Monday, June 02, 2008

update zaman jepun

ok, ini summary untuk sast-saat "sunyi" dalam blog ini

-kena tag oleh ahcock, suruh lukis gambar binatang sewaktu lawatan ke zoo negara tp tak buat-buat lagi. (saya tak reti lukis la..) isk. tp akan cuba sedaya upaya untuk buat tag ini. hoyee!!

-kena tag lagi oleh amrin.. ini tag tulis-tulis yang panjang-panjang. hmm... nak buat ke tak nak? hmm..

-abang saya kini sudah jadi tunangan orang. majlisnya hari itu berjalan lancar. alhamdulillah. insyaallah, hujung tahun ini majlis kahwin (ini yang saya ceritakan tentang satu lagi cinta hujung tahun ini)

-haiqal, anis n their parents dah balik ke Nilai. saya teringatkan haiqal.. nanti siapa nak mandikan dia, siapa nak goreng nasi or masak megi telur untuk dia, siapa nak suap dia makan, siapa nak teman dia buat exercise, siapa nak ajar dia tulis forty one sampai fifty, siapa nak ajar dia baca iqra'.. bila fikirkan anis.. dia hanya ada mama untuk dukung dia, untuk dodoikan dia, untuk mandikan dia, dan semua kerja-kerja lain. dan saya sudah tak punya peluang untuk cuit dagu kecik dia itu. alahai... rindunya saya pada dua orang budak kecik ini..

-hmm.. saya dah potong rambut. pendek hingga paras tengkuk. pendek.. fai tanya, "tak sayang ke rambut panjang dulu?" saya hanya senyum. "tak apa.. nanti dia panjang balik" yang peliknya, dia yang berlebih-lebih sedih bila tgk rambut saya bertaburan di lantai sewaktu dipotong. tak sedar diri, padahal rambut dia juga pendek.

-kafe ofis saya bertukar tender. hari pertama dibuka, jam 1250 nasi putih dah habis. kesudahannya, majoriti staff-staff Wisma Time makan nasi lemak bungkus hari ini. (read: termasuk saya)

6 comments:

crunchyahcock said...

hmph...!!! nyampah... keja skola x siap.

butaseni said...

lukis je kuda lidi,bukan akoq marah pun hehe

crunchyahcock said...

butaseni.. cuba la bagi semangat kat budak kecik ni tuk mengembangkan bakat seni dia. mana tau kalu lagi terer dari hang..

jinggo said...

hahaha....nasik lemat tu pon makan tak abih jugak kan...??

13may said...

takpe...janji makan nasik :D

rena said...

crunchyahcock..
hehe.. rilex la bro. gua kan anak cikgu besar..

butaseni..
selalu jer cubaan lukis kuda lidi tu jadi kuda kepang.. isk

crunchyahcock..
diulangi: sila rilex bro. bapak gua cikgu besar ok!!

jinggo..
isk, mcm mana tau ni?

13 may..
yer, betul!! hihi :)