Wednesday, February 20, 2008

TBS saya

Time Billing System a.ka. TBS ialah antara sistem utama untuk saya akses setiap hari untuk saya laksanakan kerja-kerja saya. tapi hari ini, saya tak dapat akses Time Billing System. kesimpulannya, saya tak boleh buat kerja.

hasilnya, saya hanya 'berseronok-seronok' sambil menunggu salah seorang dari putera-putera di tingkat lapan bahagian IT Dept menelefon dan bertanyakan khabar saya. oops, bukan bertanya khabar tentang saya, tapi tentang TBS saya. ngade!!

maka, semenjak pukul 12 tadi saya asyik menconteng (read: saya tak pandai melukis) grafiti-grafiti dalam notepad hijau saya. hmmm.. betul-betul tiada apa yang boleh saya lakukan. buka sistem-sistem lain. hanya klik sana sini tanpa sebarang tujuan. padahal saya sudah tahu yang tiada sebarang miracle akan berlaku dan tiada sebarang kerja akan siap kerana semua sistem perlu link dengan TBS. tapi mengade jugak nak klik-klik!!

dan perihal TBS ini juga menjawab kepada beberapa persoalan kenapa saya komen yang bukan-bukan dan sesuka hati di sesetengah blog.. kenapa saya add ramai orang dalam YM saya hari ini. dan kenapa saya gigih menghantar sms hanya dengan niat untuk mengganggu ketenteraman orang.

dahulu, bila saya ditimbuni dengan kerja-kerja yang datang bagaikan tsunami, saya selalu berharap ianya akan reda atau lebih baik jika semuanya tenggelam dalam ombak tsunami. tapi hari ini, bila saya tak perlu buat sebarang kerja, saya jadi tak betah. saya mula mencari-cari kerja. jika tidak masakan saya dengan rela hati menawarkan diri untuk melakukan kerja-kerja fotostat dan menghantar fax kepada client. aduhai rena.. rena..

hey.. sekarang sudah jam 4 lebih. tiada seorang pun dari ITD yang menelefon saya. hmmph!! ok, sebenarnya, saya sedikit risau tentang kerja-kerja saya yang bakal tertangguh. tidaklah terlalu banyak tapi makin lama pasti makin banyak kan? dan juga, sudah menghampiri hujung bulan. waktu yang cukup tak disenangi oleh orang-orang Finance termasuk saya. siapa lagi yang tak suka hujung bulan (kecuali gaji yang bakal masuk) sila angkat tangan. owh, ok. kamu semua sedang pegang mouse. maka sebab tu tak angkat tangan.

11 comments:

amrin said...

hahaha..
patut la..

morning sweetie, hr ni roti bakar lagi?

nelly berry said...

psst...psst...rena,

saya pun takde keje skrg nih.
jgn bagi tau sape2 tau.

ni rahsia kite je tau :)

janji!
*cross finger*

chot said...

selebih tu ko ber ym ke? heheeh

butaseni said...

hmmmm tumpang lalu

13may said...

oh! patut laa...hahha :D

jinggo said...

tumpang lalau jugak .....

- G O R O - said...

Patutnya kamu segera pm Ultraman kamu.

phantom said...

Saya kira TBS awak telah berfungsi semula sebab awak tidak update blog awak hari ini,

myfisol said...

kadang2 tiada kerja & mengade2 itu juga merupakan satu pekerjaan...cuma kita cuba memahaminya..cewah..

bintang hati said...

emm..boleh SAYA "pinjam" masa rehat kamu..? sebab SAYA sungguh tak ada masa utk berehat..

(opss..check blog sempat lahh...hehehe...;-P )

p/s : SAYA belikan Toblarone Putih utk adik yg suka manis..Toblarone Hitam utk sepupu yg suka colour hitam (haitam itu mutu, gaya, keunggulan katanya)..dan Toblarone Gold utk sorang kawan yg TAK MINAT coklat mcm SAYA...hahaha!! (lepas tu dia masam mencuka sambil tanya "nape belikan coklat..??")

hehehehee...thanks cik rena...

rena said...

amrin..
hehe.. yup, roti bakar.
marjerin sajer.. kaya x nak

nelle berry..
okeh, janji!!
*cross finger*

chot..
mana der. aku BUZZ!! semua org dlm list YM aku jer. hihihi..

butaseni..
sila-sila. alahai sopannya dia.. lalu pun siap tnduk2..

13may..
haha jugak.. :D

jinggo..
lalu la.. bukan lalau
isk..

- g o r o -
saay bimbang otromen sedang sibuk mengayam kad jemputan. ngee!!!

phantom..
ya betol!!! 10 markah saya bagi kamu.

myfisol..
hehe.. komen yang buat saya semakin berkobar-kobar untuk mengade-ngade bila tak de kerja..ngee!!

bintang hati..
hey.. toblerone untuk saya mana??
penat tau bg explanation pasal toblerone ni!!