Wednesday, June 25, 2008

satu lagi tag tak siap

saya tahu, ada orang komplen pasal saya sebab tag dia tak siap-siap lagi.. aduih. lain kali jangan dera saya buat tag yang bukan-bukan. saya ini punya sindrom "ignorance" yang kuat bila berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyeronokkan bagi saya. selagi boleh saya pejam mata, selagi itulah saya tutup ia rapat-rapat. tapi bila saya buka mata saya, saya nampak muka kamu pelik. macam orang demam pun ada. macam orang baru baik demam pun ada jugak. hmm.. nasib baik saya cepat-cepat buka mata saya. kalau tak, saya tahu jari-jari kamu pasti sudah hinggap di mata saya dan cuba untuk tolak-tolak kelopak mata saya supaya ia terbuka dan tengok muka pelik kamu tu. hmm..

kamu kata itu tag yang paling senang. sebab hanya perlu taip sesuka hati tanpa sebarang fakta. tapi bagi saya, ini antara tag yang paling sukar. (sama taraf dengan tag penguin ahcock) kenapa? kerana saya paling tidak pandai menyusun ayat. ayat saya selalu berterabur antara subjek dan predikatnya. kadang-kadang lansung tiada subjek. hanya susunan perkataan-perkataan yang bila semakin panjang susunannya, ia akan berubah menjadi satu ayat yang kadang-kadang lansung tidak membawa maksud. dulu seorang kawan saya selalu pesan pada saya "rena, tolong susun ayat elok-elok. aku tak paham ko cakap apa" hmm.. maka atas nasihat dia itu, saya selalu mengambil masa yang agak lama andaikata mahu berbicara dengan dia kerana saya perlukan "my own sweet time" untuk menyusun ayat-ayat terlebih dahulu supaya dia faham apa yang saya perkatakan. tapi kadang kala gagal juga. dia masih tak faham-faham dengan apa yang saya perkatakan.

saya macam pelik-pelik bila kamu tag nama saya kali ini. sebab selalunya kamu tak akan tag sesiapa pun selepas kamu di tag. tapi kali ni, macam pelik bila nama saya masuk dalam senarai tag kamu. atau.. kamu balas dendam tentang tag lukis-lukis yang saya tag kamu? hehehe.. itula kamu, asyik sangat bercerita tentang ayam laga datuk kamu yang hebat dan mantap itu. tak cukup dengan itu, disambung pula dengan tayangan video sewaktu dia berlaga. saja buat saya gerun. mentang-mentang la kamu tahu kisah saya pernah kena patuk ayam laga dulu masa kecik-kecik, kamu sengaja tunjuk si loteng itu mematuk-matuk. isk!! but seriously, kena patuk tu sakit sangat-sangat. kalau kamu kata tak sakit, saya pasti loteng hanya patuk-patuk manja dengan kamu. ataupun, sememangnya si loteng itu tak reti mematuk dengan kuat. hihihi...

Johnny Depp pun pasti pening dengan tag kamu. tapi saya tak akan salahkan dia sebab saya suka lakonan dia. jika tidak, masakan saya tonton Sweeney Todd tiga kali dalam masa dua minggu. betul, saya tak tipu. itu filem muzikal pertama yang penuh dengan darah, mayat serta rasa dendam yang saya pernah tonton. cuba bayangkan, kamu dipertontonkan dengan sesuatu mengerikan tapi dalam waktu yang sama diperdengarkan dengan alunan muzik dan nyanyian yang menghiburkan. kombinasi yang pelik tapi berjaya menarik perhatian. seperti kamu memakai jeans merah dan baby tee warna hijau. macam pelik. tapi andai corak di baby tee berwarna merah, pasti gabungan itu nmpak serasi. dan corak di baby tee pasti lagi menyerlah.

entri ini untuk en amrin safuan. menjawab tag paling pelik saya pernah dapat. apa yang dia tag saya? ini dia..

compose a composition with three or four paragraphs. the combination of the first two words in each paragraphs must perfom this sentence :


"saya tahu kamu kata saya macam Johnny Depp"

2 comments:

amrin said...

thanx!!
very creative. pandai..

Shani said...

Ahaha..comel~