Monday, September 08, 2008

perang karipap sardin dan cinta buah melaka

segalanya bermula dengan cantik. sardin yang siap dilenyek itu sudah sebati garam, bawang, dan sedikit cili api yang dipotong kecil-kecil. doh juga sudah gebu-gebu. tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. kalau tak cantik masakan saya boleh menyanyi-nyanyi lagu HIM sewaktu menabur tepung di atas papan canai. tapi… kenapa waktu dua-dua subjek ini bergabung dan membentuk objek yang boleh dipanggil karipap mentah, dia mula memberontak? sengaja mengeluarkan minyak melalui celah-celah bunga yang dikepit di bahagian atas. dan yang pasti, karipap sebegini pasti akan tersengih lebar sehingga menampakkan isi dalamnya waktu digoreng nanti. tak suka!!!!!


tapi, tak mengapa. andai kamu mahu perang.. maka saya juga bisa angkat pisau. maka, semua karipap yang memberontak itu saya perangi habis-habisan. habis isi perutnya terburai dek tusukan pisau bonda. saya kumpulkan semua cebisan-cebisan badannya. dan dengan gigihnya saya mengadun sedikit lagi doh tambahan. saya mulakan dengan karipap baru. hehe, kamu ingat kamu hebat? huh, nanti-nanti kamu masuk dalam kuali minyak panas itu juga dan akhirnya masuk perut saya juga. maka, saya tetap menang dan kamu tetap kalah.


aduhai karipap sardine, kenapalah kamu degil. kan bagus andai kamu sebaik dan sepatuh buah melaka sabtu lepas? dua jam itu lansung tak terasa bila saya lihat satu mangkuk bersaiz sederhana itu penuh dengan buah melaka. hatta saya lansung tak merungut tentang kesan tepung yang mencemari baju merah saya. apatah lagi dua jam itu saya lansung tak boleh duduk kerana terpaksa memotong gula melaka yang maha keras, kemudiannya menguli tepung pulut itu dengan air pandan warna hijau pekat, menggentel sebijik-sebijik sebelum saya lemaskan dia di dalam air panas yang menggelegak. tak cukup dengan itu, timbul saja dia dari permukaan air, cepat-cepat saya sambar dan selimutkan dia dengan kelapa muda yang sudah digaul dengan garam. dan selepas itu barulah saya aturkan dia dalam mangkuk bersaiz sederhana itu. leceh kan? tapi oleh sebab dia lansung tidak memberontak, maka saya cinta kamu wahai buah melaka!! ngee!!!


6 comments:

CAHAYA MATA said...

wahh..sedapnya karipap sardin..!! kalau panas-panas lagi sedap ekk..tiup2 skit bagi tak melecur lidah..hehehe...

p/s : perut berkeroncong ni..minta di isi dgn karipap sardin juga..hihihihii...

nellyberry said...

tak bagi pun gua rasa cinta buah melaka kamu itu :(

Shani said...

Lapar la baca posting nih...

Mana makcik jual karipap tadi ntah...

x_x

artisticklytouch said...

neh apa kes bercakap dengan karipap, dengan buah melaka....

crunchyahcock said...

eleh... karipap beli tapi ngaku dia yg buat lak....

rena said...

cahaya mata..
hehe, saya pun suka karipap sardin

nelle berry..
ala, jgn sedih babe.. bagi gula-gula nak?

shani..
shani, jgn bukak pose!!

art..
dah tu, nk cakap ngan hang.. hang jauh

ahcock..
kan ada jer org tu nk kena kelepet jadi inti karipap