Monday, June 30, 2008

parking rm2

parking fee di Putra Lrt - Gombak mungkin akan naik seringgit mulai esok. dari rm2 kepada rm3. "management baru", kata abang yang jaga tiket parking pagi tadi. hmm, untuk seketika mood saya down kerana hal management baru dan harga tiket parking ini. hmm... saya pasti akan merindui orang-orang parking sekarang. pagi-pagi lagi saya sudah ditegur dengan segala macam ayat-ayat pemanis mulut oleh abang tiket parking. petang pula saya pasti akan ditunggu oleh mereka-mereka yang menjaga parking. yer, kalau ada kereta lain yang menghalang kereta saya maka merekalah yang akan menolak kereta tersebut samada ke hadapan atau ke belakang. baik kan mereka? balik nanti saya mahu beli air kotak untuk mereka.

esok saya cuti. berjanji dengan bonda mahu temankan dia mencari langsir untuk majlis kahwin angah nanti. orang lain yang mahu kahwin, saya pula yang sibuk bercuti. *wink

4 comments:

artisticklytouch said...

alah nanti dapat ar geng baru pulak

don don ce said...

alamak, hari ni aku tersalah parking la, senget rupanya......

rena said...

art..
geng baru ni masih kurang sronok. saya senyum pun diorang buat tak tau jer..

don..
xper2, reverse balik. parking luas lagi tu..

Carmelita said...

Well written article.