Tuesday, September 09, 2008

doa pertemuan saya

dua kali. itu adalah kiraan berapa kali saya berpeluang bertemu dengannya ramadhan tahun lepas. tempat pertemuan : pasar ramadhan kecil di simpang tiga sebelum masuk ke jalan rumah saya. setiap kali bertemu, kami pasti berbalas senyuman. itu yang pasti. senyuman dia bukanlah senyuman yang paling manis pernah saya lihat tapi, senyuman itu selalu saja buat hati saya riang. dan keriangan itu selalunya terbawa-bawa hingga ke meja makan waktu waktu azan maghrib berkumandang. jatuh cinta? ah, bukanlah. saya cuma suka. tapi hanya dua kali. selepas itu, setiap kali saya mengunjungi pasar ramadhan itu dia tiada. sepanjang-panjang pasar ramadhan itu saya susuri dan berdoa semoga saya bertemu dengannya tapi hampa bercampur sedih dan kecewa bila dia tiada.


tapi sebenarnya, doa saya dimakbulkan petang semalam. saya lansung tak merancang untuk singgah di pasar ramadhan itu sebenarnya tapi melihat saja ruang kosong disebelah Hilux hitam (yang saya kenal siapa empunya nya) pantas saja tangan membelok stereng dan memberhentikan kereta. dengan sekeping not merah di tangan dan telefon Samsung hitam, saya hanya berjalan menjamu mata dengan segala macam juadah disemua gerai. langsung menelefon bonda bertanyakan samada dia mahu atau tidak kuih jala emas ataupun puteri mandi yang maha manis itu. respon negative. bonda sudah menyediakan bubur pulut hitam. selesai menelefon, angkat saja muka.. saya ternampak dia. selang sebuah gerai dengan gerai kuih-muih Kelantan itu. tapi dia tak nampak saya. ah, tak mengapa. biar saya yang menampakkan diri saya di hadapan dia.


kurang sepuluh langkah, saya sudah berada di hadapan dia. saya senyum. dia pun senyum.


“kak, somtam satu. nak mangga lebih boleh?”


dan waktu azan mghrib semalam, hati saya kembali riang seperti tahun lepas. saat saya taip entri ini juga, saya masih lagi tersenyum manis. ngee!!


kakak somtam, tunggu saya petang ini!!!

11 comments:

mat jan said...

yer aku tau ko hepi.. tp jangan la smpai hantar mms gambar somtam tu dkat aku.. isk

nellyberry said...

kamu.tahu.tak.bahawa.kamu.suka.sangat.menggoda.gua.dengan.entry.cinta.cinta.kamu.ini.

ia.membuatkan.gua.kempunan.tau.

crunchyahcock said...

rena;
1. entry lepas, jason x pesan suh byr bil cpt-cpt.

2. x takut jadi inti karipap huhuu

3. somtam, ingatkan dpt boyapren baru huhuhu lagi....

myfisol said...

laaa...somtam rupenya...x patut betul, ingatkan....

tegezoot said...

maaf la sebenarnya saya tak tahu somtam tu apa? binatang ka? typical org pulau sungguh aku nih!

rena said...

jan..
eleh.. org bg tu ambik je lah

nelleberry..
ngee!!

crunchyahcock..
1. jason mmg x pesan. tapi klau org miss call n lepas tu x blh nak call balik sbb tak byar bil.. siapa yang malu? ...mereka dan keluarga mereka

2. i pun x takut nak 'karipap'kan u ;)

3. boyapren baru? la laa laaa *wink

myfisol..
haip!! jgn ingat bukan-bukan. ini entry pasal somtam. :)

tegezoot..
somtam tu kerabu betik muda dengan mangga muda. semua muda-muda. hanya orang muda je boleh makan. macam saya. yeay!!

butaseni said...

oooooooooooooooooooooooo cis :(
ingatkan apalah hehe

butaseni said...

oooooooooooooooooooooooo cis :(
ingatkan apalah hehe

tegezoot said...

muda lagi ke? ye la...

crunchyahcock said...

wahai rena.. ngeee... balik!!!!

p/s; muda lagi ker??

rena said...

butaseni..
hehe.. itu la.. bukan ada apa pun

tegezoot..
muda lagi la.. hehe :)

crunchyahcock..
muda lagi.. tp i tau, u lg muda dr i. pnggil i kakak!!