Tuesday, November 18, 2008

k u n i n g

mula-mula saya hanya mahu update blog. tapi sejak jam 8.30 pagi tadi lagi, tiada satu entri pun yang berjaya untuk saya 'park' disini. bila bosan, tangan pun mula berpindah. daripada aksi mengetuk-ngetuk papan keyboard, saya beralih pada aksi menekan-nekan mouse. dan hasilnya.. blog saya bertukar warna. dan sebagai bonus, saya berjaya update blog saya dengan satu entri baru. ngee!!

kenapa kuning? hmm.. saya kira, sejak kenduri en teruna sulung saya banyak dipengaruhi dengan warna kuning. kenduri hari itu, temanya memang warna kuning dan gold. dari langsir, pelamin, khemah, bunga telur, baju pengantin hinggakan ke baju ahli keluarga pengantin lelaki, semuanya kuning. dan sempena kenduri dia juga, saya secara tak sengaja memiliki sepasang kebaya baru, tudung baru, high heels baru dan brooch baju kebaya baru. semuanya warna kuning. oh ya, satu lagi.. bed sheet baru saya juga warna kuning. (tapi yang ini sebenarnya tiada kaitan dengan majlis perkahwinan dia. saja mencelah sebab warnanya juga kuning) mujur che amid tidak begitu ghairah menerima menantu. kalau tidak pasti rumah kami juga dia mahu cat warna kuning. paling tidakpun, mungkin dia mahu cat atap genting rumah kami dengan warna kuning. dan kalau bonda terlebih ghairah menerima menantu, confirm bilik pengantin pun akan di cat dengan warna kuning. silap-silap, tangga menuju ke bilik pengantin pun akan dihampar dengan karpet kuning.

tapi saya seronok dengan kenduri hari itu. walaupun kepenatan hingga ke tahap saya hilang selera untuk makan nasi selama dua hari, tapi saya tetap seronok. seronok dan bersyukur kerana majlis berjalan lancar, semua orang cantik-cantik dan lawa-lawa, cuaca juga cantik, tetamu pun selesa dalam khemah yang besar, dan yang saya paling suka.. bila saya lihat muka che amid dan bonda yang tak henti-henti senyum dan berseri-seri pada hari itu.

so, untuk che amid suami isteri.. tahniah kerana dapat seorang lagi anak perempuan. sila beriang ria dengan dua menantu anda. owh, saya betul-betul bersyukur dengan kehadiran kakak baru ini kerana dia sangat-sangat rajin membasuh pinggan mangkuk di dapur. *wink

3 comments:

nellyberry said...

kamu juga rajin menukar template blog! yeay...kita serupa [sila dendangkan senada dengan lagu 'kita serupa' headwind]

amrin said...

knape tak biru?

rena said...

nelleberry..
saya rasa, saya jangkit dgn kamu

amrin..
biru buruk!!