Friday, October 17, 2008

dulu, saya rasa hujan itu best sangat-sangat

hujan lagi.. lebat.. kalau berterusan, tak mustahil saya berbuka di tengah jalan lagi seperti semalam. tak suka tapi terpaksa hadap juga. dulu masa saya kecil-kecil, saya suka sangat-sangat bau yang terbit selepas hujan. ada bau rumput segar yang manis, ada bau jalan tar yang sedap dan seakan-akan rangup kalau dikunyah, ada bau batang pokok yang masam dan kelat, ada bau udara yang sejuk-sejuk suam. tak cukup dengan bau hujan, lopak-lopak air yang muncul juga menyeronokkan. tak perlu saya cerita lebih-lebih, kamu juga arif bukan bila seorang budak berjumpa dengan lopak air. argghh, ruginya saya. kalaulah saya tahu hujan sekarang hanya ada bau asap kereta dan asap motor yang lansung-lansung tidak sedap, pasti saya tak akan lari laju-laju waktu balik dari mengaji. pasti saya akan jalan perlahan-lahan dan menikmati semua bau sedap di sepanjang jalan itu. hmm.. zaman budak-budak. semua benda jelik boleh jadi cantik, semua benda pelik boleh jadi hebat.

2 comments:

13may said...

suka isap rokok sambil tengok ujan...rasa tenang ajer :)

mat jan said...

buruk lantak.. jalan tar pun nak makan. tak cukup ke aku bagi ko makan 2 kali sehari. dah la demand, nak yang mahal-mahal dan sedap. yang ,murah-murah tak nak. aku taula rege petrol dah turun. aku sndiri pun makan nasi lauk ikan goreng je. patutnya ko tu makan nasi lauk ikan bilis rebus je tau!!



erk, sory.. aku ingatkan ni blog kucing aku.
hahahaha!!!