Wednesday, March 05, 2008

langit biru dan hormon kegembiraan saya

saya suka warna biru langit pagi ini. sejuk dan mendamaikan. hihi.. macamlah warna langit semalam bukan biru. tapi kombinasi warna langit yang biru dengan udara pagi yang sejuk serta dendangan lagu Britney Spears cukup megujakan 'body system' saya untuk merembeskan hormon-hormon keriangan dengan banyak sekali. hmm.. bukanlah saya tidak bergembira hari-hari sebelum ini. tapi ini kegembiraan tanpa sebab yang terjana hingga melebih-lebih. dan perasaan gembira ini semakin bertambah-tambah bila lip balm saya hampir habis. peluang untuk membeli lip balm baru kini semakin cerah. cocoa butter itu macam menarik. tapi yang punya kandungan tumeric itu juga seperti bagus untuk saya. atau hanya perlu cari Banana Boat? kalau Nivea pula bagaimana? atau Vaseline? atau Eucerine? hmmm.. nak beli lip balm pun susah ke?


hmm.. saya sambung hari lain yer. ini bukan faktor hormon. ini faktor atmosfera kerja. saya terpaksa matikan entri ini di sini. kacau betul. baru nak update blog. ish!!

12 comments:

Azhar Ahmad said...

Ada bezaka? Banana boat dengan banana split....

crunchyahcock said...

lip balm ke lebam?? ke petam??

artisticklytouch said...

sental songel jer..

miss_tree said...

saya memakai balm bodyshop..
dulu apple..sangat best..
tp ltd ed, skrg dh takde..
so pakai strawberry..ok juga..

cocoa butter..?
suka baunya!

- G O R O - said...

GEmbira nampaknya.

nelly berry said...

cik rena,

i jangka u kenal ahla kan? ur long last classmate during primary school dulu.

in case u kenal dia, dia sudah mahu kawen the day after general election.

[ya, komen i tiada kene mengena dengan langit biru dan hormon kegembiraan kamu...tapi mungkin kamu sedikit gembira dengan perkabaran ini]

selamat mengundi :)

chot said...

nasib baik aku ni lelaki..kalau tidak pening kepala nak guna lip balm jenis apa..

m i n e r a l . . . said...

sy cadangakan.. kacip fatimah.. sireh... jus pegaga utk awet muda dan kelihatan berseri...
kalau sukar... errr bak kate jiran sy... campurkan aje serbuk kunyit dan beras hancur, sedikit air sapu kat muka sure berseri.... jejejej

butaseni said...

:)

rena said...

azhar..
banana boat itu boat yang bentuknya seperti banana.
banana split itu pila bananayang di split dua atau tiga.
tak ada bezanya.. dua-dua banana

crunchyahcock..
lip balm tu yg sapau kat bibir
lebam tu bila kena baling dgn 10 batang lip balm
petam.. apa tuh? petang ke pitam?
ejaan fail!!

artisticklytouch..
hehehe.. kamu mengingatkan saya pada arwah nenek saudara saya.

miss_tree..
saya pun suka lip balm strwbrry body shop. bau mcm chewing gum!!

- g o r o -
ngee!!!
semoga kamu pun sama

nelle berry..
hmm.. saya kira emel saya dah cukup menggambarkan keterujaan saya.
terima kasih yer.

chot..
mcm mana ko pening nak carik shot yang cntik untuk gmbar, mcm tu la jugak aku pening nk pilih lip balm

mineral..
hey, itu petua bonda saya!!

rena said...

tertinggal rply komen untuk butaseni..
ngee!!

bintang hati said...

apa kata cik rena pilih Lip Ice (Mentholatum)..ekonomi dan mudah didapati di mana2 farmasi...

ngee..(",)