Tuesday, July 22, 2008

lari saja jauh-jauh

tahu kan yang hutang itu wajib dibayar walaupun tak dituntut? saya bukan mahu kira siapa yang hutang saya. kerana bagi saya, itu hak masing-masing. kalau dah tahu meminjam, sila ambil tahu juga untuk pulangkan. kalau dah tahu berjanji, sila ambil tahu juga untuk tunaikan. kalau tak mampu, awal-awal lagi jangan sebut. tapi kalau dah tersebut, hmm.. tak mengapa, kamu boleh saja buat-buat tak tahu. ignorekan segala-gala. pejam mata rapat-rapat. sumbat telinga dengan headphone. buat-buat banyak kerja. nanti lama-lama mesti dia hilang. kalau tak hilang juga, kamu lari saja jauh-jauh. penat? alah, penat sikit jer. yang penting, kamu selamat bukan?

1 comment:

butaseni said...

kamu hambat jugak sampai dapat hehehe