap ianya akan reda atau lebih baik jika semuanya tenggelam dalam ombak tsunami. tapi hari ini, bila saya tak perlu buat sebarang kerja, saya jadi tak betah. saya mula mencari-cari kerja. jika tidak masakan saya dengan rela hati menawarkan diri untuk melakukan kerja-kerja fotostat dan menghantar fax kepada client. aduhai rena.. rena..

hey.. sekarang sudah jam 4 lebih. tiada seorang pun dari ITD yang menelefon saya. hmmph!! ok, sebenarnya, saya sedikit risau tentang kerja-kerja saya yang bakal tertangguh. tidaklah terlalu banyak tapi makin lama pasti makin banyak kan? dan juga, sudah menghampiri hujung bulan. waktu yang cukup tak disenangi oleh orang-orang Finance termasuk saya. siapa lagi yang tak suka hujung bulan (kecuali gaji yang bakal masuk) sila angkat tangan. owh, ok. kamu semua sedang pegang mouse. maka sebab tu tak angkat tangan.

Monday, February 18, 2008

0900 ~ 1400

saya mohon maaf atas 'first thing in the morning' saya pagi tadi. ok, saya memang sedikit marah waktu itu. tapi yang tragisnya, orang lain pula yang menerima tempiasnya. kesian bukan? tapi saya kira.. orang lain itu pun, sedikit sebanyak sesuai juga untuk dimarah sedikit-sedikit. hahaha!!

sedikit dalam mood sedih. saya mahu Naza Suria. yang warna merah itu sudah lama menambat hati. tapi ramai yang menentang. cinta terhalang, saya kira.

soft toy saya bertambah. saya ada seekor draculla teddy bear warna merah sebesar botol chewing gum mentos. comel. oh ya, ikan peliharaan di rumah juga bertambah seekor. ikan laga warna ungu. nama shanteek.

hari ini saya hanya dengar lagu Spider - Jangan Kau Berputus Asa.

Friday, February 15, 2008

jauh

rasa macam jauh
tapi kadang-kadang macam dekat

kadang-kadang saja
sebab tak lama lepas tu
dia jauh balik




Tuesday, February 12, 2008

empat

ok, kita tinggalkan sekejap cerita dewa dewi, tuan puteri dan pari-pari ini.
cerita tentang pai tdi. pagi-pagi sudah kena ‘ambush’. gara-gara tidur sedikit awal dari biasa, jam 4.30 pagi saya sudah terjaga. "isk, awalnya. kan bagus kalau tambah lagi satu jam." dan bila saya sudah terjaga, saya memang sudah tidak boleh tidur. puas dipejamkan mata. puas ditepuk bantal. lansung tiada hasil. kesudahannya, jam 4.45 pagi bilik saya sudah terang dengan lampu putih. tingkap pun sudah dibuka. sengaja saya biarkan angin sejuk masuk ke dalam bilik. selalu saya begini. andai terlalu letih di waktu siang, malamnya saya akan tidur awal. dan bila saya tidur awal, genap 6 jam saya tidur, pasti saya akan bangun.
bila sudah tak boleh tidur, saya mula mencari-cari kerja. mula-mula saya main game zuma. game tembak bola kaler-kaler kata haiqal. tapi bosanlah. skrin telefon ini kecil. keypad juga sudah kurang sensitive. saya buka mp3. hanya menekan secara rawak. lagu unintended – muse yang keluar. ini antara lagu yang saya sering dengar sewaktu tahun akhir universiti dulu. waktu keseorangan di makmal grid computing menyiapkan projek tahun akhir, saya suka menyanyi lagu ini kuat-kuat, terutamanya part chorus. hahaha.. memang teruk suara saya. sebab itu saya pastikan yang hanya tinggal saya seorang dalam makmal itu sebelum saya mulakan nyanyian sumbang saya ini. tolak tepi apa maksud tersirat liriknya itu, yang saya tahu gabungan suara serak-serak matthew beserta dengan muzik yang berkelajuan perlahan itu cukup mengujakan untuk saya melalak seawal pagi. projek tahun akhir saya tidaklah terlalu rumit. tapi bila digabungkan dengan penyelia saya yang rata-rata digelar ‘maharani’ oleh teman-teman saya, saya sedikit tertekan. setiap dua minggu pasti ada modul baru yang perlu ditambah ke dalam sistem itu. dan semua itu harus disiapkan dalam masa dua minggu. sudah la saya keseorangan, rakan-rakan lain semuanya buat secara berkumpulan. kalau tidak berdua, bertiga. teman saya.. awal-awal lagi sudah cabut. sudahla cabut sorang-sorang. kan bagus andai diajaknya saya bersama. meskipun bukanlah untuk berlari seiringan sambil berpegangan tangan, paling kurang saya tahu yang saya tak ditinggal keseorangan. untuk satu tahun saya survive dalam makmal grid computing itu. hanya saya seorang saja gadis melayu. kadang-kadang membosankan kerana tak punya teman untuk berbual. tapi kadang-kadang bagus juga kerana saya boleh lebih focus pada kerja saya. waktu viva. sedikit teruk bila projek saya dikritik oleh maharani. sekecil-kecil perihal tarikh yang tidak seragam juga dikomennya. dan yang kelakarnya, pensyarah penilai pula yang menyebelahi saya. hmm.. betul-betul terasa seperti dianaktirikan. tapi tak mengapa, bersyukur sekurang-kurangnya dia luluskan saya. walaupun dengan gred yang cukup-cukup saja, tak mengapa lah, saya belajar banyak benda dari projek tahun akhir itu.

itu cerita hampir 4 tahun lalu. dan lagu unintended ini masih lagi kedengaran hingga hari ini.
maka, apa yang saya tinggalkan sejak 4 tahun lalu?
hmm..

Wednesday, February 06, 2008

penat dan lelah

"saya bukannya seorang tuan puteri kelahiran dunia maha suci. dalam dunia saya.. selain punya kesetiaan, kegembiraan, kejujuran.. juga punya kemarahan, kebencian, hasad dengki dan rasa iri hati. maka tolong.. saya merayu pada kamu. jangan samakan saya dengan dewi suci yang kamu selalu impi-impikan itu"

Monday, February 04, 2008

1700

lampu otromen dah berkelip-kelip.

tolong!!! tolong!!!

dari jauh nampak dia datang.

bukan father of ultra.

tapi orang tnb.