Wednesday, January 30, 2008

entri magik-magik saya

suka video clip ini. saja mahu kongsi dengan kamu. * wink

hey, ini iklan JC Penny tau..

Tuesday, January 29, 2008

untuk dia

untuk kawan saya yang baca blog ini berulang-ulang kali dan bertanya "bila lagi nak update blog?" padahal baru saja semalam saya update blog ini..

kita pernah lihat hujan sambil bibir mengukir senyum kerana kita tahu akan hadirnya pelangi selepas itu. kita pernah sama-sama mengetap bibir manahan marah kerana hujan menghalang segala rancangan seronok-seronok kita. kita pernah bergelak ketawa keseronokan sambil menahan kesejukan tatkala berlari-lari riang dalam hujan. dan juga kita pernah sama-sama demam kerana hujan.

suka duka hujan.. kita rasa sama-sama
suka duka hidup.. jangan pendam sorang-sorang

lepas hujan.. nanti ada pelangi. nanti ada cendawan comel-comel. itu kan bagus??

~waktu saya taip entri ini, hujan tengah lebat.

Monday, January 28, 2008

hari lahir

apa reaksi kamu andai menerima kiriman sms ucapan selamat hari lahir pada hari yang sememangnya bukan hari lahir kamu?

oscar di hadapan tak habis-habis dengan anak panah cupidnya
*sigh* (dan sedikit menyampah)

Thursday, January 24, 2008

katak hijau, petang yang mendung dan cornetto yang manis

atas monitor saya kini ada seekor katak hijau
hanya sebesar tapak tangan saya. sengaja saya letakkan ia dalam posisi meniarap dengan kepalanya sedikit menjengah ke bawah. sepertinya dia sedang menjenguk apa yang saya lakukan di skrin monitor saya. sekurang-kurangnya saya merasakan yang ada juga 'benda' yang sedang memerhatikan saya.
kenapa saya bercerita tentang katak ini?
entah lah, saya sendiri pun tak pasti. tapi petang yang mendung ini mengujakan perasaan saya untuk bercerita tentang katak hijau berperut putih ini. itupun selepas saya selesai menikmati aiskrim cornetto perisa strawberry yang manis dan sejuk
saya teringatkan fonx. dah lama dia tak menyinggah di sini.. hmm..
kamu?? ahhh.. kamu juga sememangnya sentiasa dalam ingatan saya

Friday, January 18, 2008

memujuk hati supaya diam

macam dalam lagu the scientist


"i was just guessin’ at numbers and figures, pullin’ the puzzles apart
questions of science, science and progress do not speak as loud as my heart"

hmm.. kadang-kadang hati ini perlu dipujuk supaya diam walaupun dia meronta-ronta untuk bersuara lantang.

"ikut hati mati.. ikut rasa binasa"

betul la tu..

Thursday, January 17, 2008

17 jan 2008

saya dah dapat surat confirm

NGEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, January 16, 2008

air laut dan lemak badan

jumpa dia semalam
huhuhu.. chubby nyer dia
ini semua penangan duduk offshore berbulan-bulan lansung tak jumpa darat
hehehe.. jangan salahkan air laut itu bila lemak di badan kamu membiak dengan pesat

Friday, January 11, 2008

jawab tag mineral

1) Name of a person who made you laugh last night?
my bro. came back at 130am and keep telling about his ‘currently cursed’ car. poor u bro!!

2) What were you doing at 0800?
tnggu company bus dekat ampang park sambil baca paper

3) What were you doing 30 minutes ago?
taking my own sweet time with nasi lemak bought at lrt taman melati

4) What happened to you in 2006?
moving

5) What was the last thing you said out loud?
"hey, mana aci!!!"

6) How many beverages did you have today?
one. sky juice

7) What colour is your hairbrush?
fuschia

8) What was the last thing you paid for?
nasi lemak. rm1

9) Where were you last night?
at home.

10) What color is your front door?
brown

11) Where do you keep your change?
in my purse. n the others main campak-campak je dalam handbag

12) What's the weather like today?
cloudy

13) What's the best ice-cream flavour?
vanilla!!!

14) What excites you?
roller coaster

15) Do you want to cut your hair?
nope. plan to keep it as long as I can.

16) Are you over the age of 25?
baru jer lepas.. tak smpai sebulan pun lagi

17) Do you talk a lot?
yes.. but it depends to whom I was talking to

18) Do you watch the O.C?
yes

19) Do you know anyone named Steven?
steven joseph.. my student dulu. kind of budak baik yang suka greet me early in the morning

20) Do you make up your own words?
hehe.. yes

21) Are you a jealous person?
yes. but depends on the situation

22) Name a friend whose name starts with the letter 'A'
andes. tu link blog dia ada kat sebelah tu

23) Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
koseng

24) Who's the first person on your received call list?
Gagoh

25) What does the last text message you received say?
sumthing with “patutla call x angkat and bla bla bla”

26) Do you chew on your straw?
no

27) Do you have curly hair?
no. its wavy

28) Where's the next place you're going to?
Negeri Sembilan, insyallah

29) Who's the rudest person in your life?
hmm.. x der.

30) What was the last thing you ate?
nasi lemak

31) Will you get married in the future?
insyallah

32) What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
golden compas

33) Is there anyone you like right now?
hmm.. hihihi..

34) When was the last time you did the dishes?
semalam. lepas dinner.

35) Are you currently depressed?
no

36) Did you cry today?
no

37) Why did you answer and post this?
because my name is rena

38) Tag 5 people who would do this survey.
1) andes
2) kakak rebung
3) bintang hati
4) amrin
5) nelle berry

Wednesday, January 09, 2008

pink

tgh berfikir-fikir.. mahu tukar template blog yang serba pink ini
hmm..

Tuesday, January 08, 2008

entri pertama 2008

sejak awal tahun saya merencana setiap ayat dan menyusun setiap kata. lamanya masa yang saya ambil hingga mencecah minggu kedua tahun baru. tapi hasilnya tetap tiada. blog ini tetap tak diupdate. itu sama macam hidup bukan? kadang-kadang andai terlalu merencana setiap langkah. terlalu lama menyusun setiap gerak. boleh jadi semuanya terlepas. tak ada rezeki.

maka tahun ini, doa saya agar semua yang saya rancangkan mahupun yang saya tak rancangkan tapi tetap juga hadir untuk saya tangani, berjalan dengan lancar. semoga setiap langkah saya direstui oleh kedua orang tua saya. dan andai langkah saya tersilap, semoga saya cepat-cepat tersedar dan berhenti melangkah untuk seketika. sebelum saya berfikir dan memulakan langkah menuju arah yang baru.

sejak tahun lepas, banyak perkara yang saya rancangkan untuk tahun ini. yang terbaru, datang tanpa diduga seawal awal tahun. tapi tetap perlu saya rancangkan sebaik dan serapi mungkin. sedikit memeranjatkan. menyentap dan menggetarkan setiap sel dalam badan saya. tapi sedikit sebanyak terselit sedikit keterujaan. doakan saya semoga semuanya berjalan lancar. amiin..

selamat tahun baru untuk kamu semua. selamat menetapkan azam untuk tahun ini. selamat melaksanakan azam. azm saya tahun lepas? Alhamdulillah, hampir semuanya tercapai. meskipun saya tahu yang saya boleh buat lebih lagi tapi sekurang-kurangnya ‘I hit the target’. okey, itu salah satu alasan kenapa saya describe kan 2007 saya itu sebagai SUPERB.
sebab-sebab lain?

banyak.. bila saya tersenyum manis waktu mendapat panggilan tawaran kerja di TIME. hari saya ditemani ayahanda ke jpj menukar lessen penuh. saat-saat riang saya dengan andes, shani dan mielia. waktu saya merasa indahnya saat pagi walaupun hanya dengan ice cream soda dan juga suara ezad exist. waktu saya potong rambut sependek mungkin dan besiar-siar di petaling street pada waktu makan tengahari. tentang saya yang tiba-tiba crush pada abang bomba yang kacak dengan sut kalis apinya. itu belum lagi dikira dengan seronoknya saya saat dipimpin ayahanda melintas jalan seperti waktu kecil-kecil dulu dan waktu berebut remote control dengan hero kecil yang kini sudah bersekolah tadika itu. okey, itu semua antara alasan superb nya 2007 saya.

tapi juga ada kontranya. tipu andai saya katakan bahawa tiada yang menyedihkan dalam 2007 saya. air mata saya pernah menitis. hati saya disakiti. jiwa saya pernah kacau. hati saya menangis tika mambaca surat alina untuk sukab yang malang. saya bersedih dengan kehilangan hadifaza dan hanya troy yang mengingatkan saya pada dia. saya merindu pada dia yang jauh dan memarahi diri saya kerana masih belum immune dengan dia. saya membenci lantas menyumpah dia supaya menjadi bintang di langit dia selepas apa yang dia lakukan pada saya. tapi semua itu buat saya semakin matang. buat saya semakin faham tentang dunia. buat saya semakin kuat untuk berhadapan dengan perkara-perkara lain. mengajar saya bersabar dan terus bersabar. itu pelajaran yang baik meskipun sedikit perit.

saya belajar banyak perkara dalam 2007. yang manis. yang pahit. yang menyeronokkan. yang menyedihkan. saya tinggalkan 2007 dengan seribu satu cerita suka duka yang kadang-kadang saya sendiri tak terjangka untuk ianya terjadi. tapi saya bersykur, sekurang-kurangnya saya masih lagi diberi nikmat untuk merasai kehangatan 2008. okey, selepas ini kita tambahkan entri dalam blog ini dengan cerita-cerita 2008 pula. ngee!!!