Wednesday, September 24, 2008

entry raya saya

saya cuti untuk dua hari mulai esok. penetapan janji dengan bonda untuk acara buat biskut raya harus dipenuhi. bonda janji, tahun ini hanya dua jenis sahaja kerana sebahagian besarnya saya beli dari akak-akak ofis yang senyumnya semanis biskut raya yang dijual. tapi saya seumpama meragui janji bonda ini. kerana selalunya, jumlahnya akan meningkat sebanyak dua. kalau di janji tiga, bakal jadi lima. kalau di janji dua, tak mustahil bakal jadi empat. dan tahun ini, tiada lagi almond london chocolate dan almond london strawberry seperti tahun-tahun sudah. saya sudah banned biskut ini untuk hari raya tahun ini. kenapa? hehe.. tiada sebab yang logik. tapi saya cakap pada bonda saya penat nak masak coklat banyak-banyak. ngee!!


ok, dedikasi sempena raya saya:
untuk kamu yang nama blognya tersenarai di tepi 'dunia' saya, kamu yang di dalam blognya wujud komen dari saya, kamu yang masuk ke dalam 'dunia' saya tapi tidak meninggalkan sebarang bahan bukti dan untuk kamu yang sama ada tahu atau tidak yang saya pernah mengunjungi blog kamu kerana saya lansung tidak meninggalkan sebarang tanda tentang kehadiran saya, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. mohon maaf andai kelajuan jari-jari ini menaip membentuk entri yang mengarut-ngarut ini bisa mengganggu dan membuat hati kamu tidak selesa. selamat bercuti. oh ya.. saya tak cuti hari isnin dan selasa depan. terpaksa datang kerja. isk..

8 comments:

13may said...

selamat hari raya!

Shani said...

Kenapa ramai yg dah buat posting Raya ni?

Kan kita ada lebih kurang 5 hari lagi? :p

Neway, Selamat Hari Raya Renarenarena~

Aan Andes said...

Rena! Selamat hari raya! Me tak pernah tau ni u buat biskut sendiri. Simpan sket for me, me nak rasa :D

tegezoot said...

Selamat Hari Raya Umi Hurairah!!!

crunchyahcock said...

umi hurairah???? sapa?

huhu kerja lalalalala kerja

Bunga Rampai said...

Salam Aidilfitri :)

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

jinggo said...

ssseeelllaammmmaatttt aarrriiii raaayyyaaaa............

zul rahman said...

Alhamdulillah.
Semoga dirimu bergembira menyambut hari raya Aidul Fitri yang mulia ini. Sesungguhnya pemergian Ramadhan ini amatlah digenangi. Akrammakumullah, Semoga Allah merahmati dirimu sahabatku, InsyaAllah.

"Selamat Hari Raya Aidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin"