Thursday, October 16, 2008

report-report palat saya

lega. rasa seperti kristal besar yang mendiami kepala saya kini sudah hancur melebur dan bertukar menjadi serbuk-serbuk 'stardust' yang menggalakkan lagi pengeluaran hormon-hormon gembira saya. untuk lima hari bekerja yang lepas, saya merelakan diri saya untuk mengadap 6 'monthly collection reports' yang sebelum ini lansung tak pernah saya sentuh, tak pernah saya ambil tahu. dan sekarang, saya Perlu Ambil Tahu akan semua report-report leceh ini. kesemua 6 report ini bergantung antara satu sama lain hinggakan untuk mengisi satu tempat kosong dalam report A, saya perlu menyiapkan report B, report D dan report E dan kemudiannya mengambil jumlah dari report F dan dicampur dengan jumlah dari report C. jika jumlahnya sama dengan jumlah dari report E, maka barulah boleh diisi ke dalam report A. jika tak sama.. perlu cari dan cari lagi hinggakan jumlahnya sama. "palat", komen naron sebab saya tak dapat tolong tengokkan assignment dia. tapi alhamdulillah, keenam-enam report sudah siap. sudahpun saya email ke bos-bos 'besau' saya. dan sekarang.. saya sudah boleh bergelak ketawa dan beriang ria seperti biasa. yeay!!

hari ini, saya rasa lagu "Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk" dari Flava ini macam sedap sangat-sangat. ;-)

SELAMAT HARI KHAMIS UNTUK KAMU SEMUA!!

3 comments:

mat jan said...

1. Toto Chan
2. Report PALAT
3. aku

aku no 3!!!

tegezoot said...

itu menunjukkan awak dah semakin nak menjadi malas.. bangun! buat keja! nanti gemuk... hehehe

rena said...

jan..
abis tu? nak merajuk? merajuklah.. mcm la aku hadap sgt dgn komen2 sedih ko ni..

tegezoot..
huhu.. baik!!
hmm.. mandikan kucing pun dikira satu kerja kan? *wink