Friday, June 20, 2008

DIA

saya kira sudah dua kali (atau lebih) dia ingatkan saya untuk update blog. huhuhu.. maaf yer, bukan saya sengaja tidak mahu update blog tapi saya betul-betul tak tahu apa yang saya harus tulis. tulis pasal kamu? hah, nanti makin la kembang hidung tu. atau mungkin perut pun berkembang sama. hehehe.. tapi, apa pun terima kasih kerana mengingatkan saya tentang ini. kamu memang baik. yer, betul. kamu baik. walaupun saya selalu kata kamu jahat ataupun kamu nakal ataupun kamu tak baik, sila percaya yang semua itu hanya ayat-ayat pemanis mulut saya untuk kamu. tapi andai ada dua kotak pilihan untuk saya ‘tick’ sama ada kamu Baik atau Tidak Baik, saya akan potong kedua-duanya dan tulis “Tidak Berkenaan”. kenapa? kerana saya senang dengan perangai baik kamu. saya senang dengan cerita-cerita kelakar kamu. saya senang dengan ayat-ayat memujuk kamu tatkala menyuruh saya bertenang. dan saya juga senang dengan bahasa jahat mulut kamu yang suka mengutuk-ngutuk saya, saya senang dengan perangai nakal kamu, saya senang dengan siapa diri kamu. maka pilihan samada kamu Baik atau Tidak Baik, itu tiada berkenaan dengan siapa kamu di mata saya, dan juga di hati saya. yang penting, saya senang dengan kamu. saya masih rasa terhutang sesuatu dengan kamu. sayang betul bila neck tie with the cufflink itu tak sesuai untuk kamu. ok, enuf pujian-pujian ikhlas (read: ikhlas ok) utk kamu.

hmm.. knape entri hari ini entri tentang dia? kerana hari ini, sekali lagi dia mengingatkan saya untuk mengupdate blog. dan saya.. masih lagi dalam atmosfera ‘ketandusan sumber-sumber” untuk mengupdate blog, maka saya “sumpah” dia supaya menjadi bahan sumber entri saya kali ini.

owh, berita ceria di hujung petang : Mulai bulan ini, saya boleh claim parking hingga RM60, bukan lagi RM30. bermakna, saya tidak perlu keluar duit pun untuk parking waktu kerja. ngee!!


7 comments:

bunga rampai said...

Siapa si 'dia' itu? ;)

Wah, bertuah badan dapat kenaikan claim parking! Alhamdulillah.

Salam :)

butaseni said...

dia?

Ding Dong said...

Wah !, Terlebih Sudah......
Bukan ke hanya parking di Stesyen LRT kan Free.

rena said...

bunga rampai..
salam untuk kamu juga.
dia tu.. yang selalu sibuk2 bila saya tak update blog..

butaseni..
hmm.. dia?

ding dong..
hmm.. nanti saya bawa kamu jalan2 naik tren yer, lpas tu kita boleh kenalpasti mana lrt yang parking dia free dan mana lrt yang parking dia kena bayar rm2.

Pegawai Khalwat said...

parking moto la murah.

crunchyahcock said...

necktie ngan cuffling...besh..besh..besh..

dia?? jeles nih! huhuhu

Anonymous said...

neck tie n cufflink..
good combination.

kalau x sesuai buat gift, buat hantaran pun boleh..
hehehe..