Friday, September 12, 2008

pre majlis kahwin en teruna sulung I

bunga telur untuk majlis kahwin encik teruna sulung sudah 75% siap. bekas-bekas hantaran juga sudah 90% siap. semuanya warna kuning. hatta dari kain pengalas dulang hinggalah ke raga yang berbalut kain satin kuning dan mengunjur ke bunga-bunga besar sebagai trademark yang wajib ada di atas setiap dulang hantaran, semuanya gabungan warna kuning dan warna emas. owh, bunga telur itu juga warna kuning. hmm, boleh tak nanti waktu merebus telur kita masukkan sedikit pewarna kuning? biar telurnya juga warna kuning. barulah meriah bangat. ngee!!

semenjak bulan Mei, hujung minggu saya dipenuhi dengan acara Jalan-jalan Cari Barang Kawin hinggakan tauke kedai barangan pengantin di Sri Gombak itu sudah begitu mesra dengan kami. manakan tidak, bermula dari majlis merisik, meminang hinggalah ke majlis perkahwinan semua barang gubahan hantaran kami beli disitu. itu kehendak bonda. kalau ikutkan saya, mahu saja saya bawa dia ke Semua House. di sana kan lagi banyak pilihan. tapi kata bonda "tak usah pergi jauh-jauh. kalau ada barang yang tak cukup nanti kan susah kalau nak pergi balik. jalan jam, orang pun ramai." saya senyum, "hmm.. ikutlah" (read: saya kan anak yang mendengar kata) *wink

7 comments:

mat jan said...

ko.. adik yang baik.. aku kira..

H.O.T.S said...

:)
Hi!
Married dengan KING ker semuanya kuning. Kami pun ada KING jugak.

Semoga suksess!
HOTS

tegezoot said...

bila la aku nak kahwin ye....??

hmmm....

Eh! aku dah kawin la! camna bleh lupa nih??

zul rahman, JSBN said...

macamana caranya nak tukaq Matematik Jadi sastera?

Ajaib tu.. macamana cara dia?
p/s-terbaca kat web page tegezooott

crunchyahcock said...

u? dgr kata? huhuhu ajaib!!!

nellyberry said...

hoho...
nati u kawen, kakak ipar pulak tolong buatkan persiapan kawen u.

nice kan ^_^

rena said...

jan..
ngee!!

h.o.t.s
hi!! married org biasa. tapi tu kehendak bakal pengantin. saya ikut saja..

tegezoot..
ish.. ish.. ish..

zul rahman..
saya suka soalan ni.. ;)

crunchyahcock..
setiap manusia berubah.. haha!!

nelleberry..
hah!! akan ku kerahkan semuanya untuk persiapan kawen saya. dari kakak ipar yang baru itu hinggalah hero kecik si haiqal. saya mahu goyang kaki dan sengih2 saja nanti. (perasan!! :p)