Thursday, July 03, 2008

Fossil Saya.. dan Rokok Dia..

semalam waktu pulang, terpandang sebuah jam tangan yang cantik. harga pun cantik. saya sudah mula senyum sorang-sorang. berkira-kira duit gaji dicampur bonus dan campur lagi dengan duit claim, hmm.. macam best. tapi dua jam tangan saya yang sedia ada ini masih boleh dipakai lagi. lebih-lebih lagi Fossil saya ini. hari itu, saya kira saya sudah kehilangan dia. tapi rupa-rupanya tidak. bukannya dicuri atau hilang. tapi kehabisan bateri. dua kali saya ke klcc untuk tukar bateri, dua kali saya dihampakan oleh semua kedai jam disitu. alasan : bateri tiada stok. hancurnya hati saya sehinggakan saya terpaksa beli jam lain. tapi hanya jam biasa. tak setanding Fossil. bukan saja harga. tapi fossil ini banyak cerita.

mana mungkin saya lupa, fossil ini dibeli dengan duit dia. waktu itu gaji saya hanya akan di bank-in pada minggu pertama setiap bulan sedangkan sale kedai jam itu berakhir pada 30 haribulan. kejam betul. dan saya masih ingat lagi selesai saja saya mengadu pada dia tentang sale yang tamat sebelum saya mendapat gaji, dia terus menawarkan duit gajinya. hehe, pucuk dicita ulam mendatang. meskipun dia hanya mendahulukan wang gajinya dan seminggu selepas itu saya membayarnya balik, tapi untuk satu minggu pertama fossil saya itu tetap dibiayai oleh duit gaji dia. dan hari terakhir sale, kami sama-sama ke klcc, membelek jam di kedai jam tingkat paling bawah itu. dia yang membayar kerana waktu itu saya sedang sibuk membelek fossil itu di pergelangan tangan saya dan selepas itu saya sambung memebelek-belek di luar klcc sambil menemankan dia merokok.

hmm.. dia dengan rokok, memang tak boleh lekang. sama seperti saya dengan Fossil ini. tiba-tiba hasrat untuk saya beli jam baru itu terbatal. tunggu saja Fossil ini meragam baru beli jam lain. lagipun, kemeja Padini warna merah dan hitam itu macam cantik sangat-sangat. ngeee!!!

3 comments:

mat jan said...

yeah.. sbb tu muka ko merah mcm nak nangis bila aku 'sorok' jam tu kan?

hahahaha!!!

crunchyahcock said...

aik?! affair nih!!

rena said...

jan..
tiba2 aku rs mcm nk buat seni khat kat kete itam ko tu esok. boleh?

ahcock sayang..
i tak pernah ada affair pun dgn mat jan ni. i sayang u sorang jer tau.. hihihi