Thursday, September 18, 2008

Toto Chan - Tetsuko Kuroyanagi

roman menelefon semalam. katanya mahu pinjamkan saya sebuah novel. aduih, lelaki ini memang suka sangat beli novel. paling saya suka tentang dia, dia tidak lokek meminjamkan novel-novelnya pada saya. (hmm.. mungkin juga kerana dia bebas meminjam novel saya tanpa batasan masa) kebetulan kami sama-sama parking di lrt gombak, maka secara automatik port pertemuan juga di situ. waktu saya sampai dari jauh saya sudah nampak dia bersandar pada kereta saya. hmm.. nampak sebati kerana bajunya juga warna maroon. hihihi..

"lambat" ayat pertama yang keluar dari mulut dia.

"singgah ampang park jap tadi. mana buku?"

"tak sabar betul. nah, baca elok-elok. jangan sampai koyak. buku ni dah lusuh sikit"

"yer.." jawapan acuh tak acuh sambil menyambut beg plastik watson dia. menjenguk-jenguk ke dalam plastik. serta merta terus muka saya tersengih panjang. berseri-seri. Toto-Chan!!!!!! . ini novel favourite saya. dan yang paling best, ini versi bahasa melayu.ngeee.. seronoknya!!!

"aku pusing-pusing kedai buku 2nd hand ari tu. jumpa." owh, ok.. patut la dia kata buku ni lusuh.

ngee.. saya masih belum boleh berhenti senyum. novel ini saya baca waktu saya darjah enam. itupun saya pinjam dari seorang budak lelaki bernama adib. (yer, saya ingat nama dia kerana saya selalu tersilap tulis nama dia jadi 'abid') karya Tetsuko Kuroyanagi ini antara novel kegemaran saya. ini novel yang lansung tak pernah buat saya bosan. ini novel yang boleh buat saya senyum sendirian.

saya ingat lagi, sewaktu di universiti, saya ulang baca novel ini hasil pinjaman dari tukang petik gitar puisi saya bernama zuar.tapi itu dalam bahasa inggeris, keseronokan nya tak sama dengan versi bahasa malaysia.

"seronok la tuh" roman mencelah.

ngee.. sengih lagi. "aku pinjam lama skit tau buku ni. nak baca tujuh lapan kali dulu. lepas tu baru aku antar."

"iyelah-iyelah. ko balik terus ni kan? antar aku dulu boleh? aku tak bawak kete ari ni. antar sampai sekolah tu pun dah ok. jalan kaki dekat dah tu"

aduhai roman, andai saat ini kamu minta saya hantarkan kamu ke bulan sekalipun saya sanggup tahu!!


6 comments:

crunchyahcock said...

amboi... gatai!!!!!

crunchyahcock said...

port pertemuan?? cara u tulis pun dah macam novel.. best gak!!

zul rahman said...

Salam,
"Toto Chan" itu ceritanya apa?
buat masa ini aku cuma tahu cerita tentang "Kaizen" & "Bushido @ Bushida".
:) Senyum simetri dulu..

mat jan said...

aku tahu..
lepas ni pasti aku dipinggirkan..

Aan Andes said...

Ahahaha gatal!

TotoChan mmg besttt!!! Ni budak kecil di jendela tu kan? So old skool laa haha.

Wendunya zaman membaca di USM

rena said...

crunchyahcock 1..
hehe.. saper yg lg gatai sbnrnya? hmm..

crunchyahcock 2..
hmm, selain dari port pertemuan, saya juga ada port parking, port makan-makan dan tak lupa juga port sembang-sembang

zul..
Toto Chan itu ceritanya pasal gadis kecil yang suka bertanya pada semua benda hatta pada seekor burung di luar kelasnya. kamu patut baca novel ini, patut merasai indahnya dunia kanak-kanak dulu.

jan..
mengada!! ko yg pinggirkan aku dulu sjak ada PS2.. aku sedih tau!!

aan..
hahaha.. gatal tapi sopan. yeah, ini Toto Chan yang di tepi jendela tu. best kan??