Saturday, December 13, 2008

entri ke 300 - gayan

dalam novel Hijjab Sang Pencinta, Sunan memanggil Haryani dengan panggilan 'puteri'. saya merasakan panggilan itu cantik, lembut dan sarat dengan emosi berkasih sayang. dulu gayan suka panggil saya 'tuan puteri' tapi dia sering ringkaskan tulisannya menjadi 'tun pteri'. apa kami sarat dengan emosi berkasih sayang waktu itu? oh, tidak sekali-kali. saya tahu itu hanya gurauan dia. sementelah saya yang paling muda di kalangan rakan-rakan pejabat waktu itu dan saya juga yang paling freshie, maka selalu juga saya meminta khidmat dia dalam segala hal. kerana itu, saya dipanggil ‘tuan puteri’ lagipun semua orang tahu gayan paling senang nak tolong orang. dia memang budak yang baik. tapi kadangkala gayan itu menggerunkan saya. ada waktunya, bila saya seronok-seronok bercerita dengan dia, dia akan pandang saya lama-lama dengan pandangan yang pelik hingga saya diam kerana takut. tapi selepas itu dia senyum, pandang ke tempat lain dan mula hisap rokok. saya selalu terharu bila saya ada bersama dia ketika dia merokok. dia akan ubah kedudukan agar saya di sebelah kirinya. kenapa? kerana asap rokok itu kebanyakannya dihembus ke sebelah kanan. waktu dia bercerita tentang jari kakinya yang putus sewaktu kemalangan jalanraya, saya tergelak besar. tapi suatu jumaat itu, bila saya terserempak dengannya sewaktu dia pulang dari solat masjid, mata sempat menjeling ke bawah. "huhuhu.. satu jari kakinya memang tak ada. tinggal separuh jer. " dan dia, seumpama tahu dimana jatuhnya pandangan mata saya waktu itu terus menegur "jangan tengok lama-lama. nanti jatuh cinta, aku tak tau" entah kenapa hari ini saya teringatkan kamu. mungkin sebab semalam menu nasi saya ada telur asin, itukan favourite kamu.

3 comments:

Aan Andes said...

SIAAAAAPAAAAAAAAA??!?!?!

:P

Pegawai Khalwat said...

ummi hurairah jatuh cinta?

Bila nak makan nasi minyak?

rena said...

aan..
hmm, x de siapa2 lah.. dun worry la dear, any news yg best2, me msti bgtau u nyer..

encik pegawai..
jatuh cinta bukan, tp sy rasa sy dah makin sayang

*wink