Monday, March 17, 2008

dia dan rahsia luna

sejak semalam, saya membenarkan atmosfera saya diselubungi dengan lagu ini - OST filem Salon. gara-gara dia (yang saya keberatan untuk menyebut nama sebenarnya di sini) yang menghantar klip video ini, saya mula 'ketagih' untuk mendengar lagu ini berulang-ulang kali. weird. perkataan yang paling tepat untuk saya gambarkan bila dia menghantar lagu seperti ini-lagu melayu yang bersifat mellow-mellow seperti ini. tapi dia baru putus cinta. so, please.. ask no question. layankan saja semua perangai-perangai pelik dia. dengarkan saja semua cerita-cerita dari hati sedih dia. pernah juga saya terlajak mengutuk dia sesuka hati sepertinya dia itu 'sihat-sihat' sahaja seperti hari-hari biasa, tapi bila dia mula marah-marah dan merajuk (yer, merajuk kerana kononnya saya tak memahami kesedihannya) selepas itu saya memutuskan untuk diam. "well.. if you don't have anything nice to be said, you better to keep silent"

maka untuk dia (yang saya tahu pasti akan baca entri ini) ,
sila bersedih sepuas hati dan secepat mungkin. kerana kita masih punya banyak lagi agenda seronok-seronok untuk dilaksanakan sepanjang hidup kita. bukan kamu seorang saja yang pernah merasa putus cinta. orang lain juga sama, termasuk saya. tak ada bezanya kamu dengan mereka dan saya kerana seperti kami, kamu juga bercinta dengan manusia. bukan dengan makhluk asing. maka, sepertimana mereka yang boleh kembali bangun setelah dijatuhkan, saya pasti kamu juga boleh bangun. hey, this is not the end of the world ok?? saya tahu kamu akan pulih nanti. saya tahu kamu nanti akan bisa berjalan dan berlari seperti biasa nanti. saya tahu saya masih punya peluang untuk mengutuk dan dikutuk oleh kamu nanti. dan saya tahu, suatu hari nanti kita akan sama-sama bergelak ketawa mengingati 'zaman down' ini. tapi kenapa lambat sangat waktu ini berlalu? saya tak sabar nak tunggu kamu pulih dan memulakan perang kutuk mengutuk ini. hahaha!!!

cerita lain-lain
* selamat hari ulangtahun perkahwinan untuk cik kakak rebung di depan saya ini. semoga berbahagia bersama-sama hingga ke akhir hayat. terima kasih juga sebab dah update blog dengan gambar pinky-pinky tu. haaa.. gambar tu scan kat mane

* tentang countdown saya yang satu ini. saya pernah masukkan entri pertama 'ruang waktu yang suntuk'nya di
sini. countdown hari ini: masih tinggal 66 hari untuk saya bertemu dia. hmm.. insyallah

* shanteek punya rumah baru. sedikit besar dari rumah lama dia. bila la dia ni nak besar. rumah dah besar. isk..

7 comments:

crunchyahcock said...

first comment ..yeayy!!!! me tahu siapa dia bersama 'alien'nya itu..
syy....diam. tahniah buat cik rebung. rumah tu akan besar sket dalam 2 3 ari lagi kot.

si luncai bersama labunya...biarkan lah rena.

nawal said...

hmmm.. bilang sama itu manusia kesedihan, aku sedia jadi pengganti.

hahaha!!

mat jan said...

hmm..
biarlah, ini blog rena

lalala

jom makan mee sup!!

crunchyahcock said...

mat jan, bila nak mai penang...

butaseni said...

:I xpaham,tapi buat buat faham

rena said...

crunchyahcock..
rumah besar buat haper... me nak shanteek yang besar.
isk!!

nawal..
dear.. x baik tau. kanda zali mana mau taruk?

jan..
dah tau aku x suka mee, nak jugak aku mkn mee sup.
menci!!

crunchyahcock..
on behalf of mat jan: "esok-esok"

butaseni..
hehe.. ni msti slalu praktik masa skolah dulu ni. muka cnfident gler mcm fham. tp lansung x tau apa. ;)

masaklemakrebung said...

hah.. pinky ? no lah..... tau kan bila masa kita bercinta tu.. kaler pink tu lah yang kita rasa kaler yang paling cantik.. paling indah tau... so, bila nak kawin tu kaler tu la yang di pilih... maknayer pink tu warna cinta akak... ahak... huishh.. kononyer...

apa pun tima kasih... dapat apa tau adiah untuk hari tu ? nanti akak letak gambarnyer.. atau lebih baik awak jeling2 kat jari manis akak ye.. ehekk...ss